Pages

Friday, June 22, 2012

Akhirnya saya dah tak teringin lagi..

Haritu sebelum cuti sekolah konon-konon dan eksen-eksennya buat senarai makanan apa yang nak dimakan dan salah satunya ayam kampung (asam pedas atau masak lemak cili api).
Lepastu nak dijadikan cerita ayam kampung kat rumah mertua banyak yang mati, kena penyakit apa entah.

Bila balik Muo pulak, ibu sibuk meladen cucu kecik so hasrat terbantut. Salahkan siapa dalam hal ni? Sudah tentu saya menyalahkan Mr J,kerana tak bersungguh-sungguh nak carikan ayam kampung untuk saya. Hihihi..taklah 'Deer' main main aje...(habislah Noi tak cium bau syorga).

Makanya setelah pulang ke sekolah yang dichentai,kusuarakan hasrat kepada anak-anak Year 6, menagih simpatilah konon.Cakap kat budak beso ni best sikit sebab diorang ni alert dan memahami gitu.

Jejeng..pukul 2 lebih tadi ada orang ketuk pintu..Oh, Muna rupanya dan seperti yang dijanjikan apaknya telah berbesar hati menjual dan menyembelihkan berserta pakej buang bulu ayam kampung kepada saya.ALHAMDULILLAH...

ayam kampung togel berstokin hitam

Maka, tanpa berlengah lagi mulalah operasi menghasam pedassss...


Terima kasih Muna =)

p/s: Sakit pinggang macam biskut chipsmore..jap ada, kejap takdek

10 comments:

Anonymous said...

Oops sorryy,hehe...kat pasar borong takde jual haritu

zulfikar hazri said...

ko dah mengandung ke NOi?

norinaomar said...

Sayang:Arghh tak kira!Hutang ayam kampung kena bayar,kutuntut juga.

norinaomar said...

Ikar:Kalaulah dah, alangkah bestnya.Aku pun taktahu...boleh tak jawapan aku macam tu.Aku teringin nak makan je ni.

Liza Razak said...

adoi..terliur tengok...sedapnyer asam pedas tu!!

norinaomar said...

Liza: Apalagi!!siap-siaplah bersilat kat dapur!

Qyla Aqilah said...

Dulu kalau sebut asam pedas mesti terbayang ikan jer...tapi selepas jumpa encik suami tercinta baru tau ada asam pedas ayam bagai...huhuhuh sedih tak?:p

norinaomar said...

Q:tak sedihla Q, husband saya pun first time makan asam pedas ayam kat rumah saya (masa mula2 datang rumah)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

asam pedas ayam.. sumpah x pernah makan. Cikgu Noi.. ada makhluk ke dlm perut tu mengidam sakan je ni.. kekekeke. Kita dulu mula2 pregnant (sblm buat pregnancy test) pun jd pantang tgk makanan.. smpai x nk tgk blog cik Mat Gebu. semua teringin nk makan.. skali test melekat. cecuba test. kekekeke

norinaomar said...

Cik Lekit: serius lain dari yang lain, rencahnya sama je cuma ayam kena rebus dulu.

Hahahah sebenarnya masih question mark lagi ni..esoklah nak main2 dengan UPT.Kalau betul alangkah bestnya tapi baru je 2 minggu lepas 'peot',huhuuuu

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger