Pages

Monday, October 1, 2012

Bila dah ada hobi baru

Assalamualaikum..

Hari Isnin yang semangat , terima kasih Allah kerana mengurniakanku kesihatan yang baik untuk hari ini dan mudah-mudahan untuk hari-hari yang akan datang.

Tak ada nikmat lain yang lebih besar melainkan kesihatan yang baik.

Bila tak sihat, makan pun tak boleh, kerja pun tak larat, nak tidur, berjalan semua serba tak kena.

Itulah yang telah saya lalui pada 2 minggu lepas selama 4 hari dan bercampur dengan tahap stress yang melampau. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Subhanallah, Allahu Akbar!

Ok, berbalik pada tajuk, saya ada hobi baru yang orang lain dah lama buat tapi saya memang ketinggalan, baru nak berjinak-jinak..hihi

Hobinya ialah 'Menonton Drama secara online secara marathon'

Antara drama yang saya dah pulun masa hujung minggu yang lalu dan disambung hari ini..

Drama yang hangat diperkatakan seluruh Malaya..(meleleh juga airmataku oooppss)

Revenge-puas hati dapat tengok semula even kat Astro SWR pun ada tayang balik.

Deseperate Housewives Season 8-masa tayang kat Astro haritu banyak missed episod.This time, pulun!!

Guna brokben ke Noi?

Oh semestinya tidak.

Guna wifi Kampung Tanpa Wayar 1 Malaysia. Oleh kerana Facebook tak boleh buka guna wifi ni (disekat sementara atas sebab yang tak diketahui) maka hiburanku telah bertukar kepada yang lain.

Lepas ni nak tengok drama apa pulak ekkkkkkkkkk!!!!


p/s: Bulan Oktober yang akan berlaku banyak perkara.

p/s lagi:Saya tak macam korang, hujung minggu boleh ukur jalan kat shopping kompleks ke, family bonding time ke..mudah-mudahan akan tiba rezeki untuk saya berpindah ke Johor untuk tahun 2013.AMIN ramai-ramai cepat!!!





13 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

elok la buat aktiviti tu sblm ada anak.. mcm kita ni cikgu Noi.. maraton dgn lala je.. kita tekan kebot 1 key dia.. 10 key tekan serentak. kita clik skali.. dia ber clik2 hentak lagi..

Moga2 cikgu Noi dpt balik Johor & jd isteri sepenuh masa.. Aminnnn

norinaomar said...

Sini bosan yang teramat sangat cik lekit..

AMIN..terima kasih atas doamu

missSenget said...

kira internet nya laju lah kan..?

ok laa mcm tu.. kalo aku mesti sakan2 gak layan cerita on9..

norinaomar said...

Shila:Laju time weekend je siap dapat tengok drama dari rumah, kalau hari biasa kena online dari sekolah sebab ramai yang guna agaknya..

mizzura said...

noi..selalu terignin nak marathon certia tv..tapi bukan kaki tv camner..?hahah...

apala...agaknya dia taknak berfb je kot...tapi bukan promo apa2 skang kat fb ker..kannn...???

norinaomar said...

Baguslah bukan kaki TV..saya pun bukan kaki TV sangat cuma tengok selected drama je..
Saya rasa dah lama jugak tak bukak tv kat rumah nun

entahlah, misteri wifi yang block FB yang menjadi tanda tanya

Pokok Manggis Depan Rumah said...

hehehe.. tengok cerita adam dan hawa juga..

Miss sHa said...

bestnya dapat tgkk...aku xdapat..yg kg punya tu dok dapat signal je..tp x boleh connect pun..wifi skolah?? utk video suma block..youtube pn..aduh2...last2 beli novel Adam & Hawa tu je laaa

norinaomar said...

sha, kalau tak boleh connect yang kampung punya ko off kan dulu suis dalam 15 minit pastu on balik atau kol je nombor yang tertera kat UPS box tu.

wifi kampung tu dia bubuh kat mana?sekolah ke?

sekolah aku punya schoolnet dah berapa bulan masih tak okay

norinaomar said...

PMDR:Haruss layan jugak..hihi

Lina md. munir said...

Tengok leverage di saluran 701.
Menghiburkan dengan idea yang agak gila-gila sikit.

norinaomar said...

Lina:saya ni choosy sikit..dah cuba nak menghayati leverage,NCIS,Cougar town tu tapi tak berjaya.=)

new hope said...

salam,

bestnye bonding dgn keluarge..

KLIK perangai teruk lemah komunikasi dan minta gaji banyak punca xdapat kerja

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger