Pages

Tuesday, September 11, 2012

Tips untuk bakal pengantin-macamana nak saving dan rangka bajet bagi yang pendapatan RM1500 ke bawah

Tu dia!

Panjang tajuk nya kan kan.

Ok ini realiti. Bekerja di tengah Kuala Lumpur dan berpendapatan RM1500 dan ke bawah.Nak kahwin tapi risau duit tak cukup.

Itu permintaan dari seorang rakan. Terima kasih kerana beri aku idea nak buat entri dan aku dah google tadi memang setakat ni macam takde je entri macam ni (perahsantan betul)

Bismillahirrahmanirrahim..moga apa yang aku taip kat sini adalah sesuatu yang bermanfaat.


1)Komunikasi

Encik Tunang sila terus terang dengan family berapa yang dia mampu untuk duit hantaran.Kalau kata mampu setakat 6000 katakan je terus terang.Parents tetap akan terima kalau kena dengan caranya. Saya yakin masih ramai parents yang tak menetapkan duit hantaran. 
Kau gila?Ko ingat aku nak jual anak aku ke?Mak cik faham nak...

Tapi..selepas dah dapat title tunang tu, janganlah malas nak telefon-telefon bakal PIL,ziarah diorang ke, hulur-hulur angpau sket sebelum balik..eh,mesti kena bodek-bodek dulu.Insya Allah berkesan.AMIN...

2)Duit hantaran

Ok,let say duit hantaran confirm 6000 (eh, ini realiti okay, masih ada tau walaupun kerja cikgu) bagi separuh kat mak bapak..katakan ini duit guna untuk kenduri.Cakaplah ini yang boleh ditolong .Kena bincang baik-baik dengan parents.
Separuh lagi boleh guna. So dah ada 3000 dalam tangan.

3)Hantaran

Tak payah terlalu psiko menggoogle tengok hantaran orang lain..Dan tak payah terikut-ikut sangat cakap sepupu, makcik,atok sedara or sesiapa sajalah.Pada aku hantaran ni yang kita selalu letak nombor satu..betul tak?

Bajet untuk barang hantaran memang besar lagi-lagi kalau barang tu berjenama.
Bincang elok-elok dengan tunang, barang apa yang diingini.

Pada aku,untuk hantaran ni jangan terlalu membazir sangat sebab kita boleh adjust bajet dia.

Ok katakanlah anda nak bagi hantaran sama je jumlahnya,yang laki punya 7,yang perempuan punya pun 7(contoh)..tu pun dah cukup ok sangat.
Buat senarai nak bagi apa kat Encik Tunang: 

1)Kemeja-kalau kat padini beli 2 kemeja dalam RM100++,beli masa Year End Sale
2)Perfume-bagi perfume yang dia selalu guna,kalau jenama dashing..takde salahnya pun,
3)Barang
4)Barang
5)Makanan
6)Makanan
7)Makanan

Barang tu kalau anda demand DSLR,IPAD,Samsung tab,IPHONE 5,notebook.. tu aku taktahu nak kata apalah..aku rasa benda-benda macam tu beli je kemudian hari lepas kawen.

Contoh barang yang bagus tapi kosnya sederhana ialah buku ilmiah, baju persalinan untuk pakai masa bertandang,wallet + neck tie, seluar jeans/khakis..dll
Tetapkan bajet untuk jumlah kesemua hantaran.

4)Mekap dan baju pengantin

Survey habis-habisan butik pengantin.Kalau boleh ambil baju yang dah sedia ada di butik unless saiz badan terlalu kecik atau besar sampai tokey butik kena buat yang baru. Sebab kalau buat baju baru mesti kena bayar lebih. Rata-rata paling rendah untuk butik mesti sekitar RM2000 kan?

Yang penting tetapkan bajet untuk butik.Cukup sepasang baju , 2 kali mekap,pelamin..dah.Kalau family  boleh buat pelamin simple sendiri lagi bagus.Bilik deco sendiri sesimple mungkin, aku rasa family korang ramai yang pandai hias. Tapi kena ingat, kalau kena beli barang untuk hias dan bajetnya melebihi tempah, lebih baik tempah dengan butik pengantin tu terus. Dan harus diingat, dah dekat kenduri semua orang sibuk berganda, takut-takut pakcik makcik yang diharapkan untuk bahagian hias hilang entah kemana.Kena pastikan tu.

Dan pada aku lagi jimat kalau kat belah laki tak payah tempah baju..Pakai baju sendiri yang simple..contohnya macam ni.

pic credit to : http://our-wedding-journal.blogspot.com/

Nak jugak tepek gambo sendiri..baju Mr Jay dan kain samping jadi hantaran untuk dipakai semasa bertandang..Bajuku itu pinjam baju nikah member.

Banyak bekas pengantin yang nak sewa baju nikah atau baju kahwin diorang, ko kena rajin google
Selain tu, ramai yang nak sewakan bantal nikah, bekas dulang untuk hantaran, macam2 lagilah yang diorang nak sewakan.
Trust me, memang jimat.

To be continued...

 

10 comments:

THE LEKAT LEKIT STORY said...

macam kita cikgu Noi lagi simple.. hantaran memang takde sbbnya tak sempat nak pk & masa tu memang taknak fikir apa2 dah.. Yang fikir cuma hajat arwah ayah jer.. dia pesan jgn susahkan bakal suami, buat yg wajib.. aduhai.. tak ingat mula nak menitik airmata.. sbb tu kalau boleh hari aniversary pun nak lupa cuma tak terlupa je.. kalau ingat je mesti ingat semua yg jd.. tacing lak kt entri cikgu Noi..

norinaomar said...

Cik lekit, setiap kisah ada suka dan dukanya..Takpe,saya faham..yang penting Allah dah gantikan dengan orang yang menyayangi cik lekit dunia akhirat.

Saya tak sekuat cik lekit..

eeeda said...

Saya setuju sesangat... majlis kahwin nie jangan membazir dan buat diluar kemampuan... nanti lepas kahwin pening dengan hutang kerja kahwin pulak. Padahal yg lepas kahwin tu lagi nak pakai banyak duit.

THE LEKAT LEKIT STORY said...

nak kata kuat x berapa kuat tp kuatkan jugak la masa tu.. tp jd blur la skit. apa org suruh buat.. buat jer.. tu yg lps 4 hr arwah meninggal abg sepupu yg pegang amanah arwah ayah utk handle pasal kita nk kawen srh nikah dulu.. kita ye kan je.masa akad nikah pn mcm xde feel.. rasa mcm.. ntah la. nk ckp pn susah.

Cik BB said...

sebenarnya sikap lah kan...dok nk berlebih2...nk lebih dr org, xmau kalah...tu puncanya..last2 jd membazir, pastu bhutang....

xdak pglmn xleh cakap lebey2...sat gi mana tau ttba dok ada perasaan tu gak...hahahahahhaha

norinaomar said...

Betul tu Ila..utamakan yang wajib tapi rata-rata bakal2 perantin rasa macam tak best je kalau setakat buat majlis nikah je..so, salah siapa???

Liza Razak said...

bagus betul sis share pasal isu ni..saya dulu pun masa kawin x de hantaran..hanya cincin dan mas kawen je.hantaran pun rm6000..yg penting meriah :)

norinaomar said...

Liza:laagi bagus , pekakkan telinga je kan sebab yang keluar duit poket tu kita..yang bising2 tu bukan membantu apa pun

yang penting ialah kehidupan lepas kahwin yang lebih mencabar

zulfikar hazri said...

mcm adik aku, dari A sampai Z selesai, hanya 15 ribu, memang save dan kontrol mcm kau cerita ni lah noi...

norinaomar said...

Ikar: seee, sebenarnya kita yang boleh kontrol situasi , don't let the situation and surroundings control us

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger