Pages

Monday, December 17, 2012

Tentang Gaza...

Lepas sarapan nasi goreng pagi tadi, saya dan Mr J buka siaran TV1, tengok Selamat Pagi 1 Malaysia..ada temubual bersama wartawan Bernama yang pergi ke Gaza baru-baru ni. Terus-terang saya mengakui yang saya tak punya cukup ilmu dan pengetahuan tentang Palestin, Israel, Gaza.Malas membaca itu puncanya. Tengok je berita tiap hari tapi taknak faham..

Lalu saya lontarkan soalan yang boleh dikatakan soalan kurang pandai kepada Mr J,"Sayang, kenapa lately banyak siarkan bantuan orang Malaysia ke Gaza ni?Sebelum ni tak ada ye bagi bantuan?"

Mr J jawab,"Ada, cuma dulu kurang publisiti sebab cuma ada suratkabo aje.Orang yang involved aje yang tahu."

OOOOoooo..panjang saya punya OOOO.

"Lepas tu kenapa sekarang ni senang je nak bagi bantuan?"

Dia jawab lagi, "kan sebelum ni pemimpin Mesir tu Hosni Mubarak, dia tutup laluan nak ke Palestin. Pemimpin baru ni dah buka laluan, sebab tu bantuan lebih senang nak sampai ke sana.Tapi tahap sekatan masih ada."

OOOOOoooo lagi.

Banyak betul kenapa yang saya tanya pagi tadi.
Kenapa negara-negara semua tak pakat ramai-ramai suruh askar Israel tu keluar dari Palestin.
Kenapa sana ada perang.
Kenapa Palestin,ada apa kat Palestin.

Ya Allah, jahilnya aku, dungunya aku, bodohnya aku, malas membacanya aku.

Nilah akibatnya kalau belajar untuk periksa.
Dan saya akui saya menghafal segala point untuk jawab soalan peperiksaan terutamanya Sejarah dan bukan memahaminya.
Dan saya juga akui saya lebih mudah faham kalau orang lain bacakan atau ceritakan semula kepada saya, dan bukannya saya membaca sendiri nota.

Rasa nak sekolah balik, belajar Sirah semula....malu.

Dan saya percaya ramai lagi yang macam saya di luar sana.

Jangan pula berdegar-degar boikot sana sini, kongsi gambar itu ini tapi pasal Palestin secara terperinci pun taktahu. Saya sangka baik kepada kawan-kawan semua..saya yakin kawan-kawan lebih arif daripada saya.

Esok nak sambung sesi soal jawab.Mudah-mudahan ianya bermanfaat..Insya Allah.

source : sini

p/s:Kalau kita menyoal, kita kelihatan 'bodoh' untuk 5 minit saja barangkali... tapi kalau kita tidak menyoal, kita akan bodoh selamanya...(Ambil dari FB Azlina Hasan =)

8 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

yang boikot ikut bontot org tu ramai berbanding yang boikot & faham betul2 kenapa & apa yg dorang boikot.. betul tu bodoh 5 minit tu lebih bagus dari bodoh selamanya tp berlagak pandai hari2.. hahahaha

norinaomar said...

ciklekit:sebab tu taknak boikot bermusim

InaAchik said...

tu la... dah tua bangka ni baru fhm... tu pun bila gi majlis2 ilmu kat masjid. nak harapkan subjek kat sekolah, x bijak jugak. balik zaman paleolitik... kisah anak beranak BROOKE, al fonsodealibukaki :p

outbound malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

norinaomar said...

Ina:Nasib baik bukan alfonso de albu cik kaki, hihihi

Hazilah Aini said...

seronok pasal sejarah israel palestin ni noi.. pnh tgk kat tv dokumentari asalnye puak israel ni. lama2 mmg menyakitkan hati. jejak rasul pun ada citer. sedih tgk org palestin. rumah runtuh sana sini. tp kat israel tu penempatan diorg sebijik cam suasana kat europe.

norinaomar said...

Ha:tulah,aku ni prefer orang cerita Kan kat aku n tengok cerita daripada membaca kalau sejarah ni

mizzura said...

Noi...betul...samala kes boikot memboikot mengikut musim..konfuse jap...abis musim xjadi boikot..haihhh...

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger