Pages

Friday, October 19, 2012

Contoh perkara baik yang boleh kita buat dan amalkan =)

Salam Jumaat..dah baca surah Al Kahfi? Mari kita hiasi Jumaat ini dengan membaca surah Al-Kahfi dan berbuat kebaikan. mudah-mudahan Allah berkati hari kita..Insya Allah.

Sebelum tu saya nak share satu artikel dari Sri Diah, kolumnis suratkhabar Sinar Harian semalam,

sangat kena dengan situasi saya semalam..betul-betul punya kebetulan..ALLAHUAKBAR!

Okay, saya ada 5 perkara baik yang saya nak kongsi yang boleh kita amalkan ..Mudah-mudahan bermanfaat.

1) Standby makanan kucing (yang jenis kering) dalam kereta, so kalau ternampak kucing mengiau lapar bolehlah bagi mereka makan. Sambil tu boleh berdoa, "Ya Allah, semoga berkat aku memberi makanan kepada kucing ini, maka kau murahkan rezekiku". Dibolehkan berdoa begini, ini namanya BERTAWASSUL.

2) Bantu mereka yang sedang menuntut ilmu. Contohnya sumbangkan tudung labuh terpakai kepada pelajar Universiti atau mana-mana pelajar yang nak berubah, tapi mereka mempunyai kewangan yang terhad untuk beli tudung baru. Mari join TELEKUNG LABUH PROJECT

3) Bayarkan tol kereta belakang. Tapi ini sesuai dipraktikkan untuk tol yang kadar tetap (contoh kereta RM2.00).

4) Beli selipar jepun dan letak di masjid, so pengunjung masjid boleh guna.

5) Belanja makcik cleaner atau pakcik guard makanan (sarapan atau makan tengahari).

Ada sesiapa nak tambah?

 

6 comments:

zulfikar hazri said...

1. on the way pegi masjid semayang jumaat, nampak org jalan kaki, berenti, tumpangkan ke masjid.

2. masa bayar parking kat mesin, org tak cukup duit, kita offer syiling lebih kita..

norinaomar said...

Ikar: Good good...thanks tambah ye ikar

THE LEKAT LEKIT STORY said...

dekat nak raya ni elok la isi duit byk2 dlm sampul untuk sedekah kat budak2.. boleh gitu??? kekekekeke

norinaomar said...

cik lekit:Boleh je...banyak ke sikit asalkan ikhlas..tapi kat kampung saya kalau raya haji takde pergi beraya ..dok rumah je

mizzura said...

panjang and macam2 lagi kalau nak dihuraikan ni...tapi cara paling simple ialah greet/smile...sebab sesimple itu pun kita bole bagi aura positif pada orang yang kita greet...kita pon tak tahu entah orang tu ada prob ke tak..so ini cara simple lah....kalo nak spend duit lagi macam2..

mcm masuk surau ke kita suka2 charge hp, bil letrik sapa bayor..? gantilah dengan derma untuk surau..

or...every khamis ker, kalo rajin, masak atau beli kuih muih untuk orang yang habis solat etc..

or kalo gn public tren, beli cookies banyak2 share dengan org sekeliling..masing2 pun lapar balik kerja..

and bagai-bagai..

norinaomar said...

Zura: eh tak terfikir pun yang pasal cookies dalam lrt tu..

good zura..moga Allah memberkati hidup kita semua

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger