Pages

Thursday, September 13, 2012

Tips untuk bakal pengantin-macamana nak saving dan rangka bajet bagi yang pendapatan RM1500 ke bawah -Part 2

Entri ini ialah sambungan daripada entri terdahulu..kalau nak baca klik sini.

Kebanyakan point yang saya beri ialah ditujukan kepada orang perempuan sebab kebiasaanya kenduri rumah perempuan mesti nak grand padahal kita tak perlu terikut-ikut dengan majlis orang lain.


Bagi yang kurang kemampuan, janganlah kita berangan-angan tinggi mahu majlis sempurna kalau kita tak berkemampuan untuk tambah bajet. Zaman sekarang orang kawin bukan lagi macam dulu. Sekarang serba-serbi kita kena bayar.

5) Barang hantaran
Beli 1 barang 1 bulan
Buat plan. Contohnya sekarang dah bulan September..let say nak kawin bulan 5 tahun depan..ada lagi 8 bulan dari sekarang
Jangan kumpul duit banyak2 baru beli barang..tu tak selamat sangat
Lebih baik beli 1 barang satu bulan. Sediakan buku khas untuk buat bajet kahwin. Boleh buat jadual macam ni.

So kita boleh tengok berapa banyak yang kita dah jimat dan boleh tengok progress. Tapi tak semua barang boleh beli awal-awal..Sebab tu kena plan.

6)Doorgift

Zaman sekarang dah jadi trend bagi beg dan letak dalam tu gula-gula lah, telurlah,yassinlah,sampai bila dikira semula 1 beg dah cecah RM3.00.Tu satu beg..kalau buat 1000 beg,(untuk semua tetamu) RM3000 dah membazir kat situ aje tanpa kita sedar.Belum harga beg tu saja..yang comel-comel aku survey memang cecah RM1 untuk beg saja.

Kesudahannya beg tu dibuang..sampai rumah bukan dimakan pun segala baulu ke, muffin ke gula-gula, sumi jelly ke..itu reality.

Maka, bincang dengan mak kita nak bagi doorgift apa untuk tetamu.Lagi senang,back to zaman dulu2, bunga telur je..Dah!

7)Baju nikah-kalau dapat pinjam baju nikah member   yang baru kahwen laaaagi bagus.Bukan orang tahu..Kalau masih elok apa salahnya. Lagipun bukan kita pakai lagi baju nikah tu. Ingat, kenangan abadi tu lain cerita.Yang paling penting kembali kepada tujuan utama iaitu nak jimat kos dan bajet yang terhad.Ingat tu!

8)Photographer
Tetapkan bajet berapa untuk photographer dan album macamana yang dimahukan. Kalau pandai cari dan nego, terus terang dengan photographer berapa bajet kita.

9)Kad kawin

Jangan ambik yang sampai RM1 sekeping..sudahnya dibuang juga.Lagi jimat kalau letak 2 belah kenduri sekali.Tak payah yang terlalu hebat..Orang takkan ingat n simpan sampai cucu cicit.
Aku punya bajet kad haritu RM500 untuk 2000 kad..sangat jimat n simple n aku tak kisah pun.

10) Baju adik beradik atau makcik-makcik

Aku percaya kebanyakan kita mesti ada plan nak belikan baju seragam untuk adik beradik dan makcik-makcik kan?

Samada just tetapkan warna apa dan biar mereka beli sendiri atau kita beli kain dan mereka bayar separuh.Kena buat macam ni, kalau tak, memang larilah bajet nanti.

TIPS SAVING

Katakan gaji tiap bulan ialah 1500, lepas tolak belanja, kwsp,etc  ialah 800, so kita dapat save RM300 setiap bulan..Tu dah kira banyak
Ada 8 bulan lagi nak kawen
300 x 8 = RM2400
RM2400 + 3000(dari duit hantaran) = 5400..see dah cukup lah kan

Yang penting:

1)Buat semampu kita..kalau mampu 5 dulang hantaran je,buatlah..tak payah banyak sebab membazir..Ingat,tepuk poket sendiri.

2)Pekakkan telinga-pedulikan kata-kata orang lain sebab kita yang keluar duit, kita yang ikat perut,bukan diorang..Yang bising dan mengata tu bukan dapat hulur duit pun.

3)Hold dulu honeymoon..honeymoon n jalan-jalan pakai banyak duit..hold dulu..kita bukan kahwin sehari dua pun

4)Bincang elok-elok dengan parents .. nak majlis yang macamana..diorang tak boleh compare dengan kakak kita sebab masing-masing gaji dan rezeki lain-lain.

5)Selagi boleh recycle, recycle lah selagi boleh, pinjam baju member,kalau masa hari besar tu nak pakai baju nikah kawan  (manalah tahu ada baju nikah yang lebih gojes dari baju butik)..lagi baik..Cuma sewa mekap aje...memang jimat aku cakap

6)Jangan buat personal loan..cuba elakkan selagi boleh.Kalau boleh memang jangan sebab life lepas kawen lagi banyak nak guna duit..buatlah alasan apa sekalipun.Kalau Encik Tunang  nak buat loan sebab dia terpaksa, ambik 10K aje..jangan lebih.
Buat apa nak loan banyak-banyak kalau nanti lepas kahwen kita akan merana semata-mata taknak kenduri yang simple.

7)Kena ingat, tetamu datang ke kenduri kita tak mengharap apa-apa pun..diorang harap makan sedap dan layanan baik itu je yang akan dikenang..diorang takkan ingat punya warna tema apa..bunga telur rupa apa, kad kawen canggih mana.

8)Biar kita yang kawal situasi , jangan biarkan situasi yang kawal kita dan kewangan kita.


 Sekian, mudah-mudahan memberi manfaat kepada semua.

18 comments:

norinaomar said...

alamakk..apesal font jadik lain ni

missSenget said...

terima kasih cikgu noi..


suka..!

bole aplikasi nanti..

Sufia Mahzan said...

Once in a lifetime kata orang. Ada part mmg aku jimat2 mase kawen dlu eg kad kawen, goodies, make up etc. Tapi ade part mmg terpaksa belanja lebih esp mkn sbb pakai catering.

norinaomar said...

Betul tu Pia..bab makan memang kena all out tak boleh main cikai je sebab tujuan kita nak buat kenduri ialah jamu orang makan..kalau sedap, sampai 7 keturunanlah kita puji sedap

Qyla Aqilah said...

Bernas!!! bagus entri ni..harap semua baca..hihi

norinaomar said...

Q:Thanks for the compliment

Min Min said...

ngeh3....dari org dah ada pengalaman..
pjg umur,murah rezeki, tiba jodoh, akanku praktikkan..
aminnn..

norinaomar said...

Min Min:Insya Allah..doaku untuk adik-adikku

Min Min said...

TIME KASIH AKAK! AMINNNN

Hanna said...

Wahhhh banyaknye nak pakai duitttt!!!

norinaomar said...

Hanna:Memang banyak tapi kalau bijak cut cost boleh jimat banyak juga

mizzura said...

zaman sekang plak vendor manipulate rege...baru wat retis dh nk markup...tp kalo dpt apa yg kita nak takpe...ni. ?..hrmmmmm *experince la*

Kad kahwin kita seng seng jer..hinggit pun xcecah...

norinaomar said...

Zura:tulah masalahnya yang demand terlebih ni...

Anonymous said...

betul2 apa yg ko tulis ni Noi..aku pn da penin memikir kenduri bln 11 ni..--sHa--Paloh

norinaomar said...

Sha:Jangan pening2..rileks..tarik nafas,hembuss

plan baik-baik dan yang penting target ko, apa yang ko nak dan majlis tu ko yang kontrol..Get me?

nurul azida said...

sangat2 beri manfaat tqvm bulan 11 nk kwin smpat lg ke nk buat perancangan uhuk2

Anonymous said...

terima kasih sangat bermanfaat

awek muda said...

saya dan pasangan masih belajar dan kami plan nak berkhwin bg mngelakkan maksiat. masalahnya prent saya tak bagi coz diowng perlu saya bkrja untuk buat kndri.diowang tak mmpu nak taja kndri saya.
pasangn saya ok.cz dia anak orng brada.parent dia tnggu green ligt dr fmly saya ja.
~terima kasih entry ni~ kurang2 dpt save bajet.buat yang abai yang kurang prlu.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger