Pages

Sunday, March 4, 2012

Sharing Moment:Macamana aku jimat duit makan masa zaman belajar dulu

Selamat hari Ahad. Bangun awal pagi lepas solat tak jadi nak sambung tidur tapi menyambung kerja yang terhenti malam tadi iaitu print exam paper budak-budak.Mujurlah budaknya sikit je.Untungnya...

Bersempena dengan para freshie yang baru daftar U dan para student U yang PTPTN katanya masuk 6 Mac, di sini kakak Nonoi ada nak share sikit pengalaman yang tak berapalah best sangat pun yang bertajuk 'Bagaimana saya menjimatkan wang untuk makan ketika zaman belajar'. Zaman belajar saya ditujukan kepada zaman Matrik, zaman U dan zaman maktab.

1. Zaman Matrik : Stok keropok, bilis goreng dan roti gardenia

Untuk tajuk ini, stok megi adalah tidak termasuk dalam senarai kerana ianya sangat klise ye adik adik sekalian. Jadi Kakak Nonoi memulakan dengan zaman matrik mesti ada stok keropok ikan, bilis goreng dan roti gardenia. Memulakan sarapan pagi sebelum ke kuliah adalah perkara yang mesti dilakukan ye adik adik. Jika tidak, kamu akan berasa lesu dan tidak bermaya. Ingat tu!

 sorce : google (sedap pulak aku nengok keropok nih!)

Kenapa stok keropok dan bilis?

Begini kisahnya. Masa matrik ialah zaman yang sadis kerana elaun RM1000 untuk 6 bulan adalah sangat tak mencukupi sama sekali. Jimatlah macamana sekalipun, akan pergi ke elaun PaMa jua.(berapa elaun matrik sekarang eh?).Maka, untuk makan tengahari saya beli brunch seperti mi goreng atau nasi goreng yang dijual sewaktu sarapan (biasanya RM 1 hingga RM 1.50).

Untuk makan malam saya tapau nasi dan curah kuah apa saja yang ada dengan berlaukkan bilis goreng dan keropok tadi.Makan dalam bilik bersama-sama roommate tersayang.Tapi roommate lauk lainlah, takkan dia makan sama macam kita. Jimat bukan?

2. Zaman Matrik : Burger daging special taknak roti

Pabila sudah bosan makan nasik lauk bilis dan keropok, saya beralih arah kepada pakcik burger. Dah namanya tekak melayu kena sumbat nasi setiap masa, maka untuk menu makan malam seperti biasa saya beli nasi curah kuah apa saja yang ada. Seterusnya order burger daging special taknak roti. Sesetengah pakcik burger taknak jual takde roti, dibaginya jugak roti burger tu. Kakak Nonoi ketepikan roti tu, makan nasi dengan daging burger special itu. Jimat bukan?

3. Zaman U : Pilih menu yang paling murah.

Masa Zaman U ialah zaman padan muka kepada diri sendiri. Awal masuk PTPTPU, kemain lagi tak beringat.(malas nak share kat sini, korang faham-faham lah sendiri), bila PTPTPU dah tinggal serdak, mulalah mengamalkan petua2 ini.
Biasanya makan malamlah terpaksa pilih menu yang paling murah. Biasanya Kakak Nonoi akan order nasi goreng biasa.Murah dan kenyang. Jimat bukan?


Ada yang lain-lain nak share?

Selain daripada yang disenaraikan kat atas, Kakak Nonoi juga bawak curi-curi rice cooker.Yang ni memang jimat.Tapi korang jangan ikut.Kalau tak pandai caranya, kena rampas nanti haaa! Korang jangan kata blog Kakak Nonoi pulak yang ajar.Hiii, notti korang ni tau!

 Sapa yang notti tu?

Untuk budak UITM lain kes lah kot, sebab dia ada Dewan Makan. Yelah, kita takde..kan kan kan?

P/S : Tak sampai tahap berniaga untuk untuk cari duit poket masa belajar sebab memang tak berbakat langsung berniaga ni.

20 comments:

zulfikar hazri said...

dulu aku berniaga nasik lemak, kawan aku niaga burger, pastu dulu aku selalu masak sendiri sebab duduk rumah sewa. barang dapur beli awal bulan dengan kwn2 semua, kongsi duit..

Pastu masa masuk diploma,duduk kolej, UITM mmg ada dewan makan. terima kasih UITM!

norinaomar said...

Ramai yang berniaga Ikar, aku tak reti nak berniaga ni, membeli aku tahu.
Aku sampai final sem dok kolej =)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

kita U turn je jd takde pengalaman camni.. tp adik beradik yg lain tak tau pulak mcm mana dorang jimat duit PtPtN tu.. yg bongsu dh confirm la x jimat. dpt duit tukar enpon, jalan sana sini lepas tu dh kering PA & MA la jugak.. tp akak no 2 plg best, duit tu dia siap blh loan kt org lain pulak. dia memang x boros even smpai skrg pun dia x boros. adik no 4 pun sama.. lepas dpt loan xde dh nk loan PA & MA.. yg sulung sama dgn yg bongsu. tp yg No 3 apa loan pun xde sbb U turn kan?? wakakakaka. belajar kolej cikai je nk loan mendanya

norinaomar said...

cik lekit: bila fikir2 rasa nyesal pulak sebab tak pandai berjimat cermat duit PTPTPU dulu..bagus akak cik lekit yg no 2 tu

ala..belajo kat mana pun tak kisahla yang penting siapa yang kita jadi sekarang...

Iza Teratak Usang said...

Assalam..
Singgah follow..jom exchange link. akan diletakkan di bloglist teratak usang.

Macam2 pengalaman yg ada kan...tak pernah lagi bawa periuk nasi sebab makan tak byk..

Sam Banjamin said...

dulu la uitm ade dewan makan... la ni dah tak de da... budak2 uitm skang ni, makan sendiri2... syukur dapat masuk uitm di zaman ade dewan makan dulu...

norinaomar said...

Iza:Saya dah visit blog awak..Nanti kita singgah2 lagi ye.

norinaomar said...

Sam Benjamin: eh sekarang dah takde dewan makan lagi ye?ruginya...

Puan Besar Shag Yahaya said...

Shag makan sehari dua kali. Breakfast waktu tengah hari, lepas tu beli lunch tapi makan waktu hi-tea :D

madammondoq said...

salam singgah..

sulu pun i macam ni jugak zaman2 kat asrama..

btw.. jemput singgah blog madam.. bleh join contest.. ;)

mizzura said...

Samala...pernah gak combine bfast utk lunch etc...tp serius student uitm mkn free jer kt dwan,..(pun ada yg xbsyukur)

Erk nonoi...bukan ker burger special rm4>??? = n.cmpur ikan+syur....ke pakcik tu jual murahhhh....huhu

missSenget said...

pndainya cikgu noi berjimat..

selalu ujung2 sem je, da mintak duit abah..


final sem haru..sbb nk jilid tesis sume makan ratus gak thesis tu..huhuhu..

penaberkala said...

tips aku : sediakan stok maggi. Ni penting especially di hujung2 bulan,haha

Sufia Mahzan said...

Noi, teringat zaman matrix..hari-hari makan ayam masak merah+sayur+nasi rege rm2.50 pakai kupon. Tu je yg aku boleh telan.. Time tu aku tak reti makan ikan keli..huhu.

Tapi burger pakcik tu, boleh tahan juga sedapnya..

norinaomar said...

Shag: lebih kurang samalah kita

norinaomar said...

mizzura:bege pakcik tu murah seyy

norinaomar said...

senget:ratus2 woo..dasyat wooo

norinaomar said...

Penaberkala: maggi tu wajib (tetiba teringat Mee Ruski dengan Mi Pama)

Pia: Aku suka sambal berlada ikan keli tu..best!!!!

InaAchik said...

kite masa blajar mkn pagi (kdg2) ngan tgh hari jer. dinner jarang2 ambik. selain jaga body, jimat duit poket! :)

norinaomar said...

Ina: Bijak..bijak..kebanyakkannya macam tu kan..tak kuasa nak amek full meal..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger