Pages

Monday, March 26, 2012

Ismail Accutherapy Centre-Abahku appointment di sini 9 kali

Penderitaan 'hidung berlari' ku belum menampakkan tanda-tanda mahu surut.Harini sebiji spirulina, sebiji Actifast dan baru tadi 3 biji pil resdung dahku telan..tak laratnya.

Oh ya..2 minggu sebelum cuti sekolah haritu abahku sayang diserang sakit di kaki kirinya bermula di bahagian pinggul hingga kaki. Susah nak berjalan, nak solat pun kena duduk..Masa dengar kat telefon pun airmata ni laju je macam air terjun.

Macam-macam usaha jugaklah..pergi berurut, klinik pergi dua kali kata takde apa-apa..dan diorang cuma bagi ubat tahan sakit. Ada yang kata disebabkan angin. Ada yang kata gangguan mistik. Dan sebenarnya yang paling tepat ialah masalah saraf.

Setelah usaha berurut di beberapa tempat, ada yang cadangkan abah ke pusat rawatan ni.
Dr Ismail ni bukan calang-calang orangnya..saya tak berani nak ceritakan profail beliau sebab saya kurang maklumat tentang beliau. Tapi yang datang ke sini dari serata Malaysia. Ada jugak orang putih yang datang.

Kebanyakan pesakit ialah yang OKU, yang mengalami masalah berjalan, yang diserang strok, yang lumpuh dan yang berkaitan dengan sakit kaki.

Pesakit akan disarankan membuat rawatan selama beberapa kali. Abah kena datang ke sana 9 kali..sehingga sekarang tinggal 2 kali lagi dan syukur Alhamdulillah abah dah boleh jalan dan bawak kereta.

Cubalah datang ke tempat ini..mana tahu dengan izin Allah pesakit strok, masalah berjalan dan lumpuh di luar sana dapat pulih.

7 comments:

zulfikar hazri said...

Info Menarik ni..


p/s aku pernah lumpuh sekajap kaki kiri.

norinaomar said...

ooo lepas ko eksiden dulu tu ye

missSenget said...

2minggu..da ada perubahan..?

bagus ni..

yg penting jgn putus harapan kan cikgu noi..

norinaomar said...

Shila: Alhamdulillah..kot ada sedara mara yang strok ke, takboleh jalan ke..bolehla dibawak ke situ

Anonymous said...

Sya bwa ank sya ke sini juga setelah dua bulan terlantr Akibat pendrahan otak dan sebelah bdn menjdi strok dn tidak mampu terus untk bergerak sblh knan dn kami sedya upaya membtu agar dia mampu bergerak sedikit kakak saya membawa anak saya kesini dn kali ketiga rwatan dia mampu berdiri dh cuba berjalan..sekarang masih lagi dalam rwatan untk dia kuat berjln

norinaomar said...

Alhamdulillah iya ke..

ayah kawan saya kena strok juga, nak cadangkan ke sini tapi dengarnya kawan saya dah hantar ayah dia berubat kat melaka..
memang tempat ni bagus dengan izin Allah , DIA ringankan penyakit yang ditanggung

semoga anak awak cepat sembuh ya

Raihana said...

Mak ana pun pernah buat rawatan kat situ selepas terkena minor stroke. alhamdulillah, mak ana dah boleh berjalan dan bergerak sendiri (dengan izin Allah). Ana minta izin copy gambar alamat dan time operation tu sebab In Shaa Allah, ana nak share juga dalam entry blog ana.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger