Pages

Friday, December 20, 2013

Babywearing?Pakai bayi?Gendong? Meh sini baca..

Assalamualaikum..

Babywearing - senang cerita ialah satu cara membawa/menggendong anak di dalam alat yang khusus dan sesuai.

Kan kita selalu je dukung anak kita kan?
Tapi kalau dukung lama-lama mestilah rasa lenguh kan?
Maka kita memerlukan alat penggendong yang sesuai,selamat dan memenuhi ciri-ciri yang mesti diikut semasa gendong anak kita.

Mungkin ada yang kata baik masukkan dalam stroller.Senang..tolak je.
Ok,kelemahan stroller:
1)Mahal-cecah ribuan
2)Bulky-kalau kereta viva macam daku dah habis ruang untuk stroller
3)Tak nampak anak-ada sesetengah stroler yang kita tak boleh nak tengok muka anak kita.
4)Kadang-kadang anak taknak duduk dalam tu.

Kelebihan 'carrier':
1)Baby kurang menangis-dia boleh dengar 'dup dap dup' ibunya macam dalam perut.
2)Baby rasa selamat.
3)Bonding antara ibu/bapa dan anak
4)Senang nak susukan (bagi yang breastfeed)-ni kena praktis dengan giat
5)Anak tak hilang-sebab melekat kat kita (kadang kita sibuk cari barang kat rak supermarket sampai tertinggal anak kat stroller)
6)Boleh diaplikasikan ketika nak solat.
7)Senang nak lalu tempat sempit sambil dukung anak contohnya macam kat pasar. 

Banyak lagilah..

Saya amat amat memerlukan 'carrier' sebab senang nak kemana-mana dengan Anas semasa ketiadaan Mr J.Almaklumlah kita kadang-kadang nak kena pergi bank,pejabat pos, klinik dsb. Terbukti memang sangat praktikal!!

Jap,kita cuci mata dulu ye..

Ini namanya ring sling

Ini namanya 'wrap'-kain yang lebih kurang 5 meter dililit di badan.

Ini namanya Mei Tai - ada tali juga untuk lilit


Dan ini ramai orang suka, Soft structured Carrier (SSC) sebab lebih mudah,
ada jenama Pognae,Jumpsac,Manduca,Boba.Harga antara RM250 ke atas.


Cool Daddy with the SSC - photo credit to Malaysian Babywearers


Ni saya pakai ring sling batik lepas semasa check up Anas di KKIA minggu lepas


Lama betul dia tidur.Dari mula sampai hinggalah number dipanggil dekat 2 jam lebih.Tangan pun tak lenguh.

Nak dijadikan cerita ada couple suami isteri duduk sebelah saya.Isteri dia pegang anak dia dan saya buat biasa jelah.

Suami : Awak taknak pakai macam akak tu ke.Senang, balut je.Baby pun tidur.
Isteri: Eeiiishhh..taknaklah.(yelah aku gendong pakai batik je kan). Biarlah baby tidur.

Saya senyummm je.


Kalau nak cerita memang sampai tahun depan tak habis.Ni saya bagi link yang boleh saya kongsi:

Nak join group pasal babywearing 
Malaysianbabywearers - kena request baru dapat join
Selat Tebrau Babywearers - Ni Johor punya geng

Nak sewa pun boleh, RENT , WEAR and RETURN.
mbwfsot  - di sini boleh beli preloved carrier , boleh jual dan boleh bayar ansuran.

Nak beli SSC secara kutu atau ansuran


Last sekali saya nak ingatkan. please please please ..

JANGAN beli Fake Ergo (harga dalam RM100++),ada kes buckle patah dan baby jatuh!

JANGAN beli crotch carrier - 


p/s:Ilmu saya baru seciput,masih tak mahir lagi.Jom join group untuk dapatkan nasihat dari otai-otai.Ini bukan paksaan, pilihan di tangan anda =)

 Tata!!

12 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

baby carrier saya dari sejak lahir sampai sekarang adalah bapak lala.. tak paksa tak pernah suruh.. tak pernah minta.. dia yg nak buat. dia rasa anak dia lebih selamat dalam dukungan dia.

norinaomar said...

orang tua bising kalau kita suka dukung anak.padahal banyak kebaikannya

Miss Aini said...

I am looking for kne too. Thanks for the tips!

Fida Ghazi said...

Hey hey heyyyy! Amboi tak sopan hey hey je kan! Haha...

Noiiii.. tahniah dah jadi ibuuuuu! Selamat datang ke dunia mak-mak! :)
Anas handsome be a good boy tau!
Lama x jenguk blog tetau dah nak tumbuh gigi anak noi.. Haha.
Tahniah sekali lagi.

Mrs. Amad said...

info yg sgt2 bagus.kami laki bini mmg dr dlu x penah bli stroller sbb hubby sy babywearer tegar.hahahah..die pun lebih selesa dukung anak.kami penah pegi babywering talks.nnt nk haduahkan die carrier bln dpn dpt baby baru.

Siti Hawa said...

Hai..salam perkenalan

Best kan baby carrier.. saya pon guna baby carrier. Masa anak 1st tak tau pasal baby carrier ni. masuk anak 2 dh pandai..sgt senang n selesa kan.. baby pon tak byk ragam dalam carrier tu.. :)

http://dandandiri.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam,

Boleh kongsi cara-cara step-by-step (weblink pun tak apa) untuk sling baby guna kain batik lepas?

Terima kasih.

norinaomar said...

Puan anonymous,
dah join Malaysian Babywearers di FB?
atau jika puan di sekitar KL atau Gombak, puan boleh berjumpa dengan Puan Norashida Abd Rahman, beliau pharmacist di Vitacare,Sri Gombak.
Ni youtube beliau
http://www.youtube.com/watch?v=ktHblIKS_yo

Harap mmbantu ya

Erin said...

tahniah puan, sekurang2 puan telah berjaya menarik perhatian suami wanita tersebut untuk melihat bahawa aktiviti mengendong dpt memudahkan,maybe dia minat isteri dia mengendong kerana dia perhatikan anak puan tenang dan tidor lena dalam dan ibunya boleh 'HandFree'.

Masih ramai ibu diluar sana yang masih tidak mengetahi bahawa beratapa banyak manfaat yang dapat diperolehi dengan berbabywearing ini.semoga dengan lebih ramai babywearer yang berkongsi pengalaman di blog,FB dll medium sedikit sebanyak dapat menyebarkan kebaikkan dan manfaatnya kepadanorang ramai..happy babywearing !

Cik Iman said...

Cik Iman pun baru je belajar pakai batik. Kemain dok tengok baby carrier kat kedai. Last-last nak jimat duit, pakai batik sudey~

Ibu adamalishauni said...

sis lh ajar cara pakai batik lpas tu x. sy buat x jadi2...

Ibu adamalishauni said...

sis lh ajar cara pakai batik lpas tu x. sy buat x jadi2...

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger