Pages

Friday, January 11, 2013

Mengimport anak import selama setahun

Entri kedua di bulan Januari..susah betul nak luangkan masa update blog sejak berkehidupan baru ni..Tapi tak boleh, kena update jugak untuk kepuasan diri..Rupanya ada peminat kecik yang sentiasa menunggu entri terbaru..ni saya nak cerita pasal dia lah ni.

Alkisah, pada tahun ini saya telah membuat perjanjian 2 hala dengan kakLong saya dengan memohon untuk mengimport anak sulungnya , Nuryn Nabila selama setahun. Si Along ni sejak kecik memang dah biasa dengan saya, so dia pun setuju je nak stay dengan saya. Tahun ni dia bakal menduduki UPSR, jadi bolehla saya tolong sikit-sikit apa yang patut.Dan paling best, dia sekolah sama dengan saya..so cikgu2 kat situ termasuk staff n Guru Besar semua hairan kenapa tak alih-alih budak ni nak duduk dengan saya. Saya faham, semua orang akan terfikir yang bukan-bukan tapi langsung tidak sama sekali. Ini untuk kebaikannya juga.

So rutin semua dah berubahlah..selama ni menjaga laki je, sekarang menjaga anak pulak..tak pasal2 je anak dah umur 12 tahun, kalau pergi kedai orang tanya, anak ke? Saya iyakan aje.. =)

Alhamdulillah dia ni positif budaknya,senang nak dengar kata, rajin,dan yang paling best, kuat makan..cikNoinya memang kalah saiz.

Lepas solat maghrib mesti kena mengaji satu mukasurat.

Bilik nombol 2 dah dikemas untuk dia tadi, sakit pinggang aku punggah barang.Takpe, along punya pasal,

Meja dia, tapi rasanya dia bukan guna meja ni buat belajar sebab ada rehal saya belikan untuk dia.

Yeay, dah ada kawan pergi surau!!


p/s:Moga2 Nuryn Nabila menjadi anak cemerlang dunia dan akhirat ya!





2 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

teringat pulak kita kecik2 pn tggal dgn makcik padahal umah seberang jalan jer.. nk buat camna anak kesayangan makcik. dok dgn makcik blh ngada2 & manja2.. :D

norinaomar said...

cik lekit:tapi kita tak layankan sangat, kita banyak ajar dia berdikari kasik kuat sikit =)

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger