Pages

Thursday, January 19, 2012

Tok Imam kata saya kedekut

Hai..harini tamak melanda sebab update entri sampai 2.Eh,suka hati kitew leww.
Kenapa tamak?Sebab guna schoolnet yang extremely lebih laju sedikit dua berbanding brokben yang ketinggalan di tempat tercorot.Sian u brokben..I curang pada U seketika.

Ok jap,nak bagi iklan bergambar jap..Jap eh..


pic ambil dari FB kak arry n nadir~kita curi =p


Okeh..sebenarnya nak cerita pasal masa saya nikah haritu.Saya dapat gelang dari J,tapi saya tak bagi dia apa2.Kan kebiasaanya..eh kebiasaan atau trend atau wajib atau adat or apa ye?Ahh..biasanya ajelah.Biasanya petantin perempuan akan bagi cincin kat petantin laki.


Tapi dalam kes saya ni,saya memang tak bagi apa-apa kat J.Sebabnya yang pertama dia tak pakai cincin.Dan yang kedua saya takde bajet untuk cincin tu.Dan yang ketiga saya memang tak bubuh dalam list pun pasal cincin ni.Yang keempat..ermm...ermm...(thinking mode).

Lepastu,tok imam pun kata "Okey,yang pengantin laki bolehla bagi apa2 yang ko bawak tu bagi kat pengantin perempuan.Entah cincinke,gelangke,rantai ke..ikut suka kaulah."

Then dia tanya,"pengantin perempuan takde bagi apa-apa ke kat suaminya?''. Saya sengih-sengih je,"takde tok".

Part dia nasihat tu yang terkedu,"Ni lah perempuan..dia nak macam-macam.Lakinya tak dibagi.Kedekut betul."..eh ayat ni bukan 100% dari ayat Tok Imam ye.Ada alter sikit sebab ada masalah ingatan sekejap.Tapi isi kandungannya gitu la.

Sampai sekarang saya fikir...wajib ye kalau bagi cincin kat laki.Kalau tak bagi tu macam tak patutke.
Dalam hati je lah kata , "TOK,SAYA TAKDE BAJET TOK...DUIT YANG ADA SIMPAN UNTUK MASA DEPAN".


Oh bojo ku..mari kita lawan lobang hidung sapa lebih beso?hahaha!

p/s:Berat badan dah balik kepada asal.Ohh kena lepas ni kena makan nasi dengan pinggan sekali nampaknya!













10 comments:

InaAchik said...

hahahhaha...
tapi susahla nak beli cincin kat laki ni. masa kawen ina bagi cincin suasa kat achik, skali... baru tahu suasa tu laki xleh pakai rupanya. skrg jadi tukun dlm laci... ;)

norinaomar said...

betul2 sangat...kalau yang boleh pakai tu jenis palladium.Harganya fuh fuh fuhhhhhhhhhh

zulfikar hazri said...

bukan masalah wajib ke kena ke tak. bagi sebagai goodwilling. pemanis cara...

ala cincin silver batu aked baru RM50 je NOi oiiiiiiii....

kau ni pun.. save sangat nak beli tempe!

norinaomar said...

ikar:ooooooo..mak apak aku takde bunyik2 pasal ni tu pasal aku tak beli cincin ~alasan

FasiHaH SupiaN said...

bojo?jowo ke kak?haha

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sy pun x bg apa2 kt asben masa nikah. sy pn x tau benda tu adat ke trend. sbb kalau kt kg sy ni kebanyakkan memang pmpuan x bg apa2 kt lelaki.. selain hantaran bertukar dulang tu jer. skrg ni br nampak trend2 pmpuan bg cincin kt laki

Anonymous said...

Fs:haah kita jawe!

Anonymous said...

Cik lekit:betullah,takpela masing masing kan..i takde dlm list hihi...

mizzura said...

terpulang ler nk bg ke tak...takyah mahal2 pun..kalo bg adala kenangan cincin kahwin..hehe...kita pun nnt bg laki mcm2 apa...---->anak

Hazilah Aini said...

aku pun tak bg ape2. semua dlm family aku pun takde plak adat or budaya mcm tu.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger