Pages

Wednesday, March 28, 2012

Panggilan palsu

Sebut je panggilan palsu, selalunya kita mesti fikir budak-budak yang paling suka buat panggilan palsu. Ye, aku setuju sangat tu sebab aku adalah salah seorang yang tergolong di antara makhluk-makhluk yang suka buat panggilan palsu.Jahat tak jahat tak? Jahat kan kan kan..

Aku banyak kali buat percubaan membuat panggilan palsu ke nombor 999 menggunakan 
' talipon pondok ' ni..(aku ada member nama Imah yang panggil phone ni talipon pondok. Lagi satu dia kok suka panggil kaler coklat tu kaler Koko.Nyampah aku, coklatlah bukan koko)

Panggilan palsu Nombol satu

Seawal umur 9 tahun aku dah berjinak jinak melakukan kejahatan dimuka bumi ini. Dengan berbekalkan duit seposen, aku dail 999 kat talipon pondok dekat-dekat rumah MakYah aku nun kat Bakri.(Masa aku kecik-kecik dulu aku suka betul tido rumah dia sambil momong anak dia kalau MakYah aku tu pegi kerja).
"Heloo, ada rumah terbakar kat sini cik..Nombor 23, Jalan Sulaiman"..lepastu aku diam..terus aku letak.
Esoknya aku buat lagi.
Lusanya aku buat lagi.
Jahat betul aku.
Masa tu belum ada lagi sampai tahap tangkap-tangkap oleh pulis macam kat tv tu.
Kalau tak mesti aku dah ada rekod juvana kan?

Panggilan palsu Nombol dua

Aku sekolah rendah masa tu. Aku tak ingat adik-beradik aku yang lain mana entah. Tapi seingat aku masa tu cuti sekolah dan aku sangat-sangat kebosanan lalu aku mencari hiburan dengan membuat panggilan palsu.
Tapi kali ni aku bukan talipon pulis, bomba, ambulen dan sebagainya. Aku guna talipon rumah aku.
Aku jumpa satu kad jemputan kawen. Ada nombor talipon rumah pengantin perempuan kat situ.Lalu...

"Heloo..boleh saya cakap dengan Rohaya ? (dah tentulah aku lupa nama yang kat kad jemputan tu kann)
"Ye, ni Rohaya yang cakap.Siapa ni?''
"Awak tahu tak, saya ni kekasih kepada ***** (nama pengantin lelaki).Awak dah rampas kekasih saya tau."

Dialog seterusnya ialah dialog ala ala pergaduhan kecil tapi aku terus letak thoo.TAKUT! hahaha

Esoknya aku talipon lagi nak cakap kat orang tu.Bual-bual lagi, gaduh lagi.

Aku terus letak lagi. Lepastu aku terus tak talipon dah.
See..psiko tak aku..takut tak korang?


Bila ingat balik aku istighfar banyak-banyak kali betapa jahatnya aku masa kecik-kecik dulu. Terpengaruh drama swasta kat TV berapa entah ni. Ke aku banyak sangat baca buku cerita orang dewasa.isyk..isyk..isykk....

Sekarang aku takde nak buat benda-benda macam tu lagi.Kurang kerjan.

 Dulu aku ada kosmate namanya Baah.Dia punya handphone Nokia 3310 macam ni lah. Lepastu dia selalu simpan dalam gerobok dia.Dia kata kecik ati sebab handphone dia takbunyik, tu sebab dia simpan dam gerobok, siap kunci pulak ai.So aku sebagai kawan yang baik hati, tiap-tiap pagi aku miskol dia dengan harapan hatinya kembali ceria!

p/s: Entri merepek sebab dah lama tak up entri lah konon kononnya.

 *IKLAN
Nak beli kain sari tak..nak promote member punya bisnes..
harga RM150 ke atas untuk 6 meter (bukan 4 meter ya). Kain sari ni boleh dijahit jadi baju kurung, kebaya, punjabi suit..etc.

Ada jugak punjabi suit yang dia boleh jahitkan siap2..
Silalah melawat dedazzlerzzshoppe.blogspot.com

11 comments:

Anonymous said...

Best

zulfikar hazri said...

jahatnya kau ni Noi!

aku nak cc entry kau ni ke Bomba, biar dia dakwa kau!


takut tak?

norinaomar said...

Lepas tu aku nak buat surat terbuka kat encik Bomba, aku nak kata aku dah insap cik..betul ni cik aku dah insap

Sufia Mahzan said...

Ko patut jadi pelakon dari jadi cikgu aa Noi..hehe.

Aku tak pernah aa buat prank call ni tapi kwn-kwn ckp kalau call 999 nnt kluar suara hantu. Tak lama lps tu, agaknye sbb diaorg detect byk sgt prank call dari public skolah aku..bomba pun dtg bg ceramah kt skolah aku. Diaorg ckp mmg diaorg buat suara hantu sbb tau budak-budak ni saje je call. Lps kne marah dgn cikgu, barulah insap sume budak-budak ni...hehehe

norinaomar said...

ahahaha dasyat ah bomba kat Muo..sangat understanding!

Khairani Bahaudin said...

salam.. macam kenal je? SEMESTI ke dulu?

Mai datang blog saya.
jemput exchange link dgn saya ye^^
REDCOMEL

Khairani Bahaudin said...

eh, takla..kolej lekir UPM dulu kan? sama batch dengan aida rahayu dulu?

norinaomar said...

KAK ANIII!!!!!!

Qyla Aqilah said...

Nakalnya!!hahah Q tak pernah..budak baik..:p Noi, thanks again!!!:D

THE LEKAT LEKIT STORY said...

Amboi cikgu Noi nakal sungguh. Kita kecik2 pn suka cal bomba guna pubick phone tp x buat pggilan pelesu just bual2 dgn abg bomba. Yg pelik abg bomba tu layan lak...

Liza Razak said...

waaa..ini dah dikira nakal jugak kecik-kecik dulu ni.saya pon x berani nak buat sbb takut mak marah..huhu

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger