Pages

Wednesday, April 18, 2012

Idea dating yang luar biasa

Hallooo kamu kamu dan kamu sekalian..Dah lama rasanya cik Norinoi tak bersiaran bersama kamu kamu dan kamu kan kan? Maklumlah cik Norinoi ni tenggelam timbul..sambil tenggelam sambil mencari ilham.

Baiklah lupakan saja intro merapu cik Norinoi ni.Mari kita share TIGA idea yang boleh dilaksanakan untuk kamu yang hilang idea nak dating kat mana. Asyik asyik KLCC..asyik-asyik main boling..asyik-asyik pegi Jusco..asyik asyik nengok wayang..asyik asyik tengok buayapren main futsal..So bosan kan.

Idea ni bukan nak menggalakkan kamu kamu dan kamu dating bagi yang belum nikah ye.Harap jelas kat sini.Kang tetiba ada yang komen,"ko ni macam menggalakkan orang buat maksiat pulak dating-dating ni".
Oh maafkan saya.Maksud saya ialah bawalah bersama rakan-rakan atau adik beradik atau ibu dan bapa. Juga khusus untuk suami isteri yang mahu menggebukan lagi cinta anda.Wiiiwiiittt!

1)SkyTrex Adventure

Nak sesuatu yang mencabar dan menguji adrenalin anda, di sinilah tempatnya.Tapi kurang sesuai bagi yang fobia tempat tinggi.One of my friend dapat hadiah kawen tiket ke tempat ni.Bestnya kalau dapat hadiah kawen macam ni.Jom tengok gambar kalau nak tahu.

 source : klik sini

Ada 3 peringkat: Little Adventure-RM 35.00
                          Big Thrill - RM 45.00
                          Extreme Challenge - RM50.00

Lokasi : SKYTREX ADVENTURE PARK
Taman Pertanian Malaysia
Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Hubungi : Tel: +601 3276 9841 ( 9am - 6pm)
Fax: +603 7960 8290
Email: skytrex@skytrex-adventure.com
Website: http://www.skytrex-adventure.com

2) ATV Ride di Kampung Kemensah

Whoaa..yang ni laagi best.Sesiapa saja boleh cuba.Kalau lakiku ajak ke sini sekali gerenti tiap-tiap bulan nak pergi lahhh punya.
Kalau yang bawak anak,pastikan tinggalkan anak dengan tukang jaga.Pesan baik-baik kat anak.."Nak, ibu ngan abah nak ronda-ronda sekejap ye. Kamu dok diam-diam dengan Makcu kamu ni.Bekal dah ibu siapkan ni.Jumpa sejam setengah dari sekarang!!". Bukankah itu nampak cool???

Jom lihat gambar..


   
                                                                    source : klik sini

Waktu operasi : Isnin hingga Ahad (9 pagi hingga 6 petang), tutup dari 11 pagi hingga 3 petang setiap Jumaat.

Hubungi : miza@atvadventurepark.com (Mas Faizil - 0123775005/ Maslin - 0192448544)

Harga pakej : Serendah RM50 (1/2 jam) hingga RM 300 (3 hingga 4 jam)

3.Kelas Masakan

Haa..yang ni pun syok.Perut kenyang, hati girang, ilmu pun bertambah gemilang.
Pergilah daftar kat mana-mana kelas masakan.Nak kelas buat kek ke, buat biskut ke, buat lauk-pauk ke, buat roti ke.Ni salah satu wishlist aku ni.


source : google

Jika ada sesiapa nak share idea dating yang luarbiasa, sila share kat komen box oraittt!!!

 

5 comments:

Qyla Aqilah said...

no 1 and 2 tu chun suka ler sgt..nnt mg nk pi one day before dpt baby..hihih

norinaomar said...

pegilah Q..area Penang ada tak?kat Langkawi ada tau

Min Min said...

skytrex pernah pergi utk extreme challenge, sangat seronok n pergi dlm group.
ATV ride nak g xde geng, jom kak! hahaha

norinaomar said...

eh min , ko dah g ye skytrex..bestnyaaa

kita nak g jugak ATV ride tu..kena lari dari bojo kejaplah macam ni,hahaha

Min Min said...

best kak, mencabar...sape takut tinggi xyah g..hehehe
ATV tu jomlah,lari jap dari bojo..hahaha
pakat2 sama nak g...dak opis org dulu penah g tp xkena masa dgn org.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger