Pages

Friday, October 14, 2011

Tumpang simpati nasib budak ni

Selamat hari Jumaat..saya bukan dilanda sindrom writer's block macam Enchik Zulfikar , tapi malas bercampur kekeringan idea tahap maksimum.

Tapi hari ni nak berkongsi satu kisah benar yang diluahkan oleh seorang kawan saya yang cikgu juga. Dia mengajar di SK Sungai Tua Baharu,Selayang.

Ini dia..




Memang kesian sangat.Menurut kata kawan saya ni , family budak ni ada dapat zakat asnaf, tiap-tiap tahun dapat peruntukan tapi faham-faham sajalah kalau duit tu dah jatuh ke tangan ibubapa yang tak bertanggungjawab.

Katanya lagi,buku-buku teks budak tu habis bapaknya jual kat recycle centre,kesannya anaknya langsung tak ada buku.Badan pun macam tak cukup zat.

Taktahulah cara macamana nak selesaikan perkara macam ni.Di mana-mana pun ada.Masya Allah..

7 comments:

aizamia3 said...

sedihnya baca entry ni..
cuba bawa perkara di pihak atasan.. cari jalan penyelesaian.. takkan semua guru kat sekolah tu nak lepas tangan.. elok dibantu murid yang macam ni.. kita kena bagi sokongan pada murid tu..

norinaomar said...

kesian kan?
saya rasa kawan saya tu dah bagitau guru besar dia..Mudah-mudahan ada jalan penyelesaian

Zulfikar Hazri said...

awan mendung je bila pikir masalah ni.. hurmmmmphhh...

kene mintak KEMAS bantu la kot...

norinaomar said...

kawan aku dah bgtahu Guru besor n PIBG,and so sad sebab diorang bagi alasan macam2 sebab malas nak ambik port

THE LEKAT LEKIT STORY said...

mungkin ada jalan utk membantu. kalau bg duit tiap2 bln confirm mak bapak dia habiskan.. rasanya blh tlg dr segi sedikan buku2 & makanan tambahan ker.. entahlah. susah nk ckp kalau family mcm tu, kan??

norinaomar said...

betul cik lekit,susah sangat nak tolong macamana..kawan saya cakap memang tak boleh bagi duit sebab parents dia akan ambik n habiskan..tiap2 pagi budak ni n adik2 nya macam mintak sedekah kat mak dia depan pagar sekolah,tapi mak dia marah-marah.

mizzura said...
This comment has been removed by the author.

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger