Pages

Wednesday, February 13, 2013

Yang dibenci dulu dan yang disayangi sekarang

Assalamualaikum dan salam hari Rabu..

rasanya masih ada yang cuti dan banyak juga sekolah yang dah mula sekolah hari ini..bagus juga sebab tak payah nak ganti hari persekolahan, 2 hari tuu..

Baiklah, saya akui yang saya banyak idea nak tulis dalam entri tapi tapi tapi kekangan masa yang melampau agak menyukarkan saya.Takpelah, lagipun blog terpencil je, =)

Teringat saya pada bulan pertama saya kat sekolah baru ni..dapat kelas yang pertengahan, kelas paling belakang dan kelas depan.Fuh...sapu peluh tiap-tiap hari. Hari-hari saya termenung..saya memang tak mampu nak kawal kelas.Budak-budak ni sangat luarbiasa perangainya. Sugar rush yang tahap maksimum.Kita kat depan ni agaknya takde istilah takut langsung.

Bincang-bincang dengan kawan-kawan, sembang dengan Mr J, sampai dia kata "Eh, bukan awak garang ke? Takkan budak tak takut?"\

Betul, saya rasa garang saya hanya lut kat sekolah lama je.Nak nangis semua ada.Solat hajat, istighfar, selawat banyak-banyak sebelum masuk 4 Cerdik tu.

Satu hari saya tak tahan. Ramai yang tak bawak buku. Bila saya ajar kat depan masing-masing buat tak peduli. Siap ada yang main kejar-kejar kat belakang. Saya geram saya panggil semua..tiba-tiba saya nangis!!!

Oh Noi, mengapa kau begitu lemah?Kau loser!

"Sayang, kenapa nak bazir airmata nangis depan diorang. Malulah sikit, dengan budak kecik pun awak boleh kalah!"

Maka, Mr J bagi cadangan dia nak jumpa budak-budak tu.Oh tidak, saya tak bagi. Kemudian dia cadangkan saya jumpa guru kelas, cakap apa masalah saya.

Esoknya saya jumpa guru kelas 4 Cerdik tu, saya cerita semua,dan saya mintak dia tolong tegur kelas tu.

Dan alhamdulillah..tindakan saya tu berkesan.Syukur tak terhingga.

Dan sampai sekarang saya ubah cara melayan mereka. Banyak puji, banyak usap-usap kepala, banyak sentuh bahu, banyak senyum..Tapi kadang-kadang terlepas juga..Syukur, yang dibenci dulu dah jadi yang disayangi sekarang.

 These two books are really inspiring me, satu je dah habis baca =)

p/s: Budak-budak tetap namanya budak-budak, yang perlu kreatif ialah kita sendiri.



9 comments:

nmkhairulazlan said...

Dua2 buku tu dah jd koleksi sy... selamat pgi cikgu sangat best....hehe

norinaomar said...

saya baru beli 2 hari lepas,tak sabar nak habiskan..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

teringat pulak masa sekolah ada cikgu saya yang menangis lari keluar kelas semata mata tak tahan dengan budak2 nakal dalam kelas. Tp time tu dah sekolah menengah la. Cabaran jadi cikgu ni memang besar..

norinaomar said...

ye cik lekit, yang orang lain nampak yang indah-indah yang senang-senang je, cabarannya kami je yang tahu..tapi saya sedar saya perlu baiki banyak lagi kelemahan saya

Sufia Mahzan said...

noi,cuba google blog ustazah engineer. ada tips ajar cara Rasulullah.
Aku ada try gak kat anak murid aku sikit2 ok gak lah..ada gak yg x mkn saman. aku xgi pun kursus tu. baca dan try implement

achik tomey said...

salam kak noi,..bru bjinak2 bc blog...emm mmg betul jd cgu ni mcabar fizikal n mntal..24jam nk kne pikir ape nk ajor n pikir how nk tackle student kan..
sy pun cgu jgk,student lbh besar n lbh tgi dr cgu,,mcm mne tu.nk mrh lbh2 nti jd ape2 plak kat kete,hihihi
2 years ago,sy prnah mrh kat sorg boy,then dia ckap 'tcer monyet'...then sy terrrrrr tmbuk muka dia,slow je,,,then next week dia dh quit..ishhh...salah sy ke?<<>
kenyataan nye:cgu marah coz sayang kat student,nk dorg jd 'manusia'♡

mizzura said...

Hebatlah noiii...kesabaran thp tinggi sapa jd cikgu ni...kalo sapa keje company biasa tak tahan bole cabut sana sini.smpi jmpe company best..tp noi tiada pilihan ttp kn teruskan... Hikmahnya, nnt future dah ada ank senang nak didik ank2..:-)

Cik BB said...

Hmmm risaunya nk jadi cikgu...huk8...

norinaomar said...

Ila:jangan risau..sangka yang baik-baik aje..bersedia mental dan fizikal..Insya Allah akan dapat rezeki dapat anak murid yang baik-baik..cabaran ada di mana-dimana

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger