Pages

Saturday, May 5, 2012

Shopping onlline kupon murah-Groupon,Mydeal dan sebagainya

Pssttt..

Sini..

Sinilah kejap..

Pernah dengar kupon yang ada diskaun?

Saya kurang pasti istilah khasnya, tapi lebih kurang macam ni lah.


Actually, website seperti ini dan seangkatan dengannya menawarkan diskaun kepada servis yang disediakan, contohnya makan kat restoran, percutian, barangan , spa, penjagaan kereta, aktiviti menarik dan macam-macam lagilah. Dan harganya memang berbaloi.

Kalau korang berminat nak beli salah satu deal tu, perlu baca dengan teliti Terms & Condition yang dah ditetapkan dan yang pasti, kalau tak dapat nak guna kupon tu, kita TAK AKAN dapat refund.

Saya dah pernah beli 2 barang baru-baru ni cuma barangnya belum sampai lagi. Try beli barang yang murah je dulu..belum berani lagi beli yang mahal.

Caranya mudah aje..

1. Sebaiknya ada akaun facebook, lebih memudahkan kerana bila kamu masuk laman sesawang mereka contohnya  http://www.groupon.my maka korang hanya perlu login dengan butang yang ada ikon 'f' merujuk pada facebook.

2. 'Like' laman sesawang mereka, ini memudahkan korang untuk melihat servis dan tawaran terkini yang mereka update.

3. Pilih lokasi tawaran yang kamu hendak, sama ada 'Klang Valley' atau 'Penang'. Sekiranya kamu pilih 'Klang Valley', ia akan memaparkan semua tawaran di sekitar lokasi yang dipilih.

4. Kalau berkenan dengan satu diskaun yang di tawarkan, contohnya tawaran yang macam kat gambar di atas , jadi korang hanya perlu klik butang 'Buy Now'.

5. Pilih berapa kuantiti voucher yang dikehendaki, kalau nak beli 1 tulis 1 dan berikutnya. Contoh ,korang dah beli 1 voucher, jadi jumlahnya dah dipaparkan siap-siap.kemudian pilih jenis bayaran untuk pembelian .

6. Boleh bayar menggunakan service 'credit card' atau 'online bank transfer' seperti Maybank2u atau Cimbclicks.

7. Masuk akaun, kemudian klik pada 'My Coupon' dan akan terpapar pembelian anda. Tapi voucher itu belum lagi aktif, bila tawaran ini tamat contoh 30 Mei 2012 maka 1 Ogos sila masuk balik akaun dan print voucher tu.

8. Pada voucher tu akan di paparkan tarikh sah laku voucher itu nanti, contohnya untuk voucher tadi adalah "Booking period: May 3, 2012 – Nov 23, 2012" maka boleh saja tebus voucher pada tarikh yang disertakan.

9. Sebelum menebus voucher tu nanti, kamu baca betul-betul syarat yang disertakan. Sebab banyak tawaran diskaun adalah bergantung pada terma dan sayaratnya, contohnya voucher termasuk cukai dan ada pula tanpa cukai. Ada pula yang perlukan tempahan 1-3 hari terlebih awal dan ada juga yang tanpa perlu tempahan dan hanya terus datang saja ke outlet mereka.

Selain daripada Groupon dan Mydeal, ada banyak lagi website yang offer diskaun seumpamanya seperti:

http://www.dealmates.com.my
http://www.jackcow.com
http://www.ilovediscounts.my
http://www.allgroupondeals.com

P/S: Pesanan penaja, beringat sebelum terleka, wang habis jiwa merana =)

 
 
 
 

 

8 comments:

Cik BB said...

waaa...geram tau...sbb xpernah dapat nk beli pape gna groupon sbb mostly deal yg besh2 kat area klang valley...gggrrrrr

norinaomar said...

Ila:samalah kita..kita tengah aim diskaun travel Langkawi nih..yang kita purchased haritu pun barang-barang yg free delivery je

THE LEKAT LEKIT STORY said...

tggu barang cikgu Noi sampai dulu baru nak jenguk2..

norinaomar said...

cik lekit:Insya Allah kalau dah sampai akanku update n share =)

mizzura said...

Paling suka groupon..dari mkn,travel ke facial haha..nk wat cane offer baikk..adoii

siti hazreen said...

belum pernah cuba lagi :)

firdaus said...

salam nak tnya. adakah kena tunggu deal/offer tamat bru bleh print? sbb saya rase ade je yg offer for 5 days tp mase tu dah bleh redeem/bleh guna. or macam mane??

norinaomar said...

firdaus:sorry lambat reply

ada sesetengah deal,lepas purchase(bayar) dah boleh terus print..kena baca dia punya keterangan betul2

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger