Pages

Friday, August 3, 2012

Bila nafsu membeli dah menurun

Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk berpuasa sehingga hari ini..Sedih jugak sebenarnya sebab malam ni dah terawih malam ke 15.

Sebelum puasa haritu nafsu membeli mencanak naik bagai nak rak..nampak baju cantik rasa nak beli..nampak gadget dapur best,rasa nak beli..nampak handbag pooh comel kat oversea, terus email orang tanya nak place order.



Tapi saya dah niat masa sahur hari pertama puasa..taknak membazir beli barang yang tak perlu, nak berjimat cermat dan Alhamdulillah niat tu nampaknya berkesan dan menjadi.

Hujung minggu lepas dapat peluang balik kampung..(pejam mata je beli tiket)..sebab saya rasa berbaloi kalau balik. Lagipun kalau disimpan duit tu last last habis jugak entah ke mana. Syukurlah bulan ni ada rezeki sikit. Balik menyinggah bazar Ramadhan pun macam tak bernafsu je nak membeli apa-apa. Jalan kat mall, JPO pun takde perasaan cuma belikan 2 helai T shirt untuk Mr Jay.

Sebenarnya kita boleh nak kawal nafsu shopping ni, bukan pada bulan puasa je, bulan lain pun boleh. Asalkan kita dah sungguh-sungguh tetapkan niat. Tak percaya ke??????


p/s: Tapi nafsu membeli kuih raya yang mahal jadi besar pulak..Terbalik kong..hahaha (2 rumah maaa)

8 comments:

Sufia Mahzan said...

Baguslah Noi.. aku ni yg tak turun-turun nafsunya. Baru turun nafsu shopping raya, dtg pula nafsu shopping brg rumah..huhu.
Bonus blum dpt, aku dah tahu dah nak habiskan mcm mane..huhu

missSenget said...

mari membuat kuih raya cikgu noi..

hahaha.. baru lah mak mertua bangga..!

norinaomar said...

Pia:maybe sebab aku masih kat sarawak ni kot..peluang menyopping tu takde depan mata

norinaomar said...

Shila:Haritu dah buat projek cornflakes madu kat rumah mertua,balik kampung Muo nak membuat kek pulak

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sejak jd surirumah memang berjaya la kawal nafsu membeli sbb terlebih risau takut x ckp budget berbanding masa ada gaji sendiri... takpe kita tlg risaukan poket suami sendiri. :D

norinaomar said...

Kena beringat tu wahai para surirumah tangga..kesian laki penat kerja kita yang habiskan benda beli benda merapu

mizzura said...

alamak noi..tu cerita lama dah dok draft..gatal setting tahun bila tah schedule tahun 2012 tak pasal2 dah terkeluar (maigwad lama weh..dah 2012 dah..?) ..terkejut gak tadi..hahahahahhaa...dah remove balik...nanti la arrange nak post properly..kikikikiki..

wah balik johor ke...best nye..best kan buka pose ngan family semua..yup...cakap pasal nafsu..baju tu takde la hover sangat..tapi biskut2 kerepek ni..hmmm jangankan dua family... ngan kak ipar, biras nye bagai..nk gak bg sikit...(cari tali nk ikat perut.)

norinaomar said...

Zura: Hahahahaha..tergelak-gelak saya kat sini..dah terbayang-bayang fridge megnet dari London..patutla bila tengok entri tu dah takde hahahhaa

sama lah zura..takpe ada rezeki lebih kita gembirakan orang lain!

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger