Pages

Friday, August 2, 2013

Hai anak Ibu dan Abah!

Assalamualaikum anak..
moga kamu jadi Hafiz suatu hari nanti,moga kamu jadi anak soleh,mendengar kata,taat perintah Allah,disenangi orang,menghormati orang lain,cemerlang dunia dan akhirat.Insya Allah..

Besarnya dugaan ibu mengandungkan kamu duhai anak..
Bila umur kamu 3 bulan, abah kamu dapat tawaran sambung ijazah sepenuh masa di UITM Shah Alam (pada mulanya permohonan gagal tapi syukur kepada Allah, rayuan berjaya).
Berat hati ibu ditinggalkan dalam keadaan masih 'evening sickness', dengan kewangan yang tak berapa stabil memandangkan abah tak bekerja, sebab abah jadi budak sekolah sepenuh masa. Kami cuba berjimat sebaik mungkin.

Alhamdulillah kamu tak meragam teruk sayang, agaknya kamu faham yang ibu tinggal seorang diri..dan syukurlah kita ada jiran yang sangat baik hati dan kawan-kawan ibu yang baik hati.

Abah balik 2 minggu sekali jenguk ibu, pernah jugak 3 minggu baru balik sebab abah nak exam. Masa tu ibu rindu sangat kat abah. Cuma menangis jelah yang ibu boleh buat. Ibu tak putus berdoa moga Allah kuatkan semangat ibu, cukupkan kepeluan kita,jadikan ibu dan abah orang yang sentiasa bersyukur.

Wahai anak..
hari raya tahun ni paling tak dapat dilupakan. Umur kamu dah 7 bulan,harap-harap kamu lahir bila ibu dah mula bercuti panjang ye sayang..
Dalam seronok sebab abah cuti semester 2 bulan, kami diuji lagi..Abah tak dapat nak kerja part time kat 'tempat' tu. Abah cuba ikhtiar cari duit poket dengan buat biskut mazola dan terima tempahan kek marble. Abah buat sorang-sorang, ibu tak dapat nak tolong banyak, ibu tolong tidur aje..Abah kuat kan sayang?

Persiapan hari raya dan persiapan untuk kamu sederhana saja sayang, ibu beli mana yang termampu.

Ya Allah, sihatkanlah anakku, sihatkan aku dan suamiku,jadikan kami orang yang sentiasa bersyukur.......



9 comments:

Fida Ghazi said...

ala.. sedih la pulak. Dah la ahkak ni ati lembut. Dah nangis. cane? hahaha...

Noi.. kalau sambung study full time mmg tak dpt gaji ye noi? husband noi bukan cikgu jugak ke?

Baby baik tu.. dia paham. Ibu jangan sedih2 lah.. nanti baby pun sedih. Ok?? senyum sekarang! sekarangggg!

Fida Ghazi said...

Nak komen lagi boleh? tamak pulak...

Noi.. Kak pidah penah rasa tu sumer noi. Dah kawin dok jauh (jauh ke KL-Shah Alam??) financial semput, pregnant sorang2, jaga anak sorang2. Sedih tak? KL-Shah Alam je pun..tapi tak mampu nak berulang tiap2 hari. So..dok separate.

takpe noi.. itu semua akan buat kita jadi manusia tough. Masa kene tu je kememeh sikit asik2 nak nangis. Tapi sekarang tak lagi dan kak pidah rasa berterima kasih sangat kat pengalaman susah tu.

Suria Lekatlekitgurl said...

Ibu Noi.. walaupun anak pertama tak salah kita bersederhana. Macam lala dulu pun tak di mewahkan sangat sampai sekarang. Di di manja dengan mainan mahal2 sebab kami lebih suka membeli ikut perkembangan dia. Dia tak pandai meminta.. kami tak ajar dia utk beli semua benda yg dia pegang. Dari awal asuh dia macam tu.Mainan kalau bersepah pun budak bukan main sgt. yg bukan mainan selalu dia nak main.Jadi jangan risau cikgu Noi.. ini kira latihan dari dalam perut utk ajar anak bersederhana la jugak. Insya Allah rezeki anak tu ada..

norinaomar said...

Kak pidah: Laki saya bukan cikgu, dia sebelum ni manager Secret Recipe kat Singapore..sebelum dapat masuk UITM dia memnag dah resign.Thanks atas kata-kata tu kakpidah.. Insya Allah akan kuat!!!

norinaomar said...

Cik Lekit: Betul tu, saya harap dia lahir sebagai anak yang sentiasa bersyukur dan bersederhana, dan independent jugak..Terima kasih atas kata2 semangat..

Hazilah Aini said...

anak ni cam paham tau noi.. macam aku ni lagi la jauh dgn suami berbulan bulan. dulu aku kat sarawak, dia kat atas kapal. tp mirza cam paham. dia tak penah menyusahkan. mengandung pun senang walaupun byk giler turun naik flight. insyallah baby ko pun ok. all the best noi.. selamat hari raya maaf zahir batin.

norinaomar said...

Ha:tulah, tiap hari aku pujuk dia jadi anak yang kuat..aku harap dia memang kuat dan berdikari tak banyak ragam.Thanks Ha, selamat hari raya jugak

mizzura said...

noiiii..lamanya tak singgah tau2 dah berbulan bulan lamanya kamu preggie..

ush terror la papanya wat mazola...kagum betul laki bole buat bisnes kuih..

apa2 pun doakan semoga dikurniakan rezeki yg mencurah2 sempena kelahiran bayi ni nanti..salam aidilfitri...!!

norinaomar said...

Zura:terima kasih..kudoakan untuk kamu juga..terima kasih juga atas doaamu

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger