Pages

Friday, April 11, 2014

Kenapa saya ber'babywearing'?

Masa dalam pantang haritu asyik fikir je macamana nak ke sana ke mari dengan baby tanpa suami? Hinggalah satu hari saya terbaca status di Facebook milik seorang rakan yang saya tak kenal berbunyi begini..
' Rindunya nak bermoby wrap'.Dan ada gambar dia gendong bayinya. I was like ''whoaaaaa!!

Gigihla google moby wrap,wrap,babywearing dan sehingga terjumpa link kepada group Malaysian Babywearers. Alhamdulillah akhirnya saya faham apa itu 'babywearing'. Nak guna apa..nak mulakan dengan apa..dan jumpa pula group Johor iaitu Selat Tebrau Babywearers.

Dan kini saya dah tak ada masalah nak ke bank, pasar, klinik, kedai, Jusco, Giant secara berduet dengan Anas.

Ini yang saya pelajari:
1)Pastikan ikut T.I C.K.S Rule
2)Husband kena support dan faham-pengalaman saya , saya tunjuk gambar-gambar dan terangkan pada dia.Dia pun suka dan siap join gathering lagi. Dan bertambah suka bila saya tempah custom made SSC yang boleh muat saya dan dia sebab kami berbeza saiz (saya XS dan beliau XXL)

3)Kena dengar dan senyumkan je apa orang lain kata (akan ada bunyi tegur kita macam Orang Indonesialah,nanti anak kengkanglah..etc)

4)Mak mesti rileks..kalau gabra dan kalut akan sebabkan baby tak selesa dan menangis.

5)Baby mesti dah tenang sebelum masuk dalam baby carrier.Dah minum susu, dah tukar diapers akan buat baby rileks. Pertama kali baby akan rasa tak selesa dan akan menangis. Mak enjut-enjutkan badan dan berjalan-jalan sedikit untuk tenangkan baby.

6)Jangan perlekehkan orang lain yang guna stroller atau crotch carrier. Anggap ibu yang guna crotch carrier tu adalah ibu-ibu yang yang belum dapat ilmu tentang memakai alat gendongan yang selamat dan ergonomic. Kita dedahkan mereka dengan ilmu yang kita ada (pamplet contohnya)





p/s:Let's spread the babywearing love!Kalau ada yang komen 'pakai stroller atau dukung dengan tangan je lagi senang..komen itu saya terima .Itu cara anda bukan..saya hormatinya =)



2 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

baby carrier teringat saya asben saya aritu. dah besar budak boleh berlari baru dia berniat nak letak lala dalam baby carrier ni katanya tak larat kejar lala kalau dalam mall. nasib baik niat tu tak teruskan kalau tak membazir jer beli bukan budak besar tu nak duduk dah dlm baby carrier. kami dari lala kecik memang dukung jer.. stroller pun blh kira je berapa kali guna. sebab lala taknak. dia nak berdukug. nasib baik la sejak lahir sampai sekarang kemana mana pun memang tak pernah bersendirian & memang asben akan dukung lala tanpa perlu kita suruh dia rasa tu tanggungjawab dia sampai sekarang

norinaomar said...

ada yang masih gendong anak dia even dah umur 2 tahun asalkan yang gendong tu masih larat kalau guna carrier ni.kalau dah besar sikit dah boleh dukung belakang..nanti saya upload gambar

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger