Pages

Saturday, July 20, 2013

My little soya's journey

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..(Ini entri panjang berjela-jela.)

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasanya inilah masanya yang sesuai nak kongsi cerita. Diharap apa yang saya kongsi dapat memberi manfaat dan terus terang saya katakan niat saya bukan nak menunjuk-nunjuk tapi hanya coretan kisah, manalah tahu anak cucu cicit piut nak baca.

Ok..nak dimulakan cerita, kami dah berkahwin pada 20 November 2011 (masa cuti sekolah ) dan lepastu dapatlah luangkan masa bersama sebagai perantin baru sampai bulan 12. Awal Januari tu kami PJJ (saya di Sarawak, Mr Jay kat JB).

Masa cuti sekolah tu 'usaha keras'lah untuk dapatkan baby sebab ye lah, umur pun dah banyak (28 tahun),tapi perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya. Belum ada rezeki.

Sepanjang setahun saya kerap juga balik kalau ada cuti panjang..Dan setiap kali balik tu memang mengharapkan 'rezeki' itu datang. Bila period datang je pujuk hati semula, takpe ada insan di luar sana yang lebih mengharap bertahun-tahun daripada kami.

Lebih-lebih lagi bila dapat tahu masa bulan 9 tahun lepas (2012) housemate yang kahwin bulan 6 dah pregnant dulu, so ada rasa down kat situ. Cuba nak positifkan diri tapi macam susah je.

Masa kat Sarawak dulu saya dah 2 kali period lambat, tanda-tanda macam pregnant semua ada.
Mual, perut macam boncet,sakit breast, sakit pinggang

Lepas tu saya pergi berurut masa period lambat yang kali kedua, sebab dah tak tahan sangat badan ni, rasa angin, loya dan macam-macamlah.

Lepas urut tu, petangnya terus keluar darah
Cerita kat ibu dan saya kena marah, dia kata takkanlah setiap kali lambat period saya nak urut

Dan dah balik Johor ni masa bulan 1 haritu period lambat lagi

So saya assume saya ada masalah period lagi
sakit breast berdenyut-denyut bukan kepalang, saya pergi buat ultrasound breast kat KPJ Pakar Puteri JB, takut ada ketul ke apa..ok positif,dah lega kat situ.Melayang RM 100++
Pastu sakit kepala je siang malam tapi saya takmau makan panadol, pergi klinik sebab dah tak tahan, doktor bagi panadol jugak..telan jelah. Saya ada cerita mungkin pening sebab period saya lambat, dia kata minggu depan kalau tak period jugak dia suruh datang lagi buat UPT.

Last last masa cuti raya cina tahun ni saya dah tak larat, saya ajak Mr Jay  buat ujian kesuburan.
Nak buat vaginal scan n sperm test
Masing-masing dah ready ni, saya assume fallopian tube tersumbat ke, apa ke kan
sekali buat urine test, nurse tu kata +ve
Saya macam terkejut habis, then doktor tu buat jugak vaginal scan, jolok batang apa entah ikut bawah, nampak telur =)
lain nak buat, lain dapatnya...ALHAMDULILLAH!!!

Serius, saya tak buat UPT sendiri
sebab memang dah give up
Masa kat Sarawak saya agak aktif membeli UPT tu
membeli dan mencuba
Saya malas nak frust so saya tak check lah

Actually, saya memang dah niat awal-awal kalau saya pregnant saya taknak kepoh-kepoh kat FB, kat kawan-kawan..sebab kalau kita share kat FB ke, kat kawan-kawan kita ke,tak semua bernasib baik macam kita
biar orang tahu sendiri..nampak sendiri
sebab saya pernah rasa sedih, so saya taknak buat orang lain sedih.

Cuma nak kongsi antara usaha yang saya dan suami buat selama 1 tahun 2 bulan

1)Minum air madu suam 1/2 cawan setiap hari-sebelum minum tu baca selawat, bismillahi tawakkaltu alallah dan niatkan 'semoga berkat aku makan makanan sunnah ini,KAU berikanku kesihatan dan zuriat yang baik'

2)Makan habbatussauda softgel-saya niat makan ni sebab nak hilangkan resdung..alhamdulillah resdung saya pun dah tak ada,badan pun rasa sihat je.

3)Rebut peluang berdoa pada waktu mustajab-masa hujan lebat turun, lepas azan,selepas buka puasa, bangun qiamullail,masa solat dhuha

4)Buat baik dengan anak yatim dan kanak-kanak-doa kanak-kanak Insya Allah akan dimakbulkan, tiap hari sebelum mengajar saya selitkan doa minta budak-budak doakan," Ya Allah semoga Cikgu Norina cepat-cepat dikurniakan rezeki anak."

5)Buat baik dengan haiwan(saya guna kucing)-sambil bagi kucing saya makan saya usap sambil cakap kat dia,'doakan aku ye kucing'.Macam paham je kan.

6)Sedekah yang istiqamah-yang ni takpelah biar Allah je yang tahu.Tapi sambil sedekah sambil berdoa.

7)Qiamullail dan solat dhuha secara istiqamah-Astaghfirullah, ini dosa saya yang tak terhingga. Masa kita meminta dariNYA kita bersungguh-sungguh buat, bila dah dapat sesuatu yang kita inginkan, kita semakin lupa dan lalai,maafkan hambaMU ya Allah.

8)Mintak ibu dan ibu mertua kita doakan sepanjang masa

9)Lepas solat tak pernah miss baca doa ini:

"Rabbi la tazarni fardaw wa anta khairulwarisin"
Ertinya : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian walhal Engkau sebaik-baik waris..

"Rabbi habli min ladunka zuriyattan thaibatan innaka sami nguddoa"
Ertinya: Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau maha mendengar (menerima) doa.. 

Rasanya itulah yang kami usaha. Dan jika ditakdirkan kami masih belum dapat 'rezeki' itu, kami tetap akan melakukannya semata-mata kerana Allah..bukan untuk sesiapa.

Antara kata-kata yang saya pegang untuk pujuk hati sendiri:

*Anak itu ujian, kalau ada anak itu satu ujian, tak ada anak itu pun ujian.
*Nanti kat akhirat Allah tak akan hisab kita berdasarkan ada anak atau tidak,tapi Allah hisab kita berdasarkan amalan.
*Ada orang yang lebih susah dari kita, ada yang dilahirkan memang tiada rahim langsung, ada yang ditimpa pelbagai penyakit wanita (cyst, fibroid, endometriosis dan sebagainya) membuatkan saya lebih insaf dan bersyukur.
*Jangan bangga sangat dengan anak yang kita ada, suami yang kita ada, itu semua hanya pinjaman dari Allah, bila-bila masa akan ditarik balik.

Apa yang saya cuba elakkan:

Berkata pada orang lain, 'ala, baru kawen 7-8 bulan dah risau belum ada baby, aku ni dah kawen 3 tahun lagilah'. Kita tak boleh nak kata macam tu sebab penerimaan masing-masing adalah berbeza. Tak semua orang setabah kita. Dengarlah rintihan mereka sekurang-kurangnya itu dapat mengurangkan tekanan seseorang.

Merungut sepanjang masa. Merungut bila alahan, merungut bila mabuk dan loya, nanti anak dah lahir ,merungut rimas berpantang, anak meragam merungut lagi..sampai bila masalah tak akan selesai. Saya akan cuba elakkan,akan cuba sedaya upaya. Sebab kita yang mintak kan?Kalau merungut tu macam tanda tak bersyukur je.

Terlalu gembira. Saya takut sebab macam-macam boleh jadi. Saya hanya mampu berdoa dan minta semua pihgak mendoakan saya itu sahaja.

 First scan masa nak buat ujian kesuburan tapi rupanya dah ada 'little soya' ni.Masa tu baru 3 minggu =)
4 bulan ibu soya. Masa ni gagah kauu..siap berjalan ke KL and Cameron Highlands lagi!

p/s:Sekarang dah masuk 27 minggu Insya Allah.Doakan saya semoga semuanya selamat dan dipermudahkan

9 comments:

Hazilah Aini said...

tahniah noi! jalan byk2 insyaallah cepat dan mudah bersalin.

norinaomar said...

Ha:Amin mudahmudahan..terima kasih!aku nak training naik turun tangga lepas puasa nih!

Fida Ghazi said...

semoga dipermudahkan ye Noi!!

kak pidah pun baru nak jinak2 dgn makanan sunnah.. madu, habbatussauda. nampak ada kesan positif :)

norinaomar said...

KakPidah:Terima kasih, Insya Allah moga dipermudahkan.Eh,bagus tau makanan sunnah ni..niat untuk kesihatan je kakpidah.

Suria Lekatlekitgurl said...

dah nampak perut bulat.. saya pun sekarang dah makin kurang nak cerita pasal lala dalam blog. dulu yer la excited jugak.. tp entah kenapa pd 1 hari tu tetiba teringat kisah org yg buat hati saya tersentuh masa mengandungkn lala dulu buat saya terfikir.. tak payah highlight sgt la kisah lala dalam blog. selit sikit2 sudah.. sekali sekali sudah cerita dia dalam blog. sebab.. sy tak boleh terima kalau org kaitkan lala dengan apa yg saya tulis dalam blog semata2 nak sakitkan hati saya.jadi.. betul cara cikgu Noi.. Kadang2 cerita kita buat org yg xde terasa.. kadang2 apa yg kita cerita org jadikan senjata utk buat kita down.. apa yg menjadi kelemahan pada org lain @ kita sendiri.. bukan tak boleh cerita langsung tapi cerita sikit2 sudah

norinaomar said...

kAN cik lekit?sebab memang kita boleh kata FB aku, blog aku sukahati akulah aku nak cerita apa..tapi kita kena fikir yang mungkin salah seorang yang baca akan tersentuh hati dan bersedih.Tak salah nak cerita tapi berpada2..nak bangga sangat pun tak boleh sebab anak ni pinjaman dari Allah saja..

bahIRAh said...

Noi!! aaaaa seronoknya!! tahniah Noi!! take care dear..jgn lasak sgt..hihi..

ira belum ade lagi..please doakan ea..thank u!!

norinaomar said...

Thanks Ira! Insya Allah akan tiba rezeki awak..kita semua doa sama2 yeh

mizzura said...

noi...yang cakap ngan kucing tu..hehe..sep tangan lah..penat wat gak...time tu tgh sedih usap2 kucing sambil pesan suh dia doakan..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger