Pages

Saturday, May 3, 2014

Jalan-Jalan ke UK Farm Agro Resort

Hai Hai Hai..
Syoknya long weekend (sebab 1 Mei jatuh pada hari Khamis dan Jumaat cuti (Johor)..
Asalnya tak ke mana-mana pun, tetapi tiba-tiba dapat berita pakcik saya meninggal dunia maka Mr Jay terpaksa balik tengahari dan kami gerak ke kampung serta-merta. Patutlah saya rasa nak balik kampung sangat-sangat

Tidur satu malam je kat kampung sebab nak kejarkan kuliah Isyak Khas di Masjid BBU.Balik tu singgah UK Farm Agro Resort di Kluang ni sebab saya memang plan nak ke sini hari Jumaat semalam.
Alhamdulillah, cuti yang singkat dan penuh makna.

Sebenarnya nak up cerita pasal tempat ni iaitu UK Farm Agro Resort bertempat di Kluang.

Cara nak ke sini, masuk exit Air Hitam,tuju ke arah Kluang.Tak jauh dari Ladang Organik Zenxin ada signboard UK Farm Agro Resort ni.

Ni serba ringkas daripada tempat ni:

1)Perjalanan lebih kurang 6km ke ladang agak berkerikil ,mencabar untuk kereta Viva kami.
2)Tak payah booking kalau nak pergi dalam kumpulan kecil, beli terus tiket di kaunter.
3)Bawa payung,tuala kecil,air secukupnya,snek,kipas tangan dan pakaian yang sesuai.
4)Not stroller friendly-babywearing wins!!
5)Bersih sangat kawasan ni.

Jom layan gambar!
 Selfie cap ibu dan anak yang 'gandong'



 Receptionist

 Harga tiket masuk-saya cadangkan beli je yang paling murah.Beza betul harganya untuk setakat dapat bagi makan haiwan dan dapat makanan.

 Ni lah aktiviti kali dalam masa 2 jam tu

 Toilet di pintu masuk yang sangat luas dan selesa

 Sementara tunggu bas,kita layan buai dulu!

 Nilah bas nya!!

 Feeling macam pelancong gitu sebab join expatriat yang tinggal di Singapore

Ada tour guide sepanjang trip ni. Yang bestnya dia bagi briefing tu penuh dengan maklumat. 
So kira lawatan ilmiah lah.
 Ni stesen ke 2-Melawat kandang kambing,yang beli pakej B dan C boleh bagi makan kat kambing-kambing ni.
 Mr Jay bukan bagi makan tapi bagi jari dia!

 Baby goat tak boleh makan rumput tapi boleh minum susu je.

 Boleh pegang anak kambing.Saya tak mau pegang sebab gendong Anas.

 Stesen ke 3-Tempat susu kambing diperah.Guna mesin ni cuma 2 minit je untuk satu sesi.
Wow!!Nak pinjam!!!
Kat stesen ni semua orang dapat minum secawan kecil susu kambing.Aku ambik 2, satu coklat satu original.Sedappp sey!

 Amboi Anas,kau nak mengorat awek minah Salleh tu ye!

 Stesen 4-Ladang Ostrich. Kat sini biasa je tak menarik sangat.

 Stesen 5- Ni kat Jakun  Village-kira orang ni buat demo menyumpit. Teringat pulak zaman aku menyumpit dulu.Kalau ada aktiviti menyumpit kat sini kan best.

 Ni sesi pelepasan biri-biri yang dah togel bulunya ke dalam kandang. Berderum mereka berlari!!

 Stesen 6- Ladang Markisa (passion fruit). Buahnya mashammmm..

 Anas kepenatan lalu tertidur.

 Posing dengan buah markisa yang belum masak.

 Stesen terakhir-Taman Cendawan. Tempatnya kecik je, bukan macam ladang cendawan pun. Bolehla untuk tambah ilmu.

 Kat sini dapat makanan n air ni free. Tak cukup ni je, kami beli pau shitake.RM 4 untuk 3 biji yang comel.

 Jajan bawak balik-2 botol susu kambing perisa coklat. Kononnya nak ngeteh kat kafe dia tapi nak kejarkan belum solat Zohor dan badan dah melekit so terus balik JB.

Babai!!

5 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

ni kalau bawak lala.. maunya macam rusa masuk kampung jadinya. kita 1 mei ingat nak santai2 kat fraser hill.. konon nak amik angin sejuk. alih2 sampai sana tak sejuk langsung. duduk kejab & balik jer. rasa tak berbaloi tempuh jalan berliku.

norinaomar said...

sebab ramai orang ke?dia minat zoo tak

mizzura said...

salam noi..bestnye tgk anak dah besar...tecit2 dah tarik skirt awek nih..hihih

Emma said...

Brapa fee masuk dia sis?

Emma said...

Brapa fee masuk dia sis?

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger