Pages

Saturday, December 31, 2011

Honeymun yang gagal..

Assalamualaikum ..
Entri terakhir di tahun 2012 dan entri ini merupakan kisah terpahit tapi ada manisnya dalam tahun ini.

Susahnya mencari momentum untuk menaip entri, rasa kejung jejari jemariku,ayat pun dah tunggang langgang.Maklumlah tak sekolah,hihi.

Baru taip tajuk pun dah terasa sebaknya bila teringat-ingat.Pengalaman yang betul-betul dapat memberi maklumat dan pengajaran kepada kamu kamu,tuan-tuan,puan-puan,akak-akak,adik-adik,baik laki-laki mahupun perempuan,tua ataupun muda.

*Peringatan:Bacaan ini sesuai untuk mereka yang berfikiran terbuka dan bukan kategori geli geleman ye.

.................................................................................................................................................

Baiklah beginilah kronologinya ya..Tarik napas....lepas...

26 November 2011 (Majlis bertandang di Felda Papan Timur,Kota Tinggi, Johor)

Rasa semangat betul harini.Maklumlah,nak dikompangkan lagi sekali.Tapi ada rasa tak best plak kat tempat keluar najis besar tuh,apa nama sopannya ye nak panggil? Baiklah,kita gelarkan ia di sini sebagai 'LP =Lubang Punggung'.Rasa macam ada benda tak selesa terselit kat LP tu.Baiklah cik Noi,abaikan saje..awak kan nak cantik cantik harini."isyk,time ni lah bontot terkeluor," bebel saya kepada diri sendiri.


Masa kat rumah bersanggar (rumah kazen saya) baju dah pakai,mekap dah pakai,tudung dah pakai,tapi jalan terkengkang-kengkang sambil mencuba masukkan 'benda' terselit tu sampai makcik-makcik tegur. 

"Weh,ko kenapa Noi?Cuba jalan betul-betul!"

"Heee..bontot terselit ni!"

"Eeiii,kemproh betul.Hahahaha!" lalu saya diketawakan secara berjemaah.

Maka,majlis pun berlangsung dengan meriahnya.Sambil-sambil tu saya mencuri-curi peluang nak betulkan LP saya.Tak sakit tapi tak selesa.

Malam lepas makan,saya ngadu kat Mr Jay @ J @ Julaihan or senang kata laki saya lah,pasal LP saya yang macam ada something bengkak dan rasa tak best.So, dia tengok sendiri LP saya tu dan ajak saya ke Poliklinik Penawar, Bandar Penawar.
Lalu kami pun g lah klinik,tanpa semua orang dalam rumah tu perasan ketiadaan kami sebab diorang tengah bizi kira duit salam keruk =)

Dokter tu kata saya kena buasir,ye saya ulang ianya ialah buasir tapi baru tahap awal.Dia bagi ubat kecutkan usus yang sebiji harganya RM4.Misi kat situ suruh beli sikit je.Try dulu 3 hari katanya.
 

27 November 2011 (Hari Kejadian)

Bangun awal pagi untuk sesi membasuh periuk.Fuh fuhyoo..berjam jugaklah nak habiskan tapi yang bestnya kat rumah PIL ni tak payah basuh periuk yang besar-besar n berat tu yang macam rumah saya.

Then,siap-siap nak ke JB sebab nak hanto adik saya Azie ke Terminal Larkin (dia tido rumah PIL saya sebab dia jadi camerawoman kami) dan kemudian kami g kenduri kawen kat Kg Melayu Majidee.Sakit Kat LP masih terasa tapi tahankan aje.

Singgah Guardian dan masa ni Mr J suggestkan beli Cleanx Tea ni.Bagi senang u'uk katanya,almaklumlah saya ni susah nak u'uk sebab tu kena buasir.

 
Malamnya,sesi open table kat Dataran Penawar.Baliknya tu saya terus minum Cleanx Tea ni dengan penuh semangat supaya takde masalah u'uk.

Lebih kurang pukul 2.30pagi,perut saya memulas-mulas,rasa tak sedap dan sakit sangat. Saya terus ke jamban dan ..brrrrrrrr!!! Cherry berry yang sangat luar biasa diiringi muntah muntah dan muntah serta muntah.

Kecoh jugak masa tu sebab ada lelaki2 tak tidur lagi sebab tengok bola.Saya muntah,muntah dan muntah,masuk jamban keluar jamban,muntah,jamban,muntah sampai lembik jadinya.Dan terus ke Poliklinik Penawar kat Kota Tinggi pulak dapat injek barulah terus stop saya punya cherry berry.

Esoknya..kecoh satu rumah pasal saya muntah-muntah.Siap ada anak buah sorang tu tanya, "eh cik Noi dah mengandung ke?" Banyaklaaaa....

28 November 2011

Buasir saya tu dah jadi luka,jalan memang terkengkang-kengkang dan azabnya Allah je yang tahu.Siap pakai 'pad' sebab berdarah all the way.Solat pun kena duduk.Sakit weh..sakit sangat.

Tak cukup dengan ubat klinik kesihatan,saya cuba klinik buasir kat Kota Tinggi.Encik tu bagi pil herba,ubat cuci dan ubat sapu.Dan alhamdulillah,hasil gabungan ubat Klinik Gomen n Klinik Buasir maka pada kesakitan tu dah berkurangan.

Sepatutnya kami ke KK,Sabah untuk hanimun pada 29 November tapi setelah fikir banyak kali buat apa jalan-jalan tapi sakit,sudahnya tak dapat nak enjoy pun.Saya anggap ini bukan rezeki kami dan saya redha.

Sebagai ganti, 4 hingga 9 Disember kami buat road trip guna bajet hanimun ke KK tu dari KL-Kuantan-Kuala Terengganu-Cherating-Melaka.Road trip yang sangat bermakna,jimat belanja sebab makan tengahari sepanjang road trip adalah percuma(makan kat rumah orang) dan penginapan 3 malam juga adalah percuma.Untungnyaaaaa....

Punyalah panjang kan?
So moral of the story...

1)Saya kena rajin makan buah dan banyak minum air untuk lancarkan u'uk.(part ni memang liat)
2)Jangan angkat benda berat-berat.Saya akui masa nak kenduri tu saya banyak angkat berat-berat dan tak rehat langsung.
3)Jangan ambil remeh kalau ada sesuatu yang tak selesa pada LP.
4)Kalau memang ada atau pernah kena buasir,ikhtiarlah guna apa cara sekalipun.Saya taktahu ubat mana yang betul-betul berkesan sebab saya gabungkan ubat Cina tu dengan ubat Klinik Gomen.
5)Saya akan sentiasa standby ubat bernama Dulcolax dalam simpanan saya,kalau agak2 dah 3 hari tak boleh u'uk tu bolehlah telan.

Liquid Parafin - ubat lembutkan najis


Dulcolax-ubat sembelit


Ubat peluru-kecutkan usus yang bengkak

Terima kasih yang tak terhingga kepada Encik Roommate ku yang setia mengubat saya,cucikan buasir saya,sapukan ubat sampai saya sembuh.Terharu sampai sekarang kalau nak derhaka sikit pun tak jadi sebab mengenangkan jasanya (T_T) huhu..srotttttt( lap hingus).

Sekian,terima kasih..









11 comments:

zulfikar hazri said...

peh peh peh menakutkan...

ko nyanyi karoke, tak pun ko jerit2 kuat2 kot.

tapi bab penat ngan angkat benda berat2 tu faktor utama la...


lain kali. banyakkan makan buah dan sayur.

norinaomar said...

tu pun salah satu faktor kott..=p

Insya Allah lepas ni akan jaga makan..

TQ ikar

Mimin said...

jgn mkn pedas. dlu i pon ade buasir. kne jage care duduk n baring.

norinaomar said...

serius ke mimin?saya dah kurangkan skit makan pedas ni..

missSenget said...

kesiannya..!!

makan buah byk2..minum air pun byk2..

jgn liat sgt..

piat tinge kang..!

norinaomar said...

amboiii...

btw tenkiu ciksenget!!!

Cikpuan rara said...

huaaaaa sakit nya.rara pon ada masalah ni.tp tak teruk.buasir ni sakit keturunan ke eh?family rara belah ayah sume ada kot.

norinaomar said...

yeke rara...saya pun mula2 tak teruk.jadi luka tu sbb kena cirit birit.saya tak pasti if ini keturunan atau tak..rara kena beware tau!

Tinta Emas said...

kelakar juga baca entry ini..

apa2 pun memang kena hati2 dlm pemakanan..banyakkan minum air..

InaAchik said...

noi...
kite kesian ngan kamu...
dlm masa sama nak tergelak pon ader... tapi sumpah kesian sebenarnya...

kamu jaga mkn yer noi... xmo degil liat mkn buah n minum air byk2 tau...

kite beli detox sebab nak kurus. tapi tak larat nak berry... ;p

mizzura said...

Hehe...zura rime belah laki plak lembik sebab demam siap paksa doktor enjet tp semua tamo sbb low blood...kesian noi...tbyg ms tu mesti stress n bz gile..

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger