Pages

Thursday, January 5, 2012

Saya Sayang Abah Saya...dua situasi yang berbeza

Assalamualaikum dan selamat hari Khamis..
Kata ganti nama diri 'aku' digunakan dalam entri ni.

*Masa taip entri ni entah kenapa airmata ni laju je mengalir.Taktahu =(

Aku just nak share dua peristiwa yang berlaku betul-betul depan mata aku.Aku rasa betul-betul terusik time aku duduk sorang-sorang dan aku bandingkan pulak dengan apa yang abah dah korbankan kat kami 6 beradik sepanjang dia besarkan kami.

#1-Staf KFC,basikal ayah dan cium pipi

Aku dan Ujang (adik bongsu aku) baru je lepas beli Dinner plate KFC tapau kat KFC dekat bus stand Batu Pahat.Tiba-tiba aku speechless tengok sorang budak KFC ni nak pergi kerja.

Tidak..aku bukan speechless sebab budak perempuan tu mekap tebal.
Tidak..aku bukan speechless sebab budak perempuan tu pergi kerja naik BMW.
Tidak..aku bukan speechless sebab budak perempuan tu muka sebijik 'plek plek' macam muka aku.

Aku speechless sebab tengok budak perempuan tu pergi kerja dihantar oleh bapak dia dengan menaiki basikal (dia duduk carrier belakang,bapak dia yang kayuh basikal).

Aku masih dalam kereta masa tu. Aku perhatikan basikal tu lalu sebelah kereta dan akhirnya bapak dia berhenti sebelah KFC tu.

Dan aku speechless bila aku tengok budak perempuan tu salam tangan bapak dia dan dia cium pipi bapak dia kiri dan kanan.

Dan aku beristighfar dalam hati sebab aku telah bersangka buruk pada budak tu ..aku sangka budak tu akan menonong sambil muncung-muncung masuk dalam KFC tu sebab malu bapak dia hantar naik basikal pergi kerja.

Dan aku sangat bersyukur kerana Allah izinkan aku untuk melihat perkara yang baik untuk memberi aku pengajaran dan kesedaran supaya mensyukuri apa yang dianugerahkan kepada kita.

#2-Saya famous,motor besar yang dah 'bobrok' dan sanggup jalan kaki.

Kisah ini berlaku pada tahun 2000.Aku tingkatan 5 masa tu.
Aku bukan nak ngumpat pasal orang tapi aku nak jadikan iktibar kepada aku dan sesiapa saja yang baca blog takbest aku ni.
Aku bukan jugak nak kutuk tuan punya badan tapi aku sentiasa doakan supaya dia menyesali atas perbuatan dia dan manusia memang tak lari dari buat silap.


Aku berjalan kaki ke gate utama sekolah sorang-sorang.Aku nampak junior aku ni jalan menuju ke arah bapak dia yang dah lama tunggu dia balik sekolah.Junior aku ni memang famous kat skolah,tingkatan 4 dan sedang hangat bercinta dengan mamat aktif sukan kat skolah yang sebaya dengan aku tapi kelas lain.

Masa aku melepasi dengan kadar yang perlahan dua beranak tu,aku terdengar perbualan ni..
"Ala..abah ni.Nape tak tunggu kat pekan.Nanti orang nampak malulah kita."

Ya,aku masih ingat dialog tu.
Ya,aku tak tipu pasal dialog tu.
Dia malu bukan sebab bapak dia tak hensem.
Dia malu bukan sebab bapak dia cacat.Tidak sama sekali.
Dia malu sebab bapak dia pakai unform kebun.Bapak dia pakai motor besar yang kondisinya layak diletakkan bawah rumah jadi tempat ayam mengeram.
Ya,dia malu sebab itu.

Tanpa berkata apa-apa,junior aku tu menonong jalan ke pekan meninggalkan bapaknya yang terpinga-pinga.Dan aku pasti junior aku tu akan naik motor bapak dia di pekan,tanpa dilihat oleh sesiapa.

Kini,pakcik tu dah tiada lagi.Arwah meninggal dunia dalam kebun (aku tak ingat tahun berapa dia meninggal ) dalam keadaan terlangkup dan bersendirian.
Dan aku lihat seringkali junior aku tu meng'update' status di Facebooknya mengatakan 'Rindu abah'..."teringat arwah abah'...etc etc etc..
Dalam hati aku,'moga kau ingat kesilapan yang telah kau lakukan dan kau menyesali atas perbuatan kamu itu.'

Aku bangga jadi anak abah aku..




 
abah aku bukan tengah karaoke lagu SM Salim masa ni,tapi tengah bagi ucapan masa kenduri haritu..

9 comments:

zulfikar hazri said...

okey sedih aih cerita ni.. Uuuuhai...


ingat lagi pergi sekolah mama hantar naik suzuki best, sebab basikal hilang kena curi.

hehhe

Anonymous said...

Tulah....syukur dapat abah yang baik

Cikpuan rara said...

rara syg papa rara jugak T___T

norinaomar said...

ikar:mak aku tak hanto aku g skolah sebab dia kerja shift pagi

norinaomar said...

anonymouse:alhamdulillah..awak pun sama kan?

norinaomar said...

rara:kita pon sama!!!

missSenget said...

suka cerita yg 1st tu..

pandai ayah dia didik anak..

uhuu..
da besar2 ni x cium abah da..

norinaomar said...

senget:cium ajelah....abah kita kan bukan sapa pun

Tinta Emas said...

baca entry nie terus teringatkan abah saya kat kampung...

walaupun dia garang tapi dia tetap sayang anak2...

memang dia sangat berjasa..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger