Pages

Wednesday, December 19, 2012

Jenguk Tanjung Piai

Semalam Mr J off day, oleh kerana hari Isnin hari lahir cintaku itu merangkap hari belum gaji, maka kami cuma lepak kat rumah saja dan jalan ke Angsana tengok Pameran Kraf Zon Selatan.
Oleh kerana semalam sudah 'harmoni', mood pun ada baik juga,maka kami menuju ke Pontian nak pergi jalan-jalan ke Tanjung Piai. Saya ni asyik dengar je pasal Tanjung Piai ni, tengok gambar sana-sini teringin betul nak tengok. Jauh jugalah dari JB dalam 1 jam 40 minit macam tu, itupun ikut jalan apa entah. Pergi ikut jalan lain, balik ikut jalan lain..Lantaklah asalkan selamat sampai dan balik.

Masa dalam perjalanan, perut dah mula bergendang..Saya ni pesakit gastrik, tak boleh biar perut kosong. Ternampak kedai nasi campur maka saya tapau nasi 1 bekas,beli teh O ais dan pisang goreng + cendawan goreng RM4.

Sampai-sampai je sana kok hujan lebat betul-betul. Duduklah kami dalam kereta buat 'projek'. Haaaa..projek makanlah, makan nasi campur tadi kongsi 2 orang.Tak payah beli sorang satu, sharing kan caring..hahaha.

Orang tiket kaunter tu tak bagi masuk sebab hujan ditambah lagi katanya boleh berlaku ribut laut. Bila hujan dah reda tu kami macam pujuk-pujuklah nak masuk juga..Yes!Risiko tanggung sendiri ye..

Apa lagi layan gambar ajelah..

Harga Tiket Masuk
Dewasa : RM5.00 (Warganegara)
Kanak-kanak: RM3.00 (Warganegara)











Laluan nak ke globe tu dibanjiri air pasang..redah aje












p/s:Mujurlah tak pakai dress atau skirt bagai..nak harungi air pasang tu camno???

18 comments:

missSenget said...

pernah pegi sini..
5thun lepas..
best..!

lari2 kene kejar monyet.. hahaha..

tp best..kalo dpt mmg nk gi lagi..
ada naik bot gi hutan bakau..

Sharifah Nadzarah said...

DAH LAMA TAK PEGI..LAST PEGI MASA LOM KAWIN...
MESTI DAH BYK PERUBAHAN...
MCM TAKOOT JER LALU JAMBATAN DGN AIR PASANG...NGERI PLAK TGOK...

norinaomar said...

shila:kita pergi semalam tengah hujan, monyet tak keluar..ooo ada bot ye..tak dapat nak naik sebab hujan

norinaomar said...

SN:Memang agak gerun jugalah air pasang tu, bahaya untuk budak kecil

InaAchik said...

amboi noi,,, sronok skrgkan dah togeder-geder ngan mr rumet.
semoga inilah hadiah birthday terbaik setakat ni. :)
HAPPY BIRTHDAY noi syg...

bahIRAh said...

bile noi pegi? ira pun pegi sini 16/12 aritu.. hujan tp kitorg tggu kejap.then nak pegi globe, hujan balik..haha!

norinaomar said...

Ina:Hadiah birthday ini ialah priceless,biar hilang elaun RM1K plus plus pon..

norinaomar said...

Ira:saya pergi semalam (19.12)..hujan masa ni renyai renyai je..kasi redah!!

zulfikar hazri said...

ye ke ko projek makan2 je dalam kereta noi? ye ke ni? ye ke?

norinaomar said...

Ikar: cissssssssss kau

THE LEKAT LEKIT STORY said...

takpe cikgu Noi kan juara renang.. hahahaha.. lain macam bunyi projek dlm keta tu..hikhikhik

norinaomar said...

Cik lekit:haippppp jangan pikir ke lain!

eeeda said...

nak kena ge nie.... bila lah boleh sampai ke sana tu...

Eyriqazz said...

best juga redah air pasang ni ya?

P.s : Jemput join RM500+ Give Away

norinaomar said...

eeeda: Insya Allah satu hari nanti mesti sampai punya

norinaomar said...

Eyriqazz:Best tapi agak seramlah

mizzura said...

Noiii...hehe...berangan nak g hjg selatan aia ni..sbb pnah nmpk kt gmbr ofismate..last week br je g JB...

norinaomar said...

Laa yeke zura..kalau ada contact number boleh kita lepak2

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger