Pages

Friday, October 7, 2011

Perkara yang saya teringin nak buat

Selamat Hari Jumaat..Semoga Jumaat ini memberi berkat kepada kita semua. Okey, nak share khabar gembira ni.Rasa tak sabar nak tunggu 4haribulan depan sebab dah beli tiket balik (cuti raya haji).Dapatlah nak menjenguk persiapan sebelum balik hujung tahun.Korang semua mintak doakan saya dapat pindah Johor Bahru tahun ni ye.AMIN....

Harini saya nak share perkara yang saya teringin sangat nak buat.Taktahulah bila nak tercapainya sebab banyak sangat cita-cita dan impian,last-last satu apa pun tak dapat.

1)Tunggang kuda



Kebiasaannya,apa yang saya perhatikan tunggang kuda ni untuk golongan berduit.Tapi tu untuk sesiapa yang nak melibatkan diri secara profesional.Kalau sekali sekala nak tunggang kuda sebagai riadah rasanya tak jadi masalah kot.Macam best je hanto anak g kelas tunggang kuda.*Berangan*

Kalau kat Johor ada 2 tempat rasanya.1 kat Pontian,(haritu tengok kat FB member saya), satu lagi kat Gelang Patah, resort ni namanya Leisure Farm Resort.Nak bercuti di sini pun bisa aja!

2)Ice Skiing

Kalau nak main ice ski ni of course lah kena g obersea.Hmm..nampaknya yang ni takdapat nak buat sekali-sekala lah.Teringin betul nak main salji,main ice ski..main lomba-lomba ...waaaaa!Kat I-City Shah Alam katanya dah boleh feel salji-salji.Tahun depanlah pegi yok, Mr J Bakal Roommate!




Korang tak teringin ke macam saya?

 3) Naik helikopter

Masa masing-masing lepas praktikal masa degree dulu ada sorang coursemate saya praktikal kat Jabatan Alam Sekitar Sabah.Yang membuatkan saya super duper jealous,dia dapat naik helikopter woh!!Diulang sekali lagi,NAIK HELIKOPTER!


Lagi sekali saya ulang,naik helikopter woh.Punyalah impressed masa tu.Katanya nak tengok pembalakan haram kat hutan sekitar Sabah.Peh!Tapi impian saya yang ni takkan tercapailah kan.Gila ke apa nak beli helikopter tak pasal-pasal.Psstt..YB kat area sini nak pegi kampung-kampung yang kat Pulau naik helikopter tau!
Tak dapat naik helikopter,tapi dapat bergambar sebelah helikopter pun jadilah.(sorry,gambonya takde,dalam laptop yang dah Innalillah tu)

4)Scuba Diving a.k.a menyelam

Scuba diving ni semua orang tahu dia tak sama dengan snorkelling.Kena ada lesen baru boleh menyelam.Dan melibatkan kos yang tinggi jugaklah.Nanti-nantilah....simpan dulu angan-angan untuk masa depan.


Jadi,kawan-kawan sekalian,apakah perkara yang anda teringin nak buat?Marilah kongsikan di sini....

p/s:Teringinlah pulak nak makan Mi Bandung Muo!

12 comments:

missSenget said...

semua pun xpenah buat lg..


teringin juga..

eh..naik kuda penah..tp 5minit je.. T__T

xsempat nk klimak

norinaomar said...

miss senget:at least pernah kan...next time ada rezeki trylah lagi..(psstt..ko naik kuda kanak-kanak ke?hehehe)

yuyuy ekyn said...

cekgu : kt jb lg satu tmpt tunggang kude.UTM skudai.kude.nk blaja situ pown bley.sllu tmn mmbe g blaja tunggang kude tp xpna nk naek sbb tkowt.hahahaha.kte pown pna amek gamba ngn helikopter polis skli.snorkelling tgu g honeymoon kowt.kehkeh.

p/s : rndu rse nye komen2 tmpt ckgu. :D

norinaomar said...

haiii Y.E!!!!!rindunya kat awak..next months kalau kita dah dok JB sok,kita lepak2 makan ABC nak nak???

oo kat UTM ye?bestnya..ada can nih!

Zulfikar Hazri said...

besar selera ko noi!!


ingatkan teringin nak panjat pokok kacang ke.. ape ke....


aku dr dulu teringin nak main hang glider (nanti jd entry gak ni) hahaha

norinaomar said...

Hang glider best kan?Dapat naik paraglider pun okeyyyyyy!Eh,paraglider ke parasailing?hentam ajalah Labi!

THE LEKAT LEKIT STORY said...

meh kita aminkan semua impian cikgu Noi.. moga2 di makbulkan jd kenyataan

Effa Akmal said...

bride to be,

impian saye teringin sesangat nak bela kanggaru. hurm.. tah bile bole tercapainye. aritu pegi underwater world kat langkawi, bole ter request kat inche hubby, mintak belikan peguin nak buat kawan kucen kat umah. hahhahha. marah die kat saye tau. :)

Q said...

Anak kuda pernah naik...Chun paksa..ahahah kat Terengganu dulu..
btw, skuba tak mhl pun Noi...:) Q ada lesen skuba...mmg teringin nak p skuba masa honeymoon..hihih

norinaomar said...

Cik lekit:wah AMIN INSYA ALLAH.....!

norinaomar said...

effa:agaknya penguin kalau lapar dia bising2 tak?heheh

kanggaru macam garang aje.apa lah effa ni,adeke nak bela kanggaru.

norinaomar said...

Q:yeke tak mahal,tak pernah tanya plak berapa kena bayar..belum ada peluang lagi nak amek lesen scuba ni..nyesal tak buat masa lepas grad dulu

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger