Pages

Wednesday, July 11, 2012

Mak ayah dia bukan tanggungan aku

Hai, selamat hari Rabu..Kebanyakan orang buat entri wordless Wednesday tapi saya tak koser nak berwordless bagai. Better saya mengomel sikit kat sini.Haa.. nak cerita pasal apa, cerita tajuknya 'Mak ayah dia bukan tanggungan aku'.

Mak ayah dia ni merujuk kepada mak dan ayah mertua lah. Kita wajib hormat dan sayang mereka macam kita hormat mak ayah kita jugak. Saya ni tak layak sebenarnya nak cerita pasal hubungan keluarga, marriage dan sebagainya tapi cuma nak share ajelah satu peristiwa ni.Mudah-mudahan kita akan berubah kepada perkara yang lebih baik Insya Allah.

Haritu ada lah perbualan ringkas saya bersama beberapa orang rakan. Ceritalah pasal orang-orang sekeliling yang bersikap konservatif mengatakan kitorang ni gaji banyak. Orang-orang konservatif ni fikir kita dapat banyak tu, maka banyak tu jugalah yang kita simpan..Orang-orang konservatif tu fikir kita ni takde hutang nak kena bayar, belum masuk duit belanja, belum masuk nak bagi tanggungan. Haa, bercakap pasal tanggungan ni saya pun menyampuklah, "Yelah kan, dapat gaji ingat semua tak pakai ke.Kenalah bagi mak, abah, adik sekolah, pak n mak mertua pun kalau ada rezeki lebih dapatlah nak hulur seringgit dua,".

Lalu dengan pantas seorang rakan menyampuk dengan nada yang kurang disenangi, "Ooo, mertua tu hal laki aku..mak ayah mertua bukan tanggungan aku. Tanggungan dia tu dia punyalah."

Saya terkedu.Hmm..takpelah.Mungkin dia betul.Mungkin.




I miss them so much!

P/S: Rezeki bukan duit semata-mata. Dapat mertua, kawan-kawan serta ipar duai serta saudara mara yang baik tu pun dikira rezeki juga.

6 comments:

Sufia Mahzan said...

Erk..mak bapak mertua mmg bkn tanggungjawab kita kan? Eh, ntahlah.. Aku xde mak bapak mertua..aku x tau

norinaomar said...

Aku tak pasti, rasanya tidak tapi maksud aku dalam entri aku ni kalau ada rezeki lebih apa salahnya hulur seringgit dua..Kalau tak bagi takpe je.

Qyla Aqilah said...

Q rasa tak perlu pun dia nak buat announcement sedemikian rupa kan..biarlah lain orang lain cara...bagi pun apa salahnya, tak dak mereka, takdak ler laki kita yang ohsem kan??:D

token of appreciation :)

norinaomar said...

Q: Yup thats my point..sebab tak berkenan dengan cara dia cakap dengan disertai mimik muka tak suka

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Rasanya memg mrtua bkn dlm tggungan kita tp ank lelaki tggjwb dia pd mak ayah smpai mati.tp kita sbg menantu prpuan ada rezeki lbh nk bg tu x slh pn.x pyh bab duit tu nk straight sgt. Bila kata x wajib tu trs jd bakhil.lain la menantu mcm sy ni xde income.hrp dok seluk poket suami je nk hulur mcm mana.. Tabung syiling ada la kang ssh la mertua nk kendong.duit besi la katakan.. Kekeke

norinaomar said...

Cik Lekit: Tulah point saya, terima kasih tolong elaborate, saya bab ngatur ayat ni agak kurang pandai..Thanks banyak banyak

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger