Pages

Thursday, February 9, 2012

Sombong Bongkak Ketika Takde Elektrik

Masuk harini, Khamis 9.2.2012, dah hampir 60jam kampung ni takde elektrik. (2 jam yang lalu,dah ada pun).
Bekalan lauk dalam fridge dah selamat direbus, dimasak,dimakan secara paksa,yang dah tak elok tu dengan pasrah n redhooo saya dan Sarah sedekah kat kucing dan tanah.Sayangnya...tapi apa nak buat. Itu aje pilihan yang ada.Esok maknanya berlauk telur,sardin,bilis dan ikan pekasamlah nampaknya. Syukur, Alhamdulillah.

Pagi tadi sebelum 7.30pagi, saya sembang-sembang kencang dengan member meja sebelah..

"eh,semalam macam ada karen sekejap".
"Ha'ah. 2 kali. Harapan palsu betul".

Saya sendiri dah lali dengan situasi macam ni. Kalau tak sabar pun, nak buat macamana. Tengah best2 sembang, ada makhluk sombong bongkak menyampuk perbualan kitorang.

"Eh,kenapa rumah aku je yang ada karen? Ni mesti korang tak bayar bil ni. Aku tak pernah miss bayar bil.Heran betullah kan?"

Kau bolehla sombong bongkak dan berlagak sekarang.Aku bakar rumah kau baru tau!....bisik je dalam hati,cakap depan saya tak berani pun.hihi!

p/s:Mentang-mentang kau sorang yang pakai generator.Esok dalam kubur kau pakai generator jugak ke?Kan gelap dalam tu.
Sekarang ni tiap hari 2, 3 kali mesti minum milo + susu nespray.
Air lain takmau dah.Ngada-ngada betul.

7 comments:

Q said...

Ahahaha..Noi, lama tak sembang..duk jauh ker ngn hubby sekarang?:) part kubur tu tak bleh blah...betui2...:)

norinaomar said...

hihihi yelah Q, awak kan dah bizi.
duk jauhla...jauh dimata dekat ditelinga =)

THE LEKAT LEKIT STORY said...

duduk kg kalau xde letrik x pe lagi.. duduk rumah tinggi2 cmni kalau xde letrik, xde air..dgn ada baby lg.. mau menangis jugak

Citarasa Rinduan said...

kalau libatkan kes elektrik time malam2 mmg agak sukar sikit...
lagilah kalau macam noi yang nak uruskan kerja sek..
mengajar kat mana tu>

norinaomar said...

cik lekit:tu laaagi scary!

norinaomar said...

kak ayu: saya ngajar kat Daro,Sarawak

mizzura said...

Kecoh arr member tuuu....

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger