Pages

Thursday, December 13, 2012

Corat-coret 1st Year Wedding Anniversary

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah setahun rupanya kami jadi kekasih halalan toyyiban. Banyak lagi ranjau dan duri di depan yang menanti. Apa yang saya harapkan hanya keredhaan Allah Taala semata-mata. Moga Allah menguatkan cinta kami dan memberkati kami hingga ke syurga AMIN..

Kami memang dah plan nak celebrate kat Langkawi. Sebab zaman 2004 macam tu Mr J pernah praktikal 3 bulan kat Langkawi , kat hotel Bayview , dan saya pulak tahun 2005 pernah kerja 9 bulan. Maka, masing-masing macam nak mengimbau kenangan lama mengusik jiwalah..tengok tempat kerja lama, tengok rumah sewa lama, tengok tempat lepak..Tapi jangan salah faham pulak, masa kami duduk Langkawi dulu, kami memang belum kenal =)

Beberapa perkara yang berlaku sepanjang 5 hari 4 malam kat sini:

1) Hari 1 dan 2 saya demam selsema. Makan actifast, soluble tak jalan. Pergi klinik kat pekan Kuah, makan ubat 2 kali Alhamdulillah terus okay.

2)Kami tak buat aktiviti yang klise macam orang lain, tak pergi pun Underwater world, Island hopping, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Mangrove Tour tu semua..tak..tak.. sebab masing-masing dah pergi sebelum ni.So apa yang kami buat, tengok gambar-gambar kat bawah.

3)Ini pengalaman pertama Mr J naik belon, tapi tak thrill sangat sebab setengah jam aje..Haa..tunggu esok pergi Sibu, keras kejung kaki dalam belon kebosanan.

4)Dapat ke Pulau Tuba dengan catar bot.Dapat ngeteh kat kedai Abang E, tempat saya makan nasik masa kerja kat Pulau Tuba dulu. Sayu hati tu taktahu nak kata macamana.

5)2 malam stay di Langkapuri Inn, 2 malam stay di Hotel Bayview, Kuah.

6)Kasut kesayangan Mr J hilang dicuri orang. Silap kami jugak tak masukkan kasut dalam bilik.

7)Kereta yang kami sewa dikatakan calar kat bumper. Kena bayar RM100 kat orang tu. Malaslah nak cerita.

8)Pengalaman pertama jugak bagi Mr J main tali (high rope). Impressed sebab he did a good job!




Subhanallah..indahnya sunset di Cenang....


Buffet sarapan pagi yang simple tapi sangat sedap di Langkapuri Inn..




Ada gaya tak?

This is how we celebrated our anniversary =)




Dah penat main tali, kita beratur sejam pulak nak naik skycab punya pasal..huh!

Skru hidung sebab hidung berlari..hahahahahah!!!!

Cap jempol untuk kedai makan ni..highly recommended!

Catar bot ke tempat kerja lama, tak sangka akan ke sini lagi..Sayu hati tengok basecamp yang dah tak beroperasi =(

Day 4, keluar ke Kuala Kedah menghadiri jemputan majlis nikah kawannya Mr J.Best ah dapat makan nasik kenduri!


CikNoi Raksasa Berkepak!!
tiru gaya KAKPIDAH lah ni!

Berjempol-jempol cap jempol ku susun untuk menunjukkan betapa bestnya makanan kat EE Burger ni, masa jaman-jaman kerja kat sini dulu (malas nak masak) maka ku halo-halo saja EE Burger ni kerana ambil kesempatan terhadap perkhidmatan delivery mereka, hihihi!

Syukur sebab honeymoon ini berjaya setelah setahun kawen tak pernah honeymoon dek kerana kisah ini... 

P/S: Doakan kami sihat,bahagia,diberkati Allah dunia dan akhirat, dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan zuriat soleh dan solehah!















9 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Amin.. kita pun last pergi langkawi masa ngandung kat lala 5 bulan..

Nieza Ishak said...

appy holiday teacher ... ;)

norinaomar said...

Ciklekit:pegi banyak kali pun rasa tak puas

norinaomar said...

Kaknieza: Thanks, u too!

Fida Ghazi said...

Hepi anniversary cikgu noiii!
Sakan holiday ye! Bejempol2 gitu! Hihi..
Semoga bahagia selalu & cepat2 terer drift kt jb!!

norinaomar said...

Kakpidah:macamana posing raksasa berkepak tu?boleh challenge tak?
AMIN,mudahmudahan,harini latihan dah ada perkembangan

Sufi Al-Arshadiy said...

Eh..same lah..kita pon bru je balik dari langkawi,celebret 4th aniberseri on the 12.12...poonnn sbb mengimbau tmpt bljr cik abg dulu2 jgk...poonnn xpegi pon tmpt2 yg org lain biasa pegi kalo bercuti kt lgkawi...poonnn tggu sunset kt pantai cenang jugak...serius same...by the way hepi aniberseri cikgunoi..moga sntiasa dlm barakah,mawaddah&rahmah Allah..

norinaomar said...

sufi:kebetulan pulak kan

mizzura said...

Happy anniversary noiii...diam2 dah setahun kan..nnt bln dua nk g langkawi...nk tirulaa pose kepak2 tu..hehe

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger