Pages

Wednesday, July 25, 2012

Pinjam gam

Semalam dengan kelas year 1 saya suruh masing-masing bawa gam dan gunting. Sejak saya ajar mereka buat aktiviti menggunting dengan banyaknya lama-lama semuanya dah mahir guna gunting. Tangan pun tak kaku macam awal-awal tahun dulu. Alhamdulillah maknanya motor skill diorang tu okay.

Tersebutlah kisah , saya ni memang pantang kalau budak-budak ni pinjam barang kawan dia main ambik je tanpa minta izin. Apa lagi, bebellah saya...

"Eh, boleh tak kalau nak pinjam barang tu cakap dengan sopan, Hakimi, bolehkah saya pinjam gunting awak"

"Kalau terima kasih tu sebut sekali nama, Terima kasih Hakimi...Terima kasih Halida..ni main cakap terima kasih je..terima kasih kat sapa?Kambing?Hantu?"

Maka, meriahlah kelas semalam bunyi orang bercakap bahasa skema.

Ada satu budak ni, dia tak ada gam. Tiba-tiba dia datang."Teacher, bolehkah saya pinjam gam kamu?"

Saya beri jelah.Sambil-sambil tu saya promote jugak suruh beli gam saya. Tapi dia tak respon.

Dah nak habis kelas, ramai yang tak siap termasuklah Aniq, yang pinjam gam saya.

"Teacher, bolehkah saya pinjam gam kamu satu hari?"

Nak ketawa pun ada, kesian pun ada. "Ha, gunalah.Tapi jangan habiskan. Kenapa taknak beli je dengan saya?"

"Taknak, saya mahu pinjam saja," selamba jalan pergi meja dia.

Amboiii...

Lebih kurang ginilah gamnya. Nak tahu tak, kat kampung ni jual sebatang RM1.00.Harga gam dah takde posen posen dah sekarang ni. Saya jugak yang jual 50 sen.

14 comments:

Sufia Mahzan said...

Year 1 mmg mcm tu. Kdg2 ade gam dlm beg, pegi pinjam gam org. Dh tu main baling2 pula. Aku yg geram tgk prangai diorg ni..

Fida Ghazi said...

e eh..comelnya..

"taknak, saya mau pinjam saja"..

nak marah pun tak sampai hati ok!

mizzura said...

ekeke...baca blog pun dah kelakar lagilah berhadapan dengan budak2 yang cakap baku..hihi..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

taknak beli nak pinjam jer... ni besar esok mesti handal dalam bab kira2.. nak untung jer.. kekekekeke

Liza Razak said...

mengambil kesempatan pulak diorang ni..kelakar betul ..hehe

norinaomar said...

Pia:sakit telinga sakit mata jek kan..aku memang pantang dengar n nampak..mau sejam aku bagi tarbiyyah

norinaomar said...

Kakpidah:comel le sangat..geram pun ada..tadi dia cakap 'Teacher, saya tak habiskan gam kamu"

norinaomar said...

zura:tulah semalam nak gelak pun rasa tak mampu

norinaomar said...

cik lekit: Kan? Nak untung aje bagi ke dia

norinaomar said...

Liza: Budak2 ni memang pantang..tapi kena ada syaratlah, kena cakap elok2..kalau tak..bolayan

Qyla Aqilah said...

Cakap lah Noi, pinjam kena bagi balik yang guna tu...mesti dia blur..hahahah

norinaomar said...

Q: Hahaha..bukan dia faham pun

Aujinz said...

hahahhaha.. gam mana ada yang murah dah laa nie... guna gam nasik pon okeyh gak.. XD

norinaomar said...

Ojin:Dah lama tak guna gam nasik..rasanya budak sekarang taktau nasik boleh guna buat gam

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger