Pages

Sunday, July 1, 2012

Meng'show off' puding roti marble ku

Semalam bukak FB tiba-tiba ternampak kawan lama masa UPM iaitu Anim Zulkfly buat puding roti marble..sekali gugel resepinya kok ho walah senang aja kok. Naknak lagi roti yang dah kematu dalam peti tak lalu nak menghadap..Nak buat puding roti bakar takde oven pula.Makanya saya telah temui cara untuk mengkhatamkan stok roti dengan cara berhemah dan bijaksana.Yaribba mempersembahkan PUDING ROTI MARBLEku yang seksi dan jelita bergaya!!!



Saya main masukkan je susu cair tu satu tin (Dalam resepi 170ml je).Masa tu macam tawakal jelah kalau tak jadik kutelan jua lembik lembik pon.Pastu tengok wah!Kagumnya kerana ianya cemerlang jugaklah cuma rasanya tak berapa nak manis kerana daku kurangkan gula kononnya nak menjaga kesehatan (chaitttt)

Ramai dah yang cuba resepi ni..ku main copy paste aja.
Sampai taktahu sapa punya original resepi..katanya kak Hana.Bedal je lah.[klik kat sini]

RESEPI PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan ( satu loyang )

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair- cikNoi kalut bubuh 1 tin susu Ideal yang saiz sedang
  • 10gram serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula - 
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko 
  1. Didihkan 3 cawan air,serbuk agar-agar & gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko.(2 sudu serbuk kok dilarutkan dengan air panas, kacau sampai jadi pes) kacau cepat2 dan sebati .
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. Ulang hingga habis. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sebab puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.Guna senduk yang berasingan untuk setiap adunan nanti kalernya bercampur.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk! 
Sebelum makan jangan lupa baca doa!

p/s: Esok Insya Allah nak melontong pulak..Tapi nak buat sikiiiiiiiiiit aje sebab saya sorang je yang makan kot.



9 comments:

missSenget said...

ya Allah..! rajinnya dia nk melontong... T__T

mak kt rumah kalo ade 4-5org pn dia malas nk melontong..

dia kata tak berbaloi..!

norinaomar said...

Shila:Tatkala kau berada jauh dari keluarga, dan kau berada di kawasan yang tiada menjual lontong apatah lagi kedai makan,semangatmu itu akan jadi luar biasa yang teramat sangat..haaaa

Sufia Mahzan said...

tak baik show off..dosa! *dengki xleh mkn*

norinaomar said...

Pia:tarik nafas...bertendang ye ibu berpantang...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

tak penah lg tgn ni merasa buat apa2 kek.. kuih muih bagai. Ntah napa tgn ni memang x berkebolehan utk buat semua tu. Kalau masak tu.. blh la skit2. tp bab kuih muih kek bagai.. puding ke hapa memang takde bakat.. erkk.. sebenarnya tak pernah cuba pun mana tau ada bakat ke tidak.. wakakakaka. Malu nak cakap malas.. sebab belum smpai seru minat nak buat tu. Mungkin sebab belum pernah ada request dr bapak lala kot

norinaomar said...

cik lekit:dulu saya pun macam tu..kerajinan tu mula bila dok jauh diperantauan ni..ye lah dok membujang , bosan pulak tu maka mencubalah macam-macam

Qyla Aqilah said...

buat banayk pon takper..pos ker penang pakai flight..tak basi nyer :p

Tinta Emas said...

wah...bolehlah saya cuba nnti....tq

Ardini Humaira said...

fuhyohhh! cedap... nak oder :D

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger