Pages

Wednesday, September 26, 2012

Mimpi ngeri 7 orang murid Tahun 1

Tajuk bukan main lagi macam ngeri sangat.

Tapi ngerilah bagi budak 7 orang ni sebab sampai menangis tersedu-sedu, sampai tak mampu nak bercakap.

Alkisahnya....

Saya suka mengendap kelas tahun 1 ni kalau bising.Nampaklah dua tiga orang asyik bermain gimnastik. Ala-ala gimnastik artistik tu.

Sekali ku sergah, lintang-pukang masing-masing lari ke kerusi.

''Haa..baik mengaku cepat siapa yang main gimnastik tadi!''

Yang syoknya budak tahun 1 ni masing-masing tak pandai berbohong, maka 7 orang ni lah bangun mengaku.5 orang budak lelaki 2 orang budak perempuan. Saya buruh berbaris mnghadap kelas.Geramnya!!!!!!

Rupa-rupanya, bila penolong kelas mengadu tadi dah banyak kali budak-budak ni main macam tu, tak kira pagi, masa cikgu lambat masuk, cikgu tak ada, waktu rehat dan masa lain juga.

Saya memang dah taktahu nak buat hukuman macamana lagi,cubit dah, tampar bontot sudah,detention class sudah (jangan orang kementerian baca blog saya dan ambik tindakan habis aku!)

Makanya tadi dapat idea yang tak menyakitkan tangan dan membuang tenaga.

"Ok, yang nakal-nakal ni, saya dah taip nama dia atas kertas ni (saya tunjuk surat apa entah, siap ada kertas lampiran warna kuning, nampak sangatlah macam surat yang serius).Saya dah telefon orang untuk pindahkan kamu sekolah dalam hutan. Tak boleh balik rumah, tak boleh sekolah kat sini lagi, tak boleh jumpa ibu, ayah,adik,abang atau kakak sampai umur kamu 10 tahun.

 Tak boleh makan, tak boleh raya, tak ada TV semua. Sebab tu lah cikgu yang baju kotak-kotak tadi datang. Saya yang telefon dia, nak ambik kamulah tu.(kebetulan ada pelawat bahagian maintenance datang tadi)

Beg kamu akan dimasukkan dalam bilik hujung dan dikunci sebab kamu dah tak sekolah kat sini lagi.

Mula-mula seorang je menangis, ok..puas hati sikit.Lepastu saya suruh berbaris kat gelanggang badminton. Dan saya suruh budak tahun 4 angkat beg budak-budak tujuh orang ni tadi dan bawa ke bilik hujung. Apa lagi, terus semuanya 'hujan lebat'..kecoh jugaklah sekolah tadi. Maklumlah sekolah kecik, maka segala kekecohan cepat je tersebar.

Agak-agak dah tak tahan dengar bingit diorang menangis tu, saya panggil mereka dan suruh janji tak buat lagi.

Taktahulah, berkesan ke tak hukuman kali ni. Tengok esok macamana.

Hahaha..zalim tak zalim.

p/s: Untuk budak yang tak reti apa bolehlah nak tipu sekolah dalam hutan.



15 comments:

mama maman aka yana said...

bdk2 skrg nih pun nakal2 amat kan cikgu.. huhuhu

norinaomar said...

kalau setakat nakal-nakal budak tu masih ok lagi, tapi saya paantang kalau kurang ajar.Setakat ni Alhamdulillah tak ada

Nieza Ishak said...

ok jugak dengan cara begitu .. cakap banyak kali pun bukan derang ingat.

norinaomar said...

Kak Nieza: Dah mati akal ni,harapnya seriklah lepas ni tak buat lagi

zulfikar hazri said...

hahaha, ni cara psikologi 'mak ikar' ni... aku dah kabor dah ni...

bahay betul cikgu noi. "mak ikar junior"

THE LEKAT LEKIT STORY said...

cikgu Noi kalau berkesan tu kira cikgu Noi cikgu terbaik la.. tp budak2 belah sini x blh guna taktik mcm tu. budak2 bandar ni byk soal & kuat mengadu..

norinaomar said...

Ikar:Hahahaha..taksangka aku..tak sangka!!!
Ada bakat eh?

norinaomar said...

Cik Lekit: Taktahu esok lusa apa jadi, kalau serik tu maknanya berkesanlah tu

memang tepat apa yang dikatakan.Lagi dia menjawab agaknya..ala..tak takut pun

Mak Wardah said...

Cikgu, rasa comel sgt baca ceriata ni

norinaomar said...

Mak Wardah: Hahah comel ke?Macam rasa lagi geram aje

mizzura said...

hakhakhak...i likeeeeeeee.... Cikgu sangat drama queen gituuu...keep it upp!
Tp diorg main apa sbnrnye....?

norinaomar said...

Zura:diorang main macam gimnastik artistik tu, yang tangan kat lantai kaki kat atas lepas tu pusing
Budak kecik buat bahaya tau, takut patah tengkuk saya juga yang kena nanti

Lina md. munir said...

Kalau dah menangis sakan budak-budak tu...kira menjadi sangat la idea mengena cikgu Noi tu. Kadang-kadang dan sekali sekala anak-anak ni perlu diugut untuk dibentuk. Jika tidak semanjang le mereka menguasai phisikologi kita.

norinaomar said...

Lina: Alhamdulillah..memang berjaya sebab dah tak buat lagi..kena selalu ingatkan.

WanN said...

bernas betul idea ni hehe

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger