Pages

Monday, October 31, 2011

Tiga Perkara Tentang Peperiksaan

Minggu ni minggu exam..cikgu yang paling syok sebab tak payah ngajar tapi semputlah nak tanda kertas exam n key in markah.Apa nak buat,tanggungjawab dan amanah.Sampai umur 60 oiii..
Agak-agak kalau dah tak larat nak panjat tangga sekolah,saya nak hantar surat permohonan kat Encik Guru Beso untuk booking kantin dalam tahun semasa jadik kelas.Sapa nak belajo dengan Teacher Noi,kelasnya kat kantin.Sapa malas,kena belanja Teacher Noi ngeteh kat kantin.Aci je..takboleh stress,tenaga nak pakai sampai umur 60 ni!

Baiklah kawan-kawan,ada 3 perkara super jengkel tentang peperiksaan yang saya nak share. Tajuk ni pernah diletak kat blog cik LORD ZARA, tapi saya buat versi saya.Kira palagiat tak ni?

Perkara Nombol 1

Masa nak ambik UPSR dulu,masa taklimat ada cikgu pernah cakap."Kamu jangan bimbang ye jika pensel atau alatulis kamu terjatuh,pengawas peperiksaan akan ambilkan untuk kamu."

Maka,sebagai anak murid skema yang percaya dengan kata-kata cikgunya,buatlah aksi sedemikian. Saya sengaja jatuhkan pensel atas lantai dengan buat muka mengharap supaya Cik Pengawas Peperiksaan UPSR akan tolong ambilkan.
10 saat...23 saat...45 saat..1 minit...10 minit....hampeh!Last-last saya ambik sendiri.Cikgu tipu!!!

Perkara Nombol 2

Biasanya berlaku kat kelas tahun 1 atau 2.

"Cikgu Noi,yang ni nak buat macamana?" Tetapi sebenarnya yang mereka maksudkan ialah...

"Cikgu Noi,apa jawapannya ni?"

Sebenarnya diorang tahu nak buat,saja mengada nak tanya.

"Lepas ni, siapa tanya soalan,dapat markah kosong".Gerenti tak tanya dah.

Perkara Nombol 3

Sibuk nak tanya.

Psstt..pinjam pensel!

Psst..mencari dalam bahasa Inggeris apa?

Psst..apa jawapan nombor 5?

Psst..(sambil tunjuk kertas soalan)

oho..ye saya selalu buat jugak masa sekolah dulu,masa kat U pun sama,hahaha.Korang pun jangan tipu ar,sikit pun mesti ada buat jugak kan kan kan kan?

Sekian sahaja untuk hari ni.Tak iron baju lagi ni weii..


tangan ini milik baby michelin

10 comments:

Ekmi Rabat said...

haha teringat zaman sekolah dulu. saya mmg kategori nerd yg percaya bula2 kata2 pengawas. mujuq lepas dgn baik

Zulfikar Hazri said...

hahaha, yang no 3 aku selalu sangat buat... hahaahaha


no 1 tu aku pernah buat, tapi mcm ko la.. last last kutip sendiri...


Nombol tu Nombor dalam bahasa Melanau ke Noi?

norinaomar said...

Ekmi : Kita samalah..bukan nerd tapi skema

norinaomar said...

ikar:Nombol tu ambik dari ayat mak aku.mak aku suka cakap nombol..

Ko dapat nombol berapa Noi??

begitulah kisahnya....

Sufia Mahzan said...

Comellah ko ni Noi..apsal ko tak buli pengawas pekse tu. Aku dulu pensel jatuh, aku angkat tangan.
"Pensel saya jatuh"
Haha..dia kutip ape..hehe

Atuk aku pun sebut nombol..hehe

norinaomar said...

Pia:Cikgu aku tak suruh bagitau kat cik pengawas tu pon..tu yang aku senyap je,hahaha

see..orang jawa memang sebut nombol

Anonymous said...

orang johor memang sebut nombol lah........unik ehh..

norinaomar said...

orang johor aje eh?tempat lain takde eh?

THE LEKAT LEKIT STORY said...

amboi tangan baby sapa la tu.. teringat ms PMR dulu.. akibat dewan penuh separuh pelajar kena amik exam dekat 1 kelas termasuk sy.. yg best pengawas dewan tu blh tido.. apa lagi ramai la buat operasi meniru.. nak2 time tu math. Tp sy x tiru.. ms tu fikir x best kalau dpt result tak tau takat mana kemampuan diri. mcm2 gud2 jer.. ke ego.. @ berlagak pandai walau math x dpt A pun tp ok la.. confident jawab sbb soklan senang

Sam Banjamin said...

sam pernah kantoi ape.. siap kene rampas kertas jawapan lagi... hampeh punye kawan... ade ke die ajak borak2 time pekse... nasib baik la tu cume pekse akhir tahun.. and nasib baik la cikgu tu cume gertak je.. kalau tak.. saje dapat markah 0...

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger