Pages

Sunday, July 15, 2012

Perkara yang orang lain dah lama tahu buat tapi aku baru pandai melakukannya

Bukan main panjang tajuk tu,huh!

Oh ya, Selamat Hari Ahad hari yang sangat mendamaikan.Kepada kakak-kakak yang berniat mahu shopping baju raya, pastikan keluar awal pagi untuk mengelakkan traffic jam.Eh ,menurut KAK JEE, fenomena sekarang kan suka 'tuwit' dan upload gambo bila stuck dalam trafik jem. Dan haruslah postnya macam ni kan..
 nampak sangat akaun twitter palsu yang telah diubah suai~hihihi

Okay, berbalik pada tajuk, sini saya nak senaraikan beberapa perkara yang orang lain dah lama tahu buat tapi baru sejak 2 menjak atau beberapa tahun kebelakangan ni yang daku baru tahu nak buat:

1) Main bola jaring

Serius!! Ini ialah sesuatu yang serius dan bukan maian-main. Oleh kerana struktur ketinggian badanku yang kini hanya 147cm korang dapat imaginelah kan masa sekolah dulu se 'ketot' mana daku ini. Masa sekolah rendah dan menengah, masuk matrik sampai ke U,memang takut bola. Sungguh takut bola. That's why takut dan taknak main bola jaring. Masa PJ pulak cikgu asyik suruh main bola jaring..boring betul. Bermula tahun 2009 bersamaan umurku 26tahun baru keyakinan tinggi nak main netball. Huh!!

2) Keluar awal masa exam

Masa first year masih skema lagi, keluar dari dewan masa exam cun cun je on time. Dah masuk final year, dah masuk maktab, keluar awal saja. Pantang siap awal, siap main mata lagi dengan member ajak keluar awal."Eh, awal ko keluar?" member tanya. " Aku lapo, nak makan" aku jawab.Haha!

3) Buat kek

Dulu aku tengok mak aku buat kek punya seksa. Tengok dia godak marjerin tu dengan senduk kayu buat putaran 360 darjah dengan kelajuan maksimum tanpa henti. Tau-tau dah jadi kek. Sebab prosedurnya tu macam komplikated tu yang tak minat nak belajar buat kek.
Sejak aku tercampak kat sini, masa terluang tu banyak sangat. Aku pun cuba yakinkan diri belajar sendiri. Alhamdulillah..kalau tak cuba taktahu ye tak.

4) Kahwin

Aku ni kira geng dengan orang yang kahwin lambat jugaklah. Dalam geng sekolah aku yang paling bongsu (lahir bulan 12) dan akulah juga yang kahwin paling lambat. Dalam geng UPM 4 orang (malu nak bagitahu tapi nama geng kitorang F4 Girls hahahahah) pun aku yang paling bongsu dan aku jugaklah yang kahwin paling lambat. Sampai mak aku suruh mandi bunga dan mencuba untuk kenenkan aku dengan anak kawan dia punyalah nak suruh aku cepat kawen.
Zaman sekarang ni dah tak heran orang kahwin umur late 20's ni..Jodoh itu ketetapan Allah, semuanya ketentuanNYA.


Sebenarnya banyak perkara lagi yang aku ketinggalan dengan orang lain. Aku taktahu samada aku tak minat,aku tak berpeluang atau aku tak mampu nak mencuba. Contohnya pakai smartphone, twitter, fenomena sekarang ni instagram, dan macam-macam lagilah. Sehinggakan kat kampung ni dah ada line Celcom full bar pun aku masih refused nak beli simkad Celcom supaya aku tak payah nak letak handphone kat antenna tu lagi. Punyalah sampai macam tu sekali. Ho walah Noii....Noi..



p/s: Normalkah aku?

p/s:

16 comments:

Sufia Mahzan said...

Hehe..kelakarlah kamu ni Noi!

norinaomar said...

Pia: Aku ni tak normal ke???

Min Min said...

Normal, saya ni kak nak kata kawin xtau bila, BF pun masih mencari...rasa macam Looser je dah..

norinaomar said...

Min, sabar sebab jodoh tu ketetapan Allah dan jangan berhenti berdoa mohon ditemukan jodoh yang baik.

Nanti dah kawen belum dapat anak pun feeling looser, dah ada anak tapi anak tak pandai macam orang lain pun kita akan rasa looser sebabnya manusia tak sempurna, selalu rasa kurang bersyukur dan perkara tu yang kita tak nak buat.

Nauzubillah..

Qyla Aqilah said...

Normal..hihih rmi jer lagi yang tak tuwit and kawin lmbt hhihh

norinaomar said...

Q;hahaha okay lah tu..I'm not alone

Irshadim said...

anda normal. tapi keluar exam awal paling best sebab tu salah satu strategi psycho kawan2 kita yang lain.

Adylia Qarissa said...

yang kawen tu akan datang heheee

norinaomar said...

Irshadim:Haaa memang pun, best kan?

norinaomar said...

Adylia:Wah, bila tu?

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Normal jer.. Ketinggalan pd bnda yg x jejaskn ms depan tu xde apa lah.takat xde akaun twitter tu x semestinya kita x pndai tekan kebot.. Lmbt kawen tu dh bkn kuasa kita.Jodoh tu rahsia Allah. Skrg rahsia Allah dgn kita psl jodoh dh trbongkar.

norinaomar said...

Cik Lekit: Thanks for the explanation..Superb!

Min Min said...

Kak Noi, kannnn...
Huhuhu, tapi best bila solo sukati nak buat apa, nak balik kampung sendiri bila2...hahaha

norinaomar said...

Hahaha..takpe, belum tiba rezekinya lagi tu..bersangka baik dengan Allah

mizzura said...

hoho..ala jangan tak tau..sampai sekarang tak reti dan tak tau caner nak main galah panjang sbb takde peluang..kesiannn..haha..

ala...baru nak tny ada twitter ke...

norinaomar said...

zura: kamu kalah dengan saya kat situ, yeay!!

Saya takde twitterlah zura...nanti kita fren kat FB lah eh

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger