Pages

Saturday, August 4, 2012

Aku jadi macam sekarang ni sebab bagaimana cara aku dibesarkan...PART 1

Harini panas..tetiba rasa sayu sebab teringat kat Mr Jay. Pagi tadi tak dapat nak sembang kat phone sebab tengah pulun cuci baju guna mesin basuh manual kat asrama. Ye, ini obsesi terbaru iaitu mendobi guna air dan mesin basuh asrama. Who cares?

Hari ni sesi muhasabah diri.Mengira berapa hari lagi Ramadhan yang bakal ditinggalkan. Muhasabah diri, sampai bila aku boleh kuat menghadapi hari- hari akan datang.
Ibu kata aku jiwanya besarrrr..
Besar ke?
Aku ni ketot je, tinggi 147cm je..orang tengok macam budak sekolah menengah.Tapi aku akui, masih banyak yang kena perbaiki untuk jadi perempuan 'kuat'.

Masa taip entri ni aku niat dalam hati dan doa..Ya Allah jauhkanlah aku dari sifat ujub dan takbur..

Eh..cop ada ke yang berminat nak baca cerita aku kali ni?
Biarlah..yang aku tahu aku menulis untuk kepuasan diri, kalau ada yang terinspirasi ye syukur Alhamdulillah..Terima kasih kepada Allah kerana memberi ilham..mudah-mudahan kita semua di bawah lindungan Allah Taala.

Antara sebab aku kuat:

1)Ibu kerja kilang, kerja ikut shift

Faham-fahamlah kalau kerja kilang. Rasanya masa aku sekolah rendah lagi ibu memang dah mula kerja kilang. Pagi-pagi mesti ibu masakkan lauk terus untuk makan tengahari. Kalau masuk tengahari baliknya tengah malam. Seronok tak terkata kalau ibu kerja tengahari balik malam sebabnya kitorang boleh tengok TV. Kalau kerja pagi balik petang jangan haraplah dapat tengok TV.

Tugasan yang dah diterapkan sejak kecik ialah momong adik. Seingat aku jaga Kakak dengan jaga Ujang. Basuh berak,kencing, suap makan, ajak naik basikal sampai kaki termasuk dalam lidi basikal, enjut dengan buaian sambil nyanyi-nyanyi (dah letih guna tangan maka enjutnya guna kaki).





bestnya zaman sekarang dah ada buaian yang elektrik, tak payah enjut-enjut guna kaki lagi...=)


2)Cuti sekolah

Cuti hujung minggu dan cuti sekolah celik mata je ibu dah bagi tugasan panjang lebor.

Noi, sapu laman. Sepah lamannya tu.
Lepas sapu laman, sapu belakang pulak.

Aku benci pokok rambutan depan rumah aku tu. Sebab kaulah pokok, aku kena sapu ko tiap-tiap minggu. Tapi sayangnya pokok rambutan gading tu dah ditebang, nak bagi laluan letak khemah kenduri kahwin kaklong.

Noi, basuh pinggannya tu.
Noi, tolong bilas baju.
Noi, lipat kain.
Noi...noi...oooooooiiii

Dalam hati..(cepatlah pukul 1, van ibu sampai)

Kadang-kadang Ibu tampal surat kat dinding, suruh aku buat itu ini semua..Sebagai anak yang 'manut' (patuh) aku ikut arahan tau..Cuma aku suka melawan cakap je.Sebab tu selalu kena sebat, hehe.

To be continued...





11 comments:

zulfikar hazri said...

aku sentiasa baca kau tulis, sebab katu tulis best, mcm cermin pada diri aku...


momong tu jaga adik eh? bestnye ada kakak!

norinaomar said...

Ikar: Masya Allah terima kasih atas pujian..

Ha'ah momong tu jaga adik..best ada kakak, tapi asyik kena buli je

Aku takde abang, dapat abang ipo pon jaaaadilah

zack said...

Cikgu Rupanya..hahaha Orang pompuan memang suka post tentang apa yg terjadi di persekitaran dekat mereka bukan?

Hahaha,nice entry..

norinaomar said...

zack: saya punya stail memang macam tu

lain padang lain belalang

Anonymous said...

kemon,bila nak part 2 ni?

norinaomar said...

anon:jap jap..sedang nak upload

missSenget said...

henjut guna kaki, sampai skrg pn kite buat noi..

hahaha..

kesian anak2 sedara..kdg2 kite tertido dulu dari orang dalam buai.. Y__Y

norinaomar said...

Shila: hahaha kan kan?

kita suggest guna yang letrik tu..senang kerja

Nieza Ishak said...

norina,

sama jerk macam akak, mak kerja bahagian laundry kat hospital .. sebagai kakak .. macam2 rutin dah meunuggu setiap hari .

norinaomar said...

Kak Nieza: tapi bersyukur dapat pengalaman berharga macam ni kan kak..kalau tak sampai sekarang ni banyak kerja taktahu buat

mizzura said...

Rasanya bdak zmn dulu mmg pndi buat kerja la...zura dulu kecik2 mmg ada org gaji bersilih ganti...tp bknlah nk suruh buat kerja rumah msk sgt...lebih pd jaga kitorangje..tp kami adik beradik reti je buat kerja rumah lagi2 nk raya...abah mama kerja tau2 balik kitorang dh kemas semua...syg je budak skang dh..emm..manja...serius..mcm geram je..hehe..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger