Pages

Sunday, April 29, 2012

Jengkel

6 perkara yang jengkel hari ni..bermula seawal pagi berlarutan hingga ke malam.

1.Nenek yang beratur depan aku masa kat cashier.Adoyai nenek aunty ni, time tu la tanya boleh beli bateri sebiji je tak, tanya maggi yang dia beli tu expirednya bila, tanya pasal member kad lah,padahal barang yang dia beli tu cuma maggi dengan bihun aje.Jengkel!

2.Kes di cashier lagi. Makcik yang menyopping sebakul penuh makanan yang ngelat beratur. Orang beratur ikut line yang sepatutnya, dia beratur ikut arah yang berlawanan. Ni sudah lebih.Kalau aku jadi cashier tu jangan harapla aku nak layan.Masalahnya siapalah aku.Jengkel!

3. Pakcik dalam bot."Cikgu mengajar di mana?" Malas betul nak jawab."P******" lepastu dia tanya apa entah aku buat taktahu.Menyampah bila orang tengok kita macam alien.Pakcik, saya dah 4 tahun kat sini, kita selalu bersua dalam bot, lagi mahu tanya ke.Jengkel!

4.Mamat kerja kapal yang sembang lebat. Aku perasan mamat ni dari wharf lagi.Mula-mula tu dia tegur apa entah..bunyik bunyik pasal KL.Aku ignore je. Lepas tu masuk bot mamat tu tegur lagi, aku tak ingat dia tanya apa. Aku pakai spek hitam, dia kata macam Datin Supiah. Aku buat tak reti.Bila bersembang dalam bot tu bukan main lebat lagi sambil kuatkan suara. Kes nak tarik perhatian. Sampai ke sudah aku buat muka serius, malas nak layan.Super jengkel!

5.Makcik dalam bot sebelah aku.Makcik ni tak menyembang pun dengan aku tapi yang jadi jengkel sebab sikit-sikit cakap 'La illah..La illah.." (eh, apa hukumnya kalau taip perkataan itu dengan baca ayat ni ye?)
Makcik nak kena cili mulut tu ke.Super jengkel kuasa dua!

6. Balik rumah ingatkan nak menikmati rehat yang mendamaikan. Tetiba pulak telinga ni dengar bunyi yang membingitkan. Bunyik benda ni ha


 Dok berbunyi tak berhenti-henti.Lalu aku pergi ke rumah sebelah dengan niat nak suruh budak tu berhenti main tapi malangnya tuan rumah takde. Balik esok lusa agaknya. Lupa nak tutup mainan tu lah tu.Macamana nak tido malam ni huhuiiii. Super duper jengkel!

p/s:Astro bagi free tengok semua channel.Jadi mabuk channel pulak aku.



8 comments:

zulfikar hazri said...

ini dinamakan kejengkelan tahap maksimum....

Ini...ini.. jengkel nombol satu!

bertabahlah Cikgu Noi!!!!

norinaomar said...

hai ikar..lama tak datang jenguk sini..bz bercinta le tu =p

Qyla Aqilah said...

Me telinga kuali kalau bising memang tak leh tdoq!!best ler ada astro di rumah!!

norinaomar said...

Q: memang susah hnak tido lena malam tadi Q, banyak agas..Sabar laa..

Kat sekolah tido masa gap antara kelas.Hahaha

THE LEKAT LEKIT STORY said...

paling marah org potong Q @ dok berbual kat cashier ckp benda2 x penting sedangkan ramai org dok tggu turn nk bayar. Boleh hangin bukan 1 badan jer.. berbadan badan jadinya

norinaomar said...

Cik Lekit: Memang setuju,gara-gara pagi pagi dah hangin..meleret sampai ke petang pulak berkilo-kilo adoi

Cik Am said...

cik noi, paringi sabar..hehe..

Papa-NtiQ said...

kelakor la Norina nih...sabor sabor hehe...saya punye stail..sound je direct

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger