Pages

Wednesday, May 23, 2012

Nak buat apa dengan hadiah kawen banyak-banyak??

Selamat hari Rabu, esok hari Khamis,lusa hari Jumaat..can't wait for Friday. Housemateku dah selamat sampai kampung, balik awal sebab nak menikah.Semoga segalanya berjalan lancar ye Sarah!

Ok, ni nak cerita pasal hadiah kawen yang banyak-banyak tak terguna,tak sempat nak guna dan tak dapat nak guna pun. Dalam kes saya, salah satu puncanya ialah kitorang takde rumah sendiri lagi, rumah sewa pun takde. Kalau saya cuti kitorang lepak 3 rumah,hebat!!!

Setakat ni yang dah diguna kebanyakannya barang elektrik, album dan tuala.

Ok, persoalannya di sini, nak buat apa dengan hadiah kawen banyak-banyak tu?Most of them macam biasalah, dah tentulah set gelas dan cawan. Dan saya percaya kamu kamu yang di luar sana pun ada dapat hadiah recycle (faham kan?)

Saya yakin ramai yang kat luar sana akan recycle balik hadiah tu, bungkus semula, bagi je kat kawan-kawan yang nak kawen. Jimat bajet.Alah, bukan diorang tahu pun.

Tapi saya punya prinsip tersendiri. Hadiah yang kita dapat ialah bukti kesungguhan mereka menghadiri majlis kita,bukti kesungguhan mereka beri sesuatu kepada kita.Saya takkan beri pada pengantin lain. Kalau saya sedekah kepada orang yang susah tu lain cerita. Biarlah saya simpan hadiah-hadiah ni sampai hujung nyawa saya pun, tapi saya takkan recycle hadiah ni untuk dijadikan hadiah. Biarlah orang buat kat kita (bagi hadiah recycle kat kita) jangan sesekali kita buat kat orang. Itu prinsip saya.

bulan 11 tahun lepas...macam baru je kawen sebab boleh bilang dengan jari berapa hari kitorang spend time after kawen =(

Tips dari saya, kalau dah takde idea sangat nak bagi hadiah apa untuk member yang kawen,dan kebetulan pulak time tu belum gaji, bagi je duit masuk dalam angpau.Yang penting keikhlasan kita :) Trust me, sangat berguna untuk pengantin!

p/s: Anak-anak kucing dah mati , sedih betul.

11 comments:

zulfikar hazri said...

salam keruk paling penting! salam keruk nombol satu!

kesian kau tak dapat tdo hari2 dengan roomate ko kan cikgu! semoga dapat transfer tahun ni!

norinaomar said...

Ikar: Exactly!

Janganlah cakap macam tu weii..aku nak buat perhimpunan haramlah kalau tak dapat transfer..aci tak?

Cik Am said...

salam..cik noi..idea yang bernas..pape pun.jangan lupa datang 27.5 ni..hehe..

norinaomar said...

cik am: cik am, sorry sangat-sangat saya tak dapat datang sebab saya kat rumah mertua masa tu kat kota tinggi, saya Insya Allah singgah rumah 3hb jun..kalau cik am takde kat rumah pun takpe, saya datang untuk hantar hadiah

emmyrul said...

Yess.....microwave tu kupunya kah ..hahhaha(jokes)

norinaomar said...

emmyrul:pandai je kau

Sufi Al-Arshadiy said...

Simpan je dulu elok2...esok2 dah duduk rumah sendiri gunala tu..guna sikit2..lama2 nt habisla..he2..saya nk masuk 4tahun dh kawin,barang dapur duk guna hadiah-hadiah kawen tu jela. Lepas satu...satu rosak&pecah..bukak hadiah lain plk =p

Cik BB said...

kak noi yg chumel...saya dh sampaikan angpau kamu kepada pn suhana..hehehehe...goodies juga telah di hantar ke rumah akak..heheheh

missSenget said...

selalu rs konfius..

bila dah bg hadiah, kene salam keruk x..?

tpi kalo x salam keruk, mcm segan pulak nk salam dengan tangan kosong..

THE LEKAT LEKIT STORY said...

hadiah kawen kita dulu xde la byk mana tp blm sempat guna semunya. yelah guna yg perlu.. yg x perlu simpan dulu. kang dok susun semua dlm umah mau sendat x bernyawa lak.. nak2 lagi lala dh lasak kang dia tlg kemas jd lain lak deconya

norinaomar said...

Ila: terima kasih banyak-banyak tau!


Shila:bagi salam keruk kat pengantin je pun dah ok, tempat kita ramai je yang buat macam tu.Even kat Singapore pun diorang bagi salam keruk jugak kat pengantin tak bagi hadiah, sebab tu consider hadiah jugak.


Cik lekit:Hahaha, kang jadi menara KL pulak dalam rumah tu!

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger