Pages

Wednesday, February 22, 2012

ISU KFC:Pantang-larang sebagai pelanggan yang anda dan kita perlu tahu (PART 2)

Hai..selamat hari Rabu dan esok Khamis..

Merujuk kepada tajuk di atas,saya akan sambung kepada Part 2. Entri sebelum ni sila klik SINI.

sedap pulak tengok KFC nih!

Ada beberapa point lagi yang saya akan share..a little bit panjang tapi semua ni untuk kebaikan bersama.


1)Jangan cerewet nak pilih table.Duduk je kat mana mana table yang host dah assign,tapi kalau bukan peak period boleh duduk mana mana table asalkan bukan yang section closed.Section closed tu sebabnya boleh minimize kan space. Lagipun time mcm tak busy tak ramai staff yang diperlukan,pada masa yang sama memudahkan pergerakan pekerja untuk buat kerja.

2)Kalau food lambat,jangan tanya secara kasar. Tanya baik baik. Cukup tanya satu atau dua kali,lepas tu sila tunggu.Jangan tanya sampai 10 kali ,semua orang stress.

3)Elakkan menggunakan perkataan perkataan atau bahasa kesat,kurang ajar atau memprovokasi  pekerja,dibimbangi akan mencetuskan pergaduhan.

4)Kalau pekerja tak buat kerja yang sepatutnya,send feedback melalui email atau comment box,ceritakan pengalaman anda,berikan feedback secara jujur,kritikan membina,bukan perkataan berbaur emosi dan amarah ataupun mereka reka cerita.

5)Walaupun apapun status anda,hormati orang lain kalau hendak diri anda mahu dihormati. Kalau kita layan pekerja dgn baik,secara automatiknya,mereka akan layan anda dgn baik .

6) Semasa waiter repeat order,dengar baik baik,jangan dok asyik berborak. Bila makanan silap sampai nanti salahkan waiter. Jangan asyik berbual,fokus pada ordering food.
 
7) Bila mintak bill,sebelum bayar ,tolong check bill. Takut takut ada salah key in,maksudnya makanan yang tak dipesan termasuk dalam bill.

8) Ucapkan terima kasih &bagi tips seringgit dua. Pekerja akan lebih berasa dihargai dan bersemangat utk bekerja.

9) Kalau betul betul busy,contoh kita nak bil,masa tu takde siapa nak layan sebab terlalu busy,pergi sendiri ke kaunter buat bayaran. Daripada sakit hati tunggu waiter nak bagi bill,lagi senang & mudah.

10) Kalau nak buat take away,kalau busy tanya berapa lama makanan boleh siap. Jangan expect nak cepat je,mesti kena sabar.
 
11) Kebanyakan orang yang bekerja di dalam bidang ni bekerja selama 8jam sehingga ada sampai maksimum 16 jam sehari non stop dan BERDIRI, banyak menggunakan tenaga fizikal. Belum aspek paperwork,stress,pressure,penat jangan cerita,semua pihak kena memahami.....Cuba letakkan diri kita pada mereka,bayangkan kita buat kerja tu sehari je,try,sanggupkah kita.? Dimaki,diherdik,susah nak jumpa layanan baik campur sakit kaki berdiri berjam-jam.Kalau kita layan orang dengan baik,mesti orang layan kita dengan lebih baik,jom ubah!


11 comments:

Jue AbdRahman said...

mkn kepci pun ade pantang larang? huhu.. kepci bkn peberet sy, maybe sbb sy kurang gemor mkn ayam

zulfikar hazri said...

bagus2!!! thumb up! deyy like button mana noi?

norinaomar said...

Jue:bukan pantang larang makan KFClah Jue..ni pantang-larang sebagai pelanggan kedai makan atau fast food

norinaomar said...

aku tak reti nak bubuh like tu la..nanti aku gugel tutorialnya

THE LEKAT LEKIT STORY said...

asben kita kalau dia x puas hati memang dia akan komplen melalui email. lebih baik mcm tu dr dok maki hamun x tentu pasal. nampak x pro sgt. atau kalau kita gi makan kt restoren2 bkn fast food ni.. kalau layanan tak memuaskan kita blah je lepas order. tp sejak kawen & ada anak ni nampaknya kitorang lbh byk sabar. tak buat dah perangai order lepas tu blah.kekekekekeke

norinaomar said...

baguslah macam tu cik lekit..huuu rasanya saya tak punya kekuatan kerja kat bidang F & B ni..tak cukup tabah

missSenget said...

cikgu noi ni mesti sgt bertoleransi orangnye..

selalu orang cari2 pasal ni dengan harapan bole makan free kot..?

kalo kat pizza kan, die lambat hantar, bole kurang hrga.. hihih..

Sam Banjamin said...

entry bijak... saya tulis entry KFC kelmarin... Puan Noi eleberet kan lagi... bagus2... jadi.. semua pengguna kene take note isu yg puan lontarkan ni... syabas dari saya...

blog-tips-kurus said...

say nak <kan masuk restoren fast food. nice tips! :-)

mizzura said...

Cashier repeat order mmg termasuk dlm kpi kitorang...jadi dgrla baik2...jgn dok angguk je...

-bekas pekerja kfc....

Min Min said...

KAk Noi, baru perasan pasal entry kak noi, dulu org keje F&B.mula dr trainee sampai jd trainer pulak.
Sebenarnya mcm2 ragam pelanggan ada dan sekarang bila dah bukan dlm dunia F&B bila org complaint bagai, sedikit sebanyak org pun terasa sebab depa tak penah lalui pandai cakap je.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger