Pages

Sunday, January 13, 2013

Pesanan untuk para ketua kampung dan isterinya

Assalamualaikum...

terlebih dahulu, ku mahu upload ini gambar..

Rindunya kat ibu dan abah....

Ok, untuk pengetahuan semua berikut adalah sedikit info tentang ketua kampung:
1)Elaun RM800,itupun tak tentu dapat tiap-tiap bulan.Kadang-kadang bapak ku lambat dapat 2 bulan, lepastu bulan seterusnya dapatlah tunggakan.Kesian kan.
2)Tugasnya 24-7..24jam selama 7 hari tak kira masa.
3)Tugasnya bukan sekadar bagi pengesahan salinan fotostat sijil,kadang-kadang jadi pemandu kepada orang kampung yang nak ke pejabat kerajaan di bandar, tolong uruskan borang nikah,tolong daftarkan nama kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tolong buat report polis kerana kematian, wakil Tok Penghulu dan macam-macam lagilah.

Jadi aku sangat hormati kepada mereka yang bergelar ketua kampung yang menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab walaupun elaun kecik.

Yang sebenarnya aku nak cerita kisah aku nak dapatkan pengesahan sijil dan borang semalam. Aku dah buntu sebab borang tu nak hantar esok. GPK aku pulak takde cop pengesahan tu, staff opis cuti hari Sabtu jadi beliau boleh sahkan hari Isnin. Dalam kebuntuan tu aku pun tanya pakguard kat perumahan ni di manakah gerangan rumah ketua kampung yang berdekatan.

Maka petang semalam, aku dengan Along pun pergilah ke rumahnya (setelah 3 kali bertanya orang).Toknya tak ada, ok fine..maka aku bersembanglah dengan bini Tok Ketua.

Bini Tok : Ye, nak apa. Dia tak ada.

Saya     : Saya nak buat pengesahan sijil dan borang ni. Tok keluar tak balik ke,atau dia outstation?

Bini Tok: Entahlah dia pergi mana, entah malam baru balik. Nak pengesahan apa ni? Buatlah kat Sahrom..(entah sapa Sahrom tu aku malas nak tahu, 2 kali dia cakap suruh buat kat Sahrom)

Saya     : Ok takpe kalau tak ada, saya nak tinggalkan je sijil ni, so bila Tok balik nanti dia boleh sign. Esok saya ambil, bukan nak sekarang.

Bini Tok : Apa ni? (Sambil komplen-komplen). Tengoklah kalau dia nak sign.

Saya   : Supposed memang kena sign sebab dah memang tugas dia. Kalau orangnya takde pun sepatutnya boleh tinggalkan sebab ayah saya selalu suruh macam ni. Ayah saya pun Ketua Kampung jugak, so should be no problem.

Bini Tok : Apasal awak tak bagi kat ayah awak je?

Saya   : Kalau ayah saya ada kat sini, tak delah saya datang ke mari..Ayah saya kat Muar.

Muka dia dah malu, dahlah buat muka sombong dan angkuh tapi syukurlah saya balas dengan sinis je bukan tengking-tengking. Aku dengan Along tahan sabar je, sambil doa depan rumah dia mohon Allah lembutkan hati Tok, mohon permudahkan urusan aku.

Tadi lepas balik joging, aku pergi rumah Tok dengan bertemankan Mr J. Alhamdulillah..Tok nya okey je, urusan selesai, hati pun tenang.

p/s: Aku kenal ramai Tok Ketua dan Ketua Kaum kat Penibong dan Penuai dulu,tak pernah dalam hidup aku jumpa bini Tok Ketua yang sebegitu. Semoga Bini Tok menjadi lebih baik dan berbudi bahasa hendaknya ..AMIN







8 comments:

zulfikar hazri said...

Ada rupanya bini tok ketua kampung yang lebih sudu dari kuah ye noi?

memang bukan nombol satulah mcm tu.
tapi first time baca entry mcm ni. harap dapat buat selalu, sebab kami tak tau sangat kehidupan ketua kampung dan penghulu ni mcm mana noi.

Fida Ghazi said...

ko perli bini ketua kampong noi??

tarap datin tu kat kawasan jajahan takluk laki dia tuh!!! dia bagitau DO kang noiii! kene transfer lagik kang!

kehkehkehkehkeh..

gitulah noi politik kampung2... kita kene up diri kita dulu baruuuu org nak pandang..padahal..org tu bukan ade ape benda pon..bini ketua kg tu pon lesen kete ntah ade ntah idak...

eh..

Fida Ghazi said...

alamakkk lupa...mak noi pun bini ketua kampong!!opsss...

norinaomar said...

ikar: ni first time aku jumpa yang lebih sudu , padahal tok tu okey je takde hal pun nak sign dokumen aku.

aku segan nak cerita lebih2 tapi aku macam frust jugak kenapa elaun ketua kampung kecik je..tak berbaloi dengan tugas

norinaomar said...

kakpidah:hahahaha, binik tok ketua kampung yang kat gambo tu sempoi je, takde nak eksen2..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

tu baru bini ketua kampung agaknya kalau bini PM camna gaya kerek dia yer...

norinaomar said...

cik lekit: OOOOPPSSSS

mizzura said...

Dia ada pms kot time tu...lalala.....:-)

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger