Pages

Wednesday, February 29, 2012

Bila nama anak panjang

Assalamualaikum dan Selamat Hari Rabu ye kawan-kawan.Harini 29 Februari dan kita akan jumpa tarikh ni lagi 4 tahun.=)

source: google

Beberapa hari kebelakangan ni aku sibuk key in data murid dalam aplikasi pengkalan data.Mujurlah budak sekolah ni tak sampai seratus tapi jenuh juga nak eja nama satu-satu. Rata-rata budak sekarang namanya kemain canggih..Cuma 4 perkara yang aku nak komen pasal nama yang panjang ni.Terlebih dahulu aku nak mintak maaf kalau kalau ada yang baca entri ni terasa hati ke.Ni aku cakap jujur nih!

Nombol 1-Ikut peredaran semasa katanya

Yelah tu ikut peredaran semasa..Bab bab yang ni nak pulak ikut peredaran semasa.Sehinggakan kat website ini pun ada senarai 'Malaysia's top 50 baby names 2011.Fullamak..canggih wooo.Takde salah pun nak ikut peredaran semasa, tapi..mari kita lihat komen seterusnya.

Nombol 2- Nama panjang tapi taktahu nak eja nama sendiri

Ni lagi satu masalah terutamanya kepada cikgu cikgi.

Kepada ibu bapa yang budiman, jika tuan puan mendapati nama anak anda melebihi 10 aksara.(amboii canggihnya perkataan aku guna ni!), sila pastikan sebelum anak anda masuk Tahun Satu, anak anda dah khatam menulis nama sendiri dengan cemerlang..(tanpa mengintai tanda nama atau nama kat buku tulis).
Jika tidak, fenomena cikgu menuliskan nama sepanjang masa dan budak tu sendiri akan tulis nama yang paling pendek akan terjadi.

Sebagai contoh,nama dia "Muhammad Al-Fattah Karimi Afiq Syafarin bin Muhammad Fadhil Asaari"

Percaya cakap saya, bagi budak yang masih takboleh eja nama sendiri sudahnya akan tulis 'AFIQ' kat kertas latihan dia.Hmmmm..penat mak bapak fikir nama selama sepurnama.

Nombol 3-Berbaloi bertarung nyawa beranak katanya

Ni aku ada terbaca kat FB member aku yang baru je habis pantang

Pulak dah...

Nombol 4 - Kesianlah kat orang lain

Kesianlah kat staf JPN..kesianlah kat staf Imigresen, kesianlah kat cecikgu, kesianlah kat semua orang yang kerjanya taip nama orang.Sekarang ni nak key in markah periksa semua online.Isi data murid pun online.Kalau namanya panjang sampai 10 kilometer,darab pulak 3400 budak satu sekolah, orang sihat pun boleh jadi demam kuskus...Hish..mintak dijauhkan!

"Eh, awak nak merungut ni apasal?Dah tugas awak, buat jelah.."


Jawapan saya ,"Meh sini, aku bagi jelingan maut!"

(Off topik jap..masa korang sekolah sekolah dulu main tak cakap "woi,kirim salam maut kat jiran ko tu ye!!" hihihi.)

* Doakan bapa saya Omar bin Marmin sihat dapat berjalan semula..
Abah sakit Noi tak dapat balik =(

13 comments:

zulfikar hazri said...

aku merasai masalah2 diatas iaitu nama aku panjang, aku dah bertekad kalau aku ada anak nanti, aku nak buh nama satu perkataan je, macam ahmad, siham, najat, najwa..

no more nama pepanjang...

norinaomar said...

bagus Ikar!!!

aku pun nak nama anak pendek2 je..Insya Allah

THE LEKAT LEKIT STORY said...

saya pun pernah buat entry pasal nama anak panjang sgt ni.. blh lak yer nama panjang dikaitkan masa beranak.. kalau camtu shahila nama pendek, mummy dia pun senang bersalin pun blh di kait jugak la.
P/S : Manalah tau kot2 cikgu Noi jd cikgu shahila nnti mesti x komplen nama shahila kan.. senang je nak taip. kekekekke

norinaomar said...

cik lekit:hahaha aah kan manalah tahu shahila jadi anak murid saya..senangggggg nak eja!

Cik Am said...

salam cik noi...ketemu meneh..hehe..

sekarang ni kan..rata-rata,nama-nama budak ada 3 perkataan..dah jarang yang cuma satu perkataan..yang 3 perkataan tu pulak..puh..berpinau kadang-kadang nak sebut nama dia..hehe..

norinaomar said...

cik am..mana ko menghilang ni eh..

betul betul..memanglah anak aku,aku punya suka lah nak letak nama apa..tapi dengan komen2 di atas, kasik diorang ni fikir 3,4ploh kali skett..kalau nak fikir laa

missSenget said...

aku pernah terfikir nak letak nama anak melur, mawar, dahlia..

klasik kan..?

hiks..

tapi x rasa pn partner aku setuju.. Y__Y


cikgu noi,,jhr jaya tu sgt jauh dr umah aku.. sejam setengah ada kot..

Sam Banjamin said...

maaf lewat jenguk... isu nama panjang? ikut trend.. nama panjang... sesekali dulu ade trend gabung nama anak tu ngn nama orang putih... gabriel yunus bin latip.. contohnye... ade trend, namakan anak perempuan dengan nama yg ade bunyi 'sya sya' gitu... contohnye nur aqila antasya... nisya anisya shisya baizura... wahh... trend gitu.. tapi, nak bagi nama, kene faham jugak makna disebalik nama tu.. nama tu doa... kan... kan... kan cikgu kan..?

jom ke blog saya...

http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/02/kian-melayu.html

sudi2 baca dan komen... mari terus saling support di Gerila Penulisan Kreatif...

Sam Banjamin a.k.a Zulkifli Sa'don
(pengasas gerila penulisan kreatif)

jom ke blog saya...
http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/02/kian-melayu.html

sudi2 baca dan komen... mari terus saling support di Gerila Penulisan Kreatif...

Sam Banjamin a.k.a Zulkifli Sa'don
(pengasas gerila penulisan kreatif)

norinaomar said...

senget:best tu senget! klasiko..macam manis dan harum je bunyinya!


sam:orait!

yusri said...

tak sangka nama anak aku no 6...masa bagi nama tu tengok dalam buku....mungkin ramai yg tengok buku untuk bagi nama anak tu yang jadi sama semua tu...

mizzura said...

Ada satu ms tu rmi org ank nm batrisyiakan.... Pengomen no 3 tu xbole bla.. Mmgla dia yg push kuar..tp ko yg wujudkan baby tu.. (emo)

Ayah nonoi sakit apa...smoga nonoi dpt transfer ke smenanjung n smoga ayh kembali sihat.. :-)

Qyla Aqilah said...

And lagi satu, sian kat budak2 tu nak tulis nama masa exam..tulis nama jer stgh jam..tmbh2 masa exam besar yng nak highlight pakai borang OMR tu..kan?ada lagi ka?hahaha

Cik Benang said...

Kaann... Nasib baik nama I simple je noq. empat huruf saje.. Isi borang apa2 sekelip mata dah siap. classst! Kalu anak pompuan u ols, menagis la bakal suami nak akad nikah nnti.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger