Pages

Tuesday, October 23, 2012

Sesungguhnya Allah telah memanjangkan nyawaku..ALHAMDULILLAH

Sepanjang harini hujan
kat kampung ni kalau hari hujan sepanjang hari, ada satu binatang ni banyak keluar dari lubang tanah
namanya MANG
Boleh dimakan..sedap


Rupanya macam jengking ada sepit macam ketam tapi warna oren
lepastu tadi ramai budak yang kutip MANG ni kat padang sebab dia banyak keluar dari tanah

Saya pun mintaklah 3 ekor sebab dah lama tak makan, siap letak dalam mangkuk kat dapur.

Kemudian saya balik rumah ambikkan 2, 3 plastik untuk budak-budak tu sebab diorang kutip MANG tu sampai penuh tangan

Lepas saya letak je MANG yang saya dapat tadi, saya pergi balik kat budak-budak tu, nak bagi plastik tapi budak-budak tu cakap apa

''Tak boleh makan cikgu, kami dah buang..sebab kena racun''

Baru saya teringat yang pagi tadi pakcik tukang kebun racun padang tu sebab rumput dah panjang. So, MANG ni banyak yang keluar dari lubang sebab tak tahan kena racun.

Kalau saya masak mang tu tadi....ALLAH!!!!

Alhamdulillah..Allah panjangkan nyawaku!

Terima kasih ALLAH kerana gerakkan hatiku untuk beri plastik kat budak-budak tadi,

Kalau saya terus tak keluar rumah, terus  masak MANG tu????

p/s:Semoga ALLAH permudahkan perjalanan saya esok pergi dan balik ke JB

10 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

menatang apa mang tu cikgu Noi.. x penah dgr apatah lg makan. Tu la kan cikgu Noi.. Kalau Allah tak kata benda tu jadi maka Dia lindungi kita.. syukur

zulfikar hazri said...

Allah selamatkan kau dari musibbah.. syukur alhamdulillah.

ha cepat2 balik, dakap laki cepat! haha

new hope said...

sebelum ni x tahu benda ni boleh makan

KLIK menyanggah Nazri, Malaysia bukan negara sekular

norinaomar said...

cik lekit: binatang ni ada kat pulau ni je, kat tempat lain memang tak ada

norinaomar said...

ikar: Tulah syukur kepada Allah..cepat2 aku buat sujud syukur semalam sambil nangis sampai mata bengkak

InaAchik said...

Alhamdulillah...
tapi scary la noi tgk ghupe dier... cam takut jer nk mkn. mmg sedap ker?

Noi said...

Ina,serius sedap,ada rasa macam ketam sikit

Cik Am said...

cik noi...alhamdulillah masih dipanjangkan umur...anggap time ni tak ada rezeki nak makan mang tu...:-)

mizzura said...

Syukur tak apa2...tetiba terdetik mcmn dengan racun serangga sayuran...? Ahhh...tamo pikir byk.. Mang tu umang ke..? Salam aidiladha noi..!

leman wavieya said...

Melanau panggil mang.. melayu panggil ape.. tp serious mmg sedap klo masak kicap..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger