Pages

Tuesday, January 1, 2013

Selamat datang kehidupan baru

Wah, rasa macam tak percaya dah melangkah ke 2013..Lebih-lebih lagi dengan suasana baru,kawan baru,rutin yang baru..Tiada lagi bersantai-santai sampai tak tahu nak buat apa..Tiada lagi waktu petang yang terisi dengan tidur yang berpanjangan..Apa yang kita tinggalkan biarlah kita ingat yang manis-manis dan baik-baik saja.

Saya taknak ingat pencapaian yang saya dapat tahun lepas tapi saya nak senaraikan apa yang saya nak perbaiki untuk tahun ini.Bila kita tulis tu maknanya kita dah niat.Mudah-mudahan akan terlaksana!

1)Lebih rajin puasa sunat.
2)Lebih istiqamah buat amalan sunat. Terus terang saya katakan, saya buat perkara ni bila ada hajat yang saya nak capai saja.
3)Kurangkan cakap perkara yang tak baik.
4)Menjadi isteri yang lebih baik..part ni saya sedar saya banyak kekurangan dan sentiasa tak lepas dari kesalahan.

Selamat menempuh tahun 2013 kepada semua, moga tahun ini memberi kebaikan kepada kita semua!

p/s:Macamanalah aku boleh tertinggal Buku Rekod Mengajar kat sekolah tadi..aduhhhhh!

tengah stress kena menghadap gambar benda yang sedap..tengok gambar je pun

4 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

yelah.. sama2 kita perbaiki kekurangan. Jangan lupa berusaha keras utk masuk group blogger mak2.. hahahahaha.

norinaomar said...

Cik lekit: Insya Allah mudahmudahan...doakanlah ye..doakan banyak2 tau

Nieza Ishak said...

selamat menempuh azam baru.

Kak Nieza pun banyak tapi tak buat list pun. lebih pada anak-anak untuk memimpin ke arah hidup yg lebih sihat ... cewahhhhhhhhh

mizzura said...

Alamak lupa buat list..hehe..ingat kek tu noi buat...menjejeh dah saliva ni...

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger