Pages

Monday, June 17, 2013

Bila Cikgu Cikgu Dah 60 Tahun..

Assalamualaikum semua..selamat hari Isnin.

Nak dijadikan cerita, tadi bersembang-sembang merepek merapu dengan member bilik guru lepas habis kelas..dah pukul 2 lebih masing-masing malas nak balik awal,nak hilang stress mulalah buat cerita mengarut.

Kisahnya pasal kena mengajar sampai umur 60 tahun.

Kitorang yang bersembang ni dalam umur 25-31 macam tu lah. Masing-masing membayangkan kalau ngajar sampai umur 57-60 tahun...(tengah menaaip pun dok terbayang dengan muka berkedut,jalan terketar-ketar)

Apa yang akan berlaku masa tu ialah / mungkin:

1)Kelas dah maju dan pembelajaran secara maya





Kalau betullah pembelajaran macam ni, macam dah rabun nak tengok benda-benda yang ada kat laptop..silap-silap kena pakai cermin mata terapi macam ni tiap masa..mata dah makin tak nampaklah katakan.Hahahaha!!
"Siapa yang bising tuuuuu...." sambil dekatkan mata ke skrin laptop sebab dah kabur-kabur.




 2)Jurujual yang datang ke sekolah

Bila dalam bilik guru majoriti cikgu umur 57-60 tahun, takde dah yang datang jual pakej Ayamas ke, Dominos Pizza ke,jual pencuci lantaike,pastilah yang datang dari produk Polident, penjual tongkat yang ada 3 kaki tu, penjual barang-barang kesihatan....=),almaklumlah golongan sasaran yang tepat!









3)Pinjam diapers

Kalau masa muda-muda ni untuk cikgu-cikgu perempuan pinjam tuala wanita (maaf ye bab ni isu sensitif sedikit),dah masuk umur hujung abad ni lain pulak pinjamnya.

"yelah kan pot pet pot pet...macam tulah..hahahahhahahaha ooopppsss".........terlajak pulak akibat dah tak kuat nak 'ikat'.Senang cerita terkencinglah..masalah biasa bagi golongan ini.
''Pssttt..Senah, ko ada extra tak? Pinjam satu!"





4)Anak murid

Kalau sekarang anak murid tolong kita angkat buku, laptop dan barang-barang...bila dah umur 57-60 tahun, kita mintak anak murid pimpin kita pulak..tak larat nak jalan kan kan kan kan.





5)MC dan CRK (cuti rehat khas)

Kalau sekarang cikgu mintak MC sebab alahan mengandunglah, mintak CRK sebab jaga anak sakit, masalah itu ini, bila dah sampai tahap ni,akan ramailah cikgu yang tak datang ke sekolah. Mana taknya, yang itu kencing manis, yang ni darah tinggi, yang tu gigi reput, yang ni sakit sendi, yang tu darah rendah maklumlah sakit orang tua.


Apapun harapnya pada umur tu aku dikurniakan kesihatan dan ingatan yang baik, masih berpeluang beribadat dengan baik dan bekerja dengan baik. Serius tak dapat nak mebayangkan dan tak pasti sempat atau tidak nak mencecah umur 60 tahun tu. Wallahua'lam.

p/s: Rasa macam dah lama benor tak tengok muka laki sendiri secara live.=)


8 comments:

Suria Lekatlekitgurl said...

60 tahun masa untuk berehat & beribadat jer.. 50 tahun pencen dah elok sangat tak payah lanjut 60 tahun.. time tu nenek2 si bongkok 3 siang mengantuk malam berjaga dah.. hahahaha

norinaomar said...

tulah kan...tapi apa nak buat dah sign perjanjian kena servis sampai 60 tahun.Nanti tukar menteri tunggu jelah perjanjian baru, diorang suruh sign kami sign je,yang menurut perintahla katakan

ainee said...

ahahaha. kelakor la akak ni. sy pilih pencen option umur 45 la kalau keadaan tak mengizinkan.

norinaomar said...

aini:ko tak de masa perbincangan tu..sampai nak terkencing aku gelak ketawa

Emy Omar said...

Salam perkenalan..
Saya juga seorang guru..saya sign untuk bersara umur 58thn jauhnya lagi perjalanan saya

norinaomar said...

Terima kasih kerana singgah..jauh lagi kan?takpe,kita follow the flow je

Amalina Hussain said...

hahahaha...kelakor..nak nak part polident tu..kuikuiikuiii..take care! ;)

mizzura said...

ala yg kerja peribet ni bila plak nak pencen eh..hehehe..takkan dah umor 60 dok kejor tren lagi...hailahhh..hahah... kelaka entry ni..

noi..salam ramadannnnnn!!

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger