Pages

Tuesday, August 7, 2012

Aku jadi macam sekarang ni sebab bagaimana cara aku dibesarkan...PART 2

Haa..sambung ke Part 2.

Bermula Noi yang degil sehingga sekarang masih degil hingga menduga kesabaran Mr Jay.Tiap hari aku kena minta maaf, takboleh tunggu raya je baru nak minta maaf.(Aku belajar daripada Dr Muhaya).

3) Menu on the blackboard





ni bukan sebab makan kat restoran mahal tau. Ni aktiviti aku suka tulis menu kat papan hitam . Masa form 2, aku automatik jadik kakak yang paling sulung, kena jaga dan tengokkan adik 3 orang, Azi, Kakak dan Ujang.Kakngah dan Kaklong dah duduk Keyy Elll..

Ibu pesan kat aku mesti masak lauk buka puasa. Makanya aku pun tulislah senarai menu kat papan hitam untuk tatapan adik-adik (tetiba airmata ni bergenang masa taip ni.............................................................)

Aku sensitif kalau ada konflik dalam adik beradik dan sebab itu aku suka ambil keputusan untuk diam diri dan tak backing sesiapa serta taknak masuk campur, sebab aku teringat kami pernah main sama-sama, gaduh tumbuk-tumbuk sama-sama,makan nasik dalam dulang sama-sama, rebut kulit ayam, petik kopi, main parit.Entahlah, people changed dan biarlah kita yang fikir positif.

MENU HARI NI:

Nasik putih
Sayur Kangkung goreng
Sardin sambal
Telur dadar

lepastu tanya adik-adik, korang setuju tak?
Setuju ke tak setuju ke, kena makan jugak.

Dah pukul 8 lebih lauk banyak lagi maka pertandingan makan bermula,selalu Azi yang menang sebab perut dia besar. Aku selalu buat pertandingan ni sebab taknak bagi lauk tu terbuang macam tu aje..=)

4)Berhitam legam demi sesuap nasi dan pengalaman

Kerja pertama yang aku dapat bukan dok dalam opis tapi jadi outdoor trainer. Aku minat bidang tu dan sanggup kerja jauh-jauh nun kat Langkawi sana. Sampai muka dah naik hitam legam sebab berpanas, kulit kaki hodoh berparut digigit pacat demi nak bagi ibu abah rasa duit gaji aku.

Tak sampai hati ibu tengok ko hitam macam ni, tak sampai hati nak ambik duit gaji ko bagi.

Tapi ibu ambik jugak kan?hihihi

Tapi aku kerja tak lama,ibu suruh resign, sampai aku kena bayar balik sebulan gaji sebab aku berenti 24 jam.

Tapi banyak aku belajar..banyak sangat.


Terima kasih ibu dan abah sebab didik aku sampai jadi macam ni...Aku selalu fikir adakah aku mampu mendidik anak-anak aku nanti supaya hidupnya seimbang dunia akhirat dan yang penting tak lupa selitkan doa untuk ibu dan ayahnya tiap hari.

p/s: Jangan dihitung berapa lama lagi Ramadhan nak berakhir tapi hitunglah berapa banyak lagi amalan  yang kita masih leka dan tertinggal~ayat aku sendiri bukan ayat mana-mana ustaz.











15 comments:

Qyla Aqilah said...

Wah, ni betu2 mengimbau zaman lalu..huhuh sabar yer noi and yes, muhasabah diri adalah sentiasa perlu. cuma part mintak maaf tu malu2 lagi..hahhahaa tak kan 2 part jer nOi, nak lagi!!!nak tak rempah nasik daging??

missSenget said...

bagusnya kecik2 da kene masak..

mesti sgt btgjwp..

kite ni smpai skrg pn mak xde, kakak yg masak..

bukan manja..tp pemalas..

Sufia Mahzan said...

Btul tu..kite jd diri skrg sbb blaja dari pengalaman.

Kelakar baca Part 1..

norinaomar said...

Q: Naaaakkk!!!!!

norinaomar said...

Shila: Mana ada, biasa2 je

norinaomar said...

Pia: Yang part 2 ni takde idea dah

Liza Razak said...

teringat pulak kat mak dan abah di kampung bila baca entry ni

The Red Rambutan said...

Assalammualaikum cikgu, lawatan muhibbah.

The Red Rambutan said...

Terima kasih cikgu, tolong bagitau kawan-kawan, sayangi bahasa Melayu dan gunakan Bahasa Melayu 100% di mana juga.

norinaomar said...

RR: Thanks atas teguran
buat saya buka mata

zack said...

Hahaha,Best..best..best..

Hahaha nak menyibuk soal penggunaan bahasa,biarlah kita guna bahasa tidak formal..inilah hanya sebuah blog untuk kita berkongsi dan melepaskan tension.

Perlu ada batas benda yang formal dan tidak formal..my RM100 pandangan hehehe

norinaomar said...

zack:dia bukan merujuk pada entri saya ni, dia dah mention kat blog dia,bahasa bercampur (english + BI)

I punya okayyyy

THE LEKAT LEKIT STORY said...

samalah mak kita pun keja kilang. kita pergi sekolah arwah ayah akan blk tghari masak.. hari2 kari ikan. kekekeke. malam best skit makan sebab mak masak lauk sedap2 skit. yg ptg bkn kari ikan.. ngasuh adik akak yg sulung kena buat. cuti jumaat sabtu akak yg akan settlekan semua. tp dia suka dera.. dia buat syarat sapa x tlg buat keja umah tak blh makan,tak blh tukar baju.. smpai mak balik. macam menu hr mggu dia best sgt. takat ikan goreng.. baik lari makan umah makcik. tp bila kenang blk.. jasa kakak tu besar even bila dh besar dia jd mcm adik2 lak selalu kena marah. dulu memang kitorang pn gaduh jugak adik beradik..

norinaomar said...

Cik lekit:lebih kurang samalah jalan cerita kita

mizzura said...

Ni bole buat novel ni..kecik2 pgg kapur besar jadi cikgu...teringat first time kerja pas grad...duit minyak ngan tol pun takde smpi mak sponsor...T_T

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger