Pages

Tuesday, August 27, 2013

Susah sebenarnya nak carik duit saku..Man Jadda Wa Jadda

Lately ni sering pulak buat entri luahan hati.Maafkan saya berjuta-juta ampun, niat saya hanya nak jadikan ini sebagai kenangan saya dan anak bila dia dah pandai membaca. Dan juga sebagai kisah diri sendiri bila saya diusik perasaan tak bersyukur. Saya mintak maaf sekali lagi.

Dan hari ini rasa nak cerita sebuah kisah teman setilam, teman gurau, gaduh dan teman sehidup semati saya.(Insya Allah)

Hai anak ibu dan abah..

Memandangkan dah hari raya, maka projek biskut mazola dah berhenti, tinggal nak jual mana stok yang ada saja. Dua minggu lepas, abah ke Kajang tolong Toksu awak katering 3 hari. Dapatlah isi semula duit poket abah. Syukur Alhamdulillah. Dan Sabtu lepas abah tak dapat nak tolong katering Toksu lagi sebab hari ahad banyak jemputan maka hari Sabtu tu abah part time banquet di hotel.Allah je yang tahu betapa susahnya abah nak cari duit saku, kerja dari pukul 10 pagi sampai 1 pagi dan alhamdulillah dapatlah RM75 (sikit pun tetap syukur).

Betapa susahnya nak jadi orang yang sentiasa bersyukur.

Moga Allah kuatkan kami sekeluarga, moga Allah cukupkan keperluan kami.Moga Allah jadikan kami orang yang sentiasa bersyukur..AMIN.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MOHON AMPUN DAN MAAF YE KAWAN-KAWAN!!

p/s:Saya mohon maaf sekali lagi, entri ni bukan bermaksud nak minta simpati..hanya coretan kisah buat muhasabah diri saya sendiri.

3 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

Takpe cikgu Noi.. biar sikit asal berkat Insya Allah cukup dari banyak tapi sumber tu tak berapa berkat. banyak pun tetap tak jadi apa.. habis gitu je

norinaomar said...

terima kasih cik lekit..betul kata-katamu itu

mizzura said...

insyaalllah...sumber rezeki halal..untuk anak..anak tu kan pembawa rezeki...

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger