Pages

Wednesday, October 26, 2011

Perkara yang korang perlu tahu tentang alasan budak sekolah

Selamat hari Rabu...
Sambil-sambil bersihkan sawang kat blog aku ni..aku garuk garuk kepala yang gatal sebab aku sedang diselubungi awan mendung sejak 2,3 minggu ni.
Pabila tuan empunya blog Rasa Hati mem'post'  ayat yang bikin aku tersedar dari khayalan dan lamunan,aku mula insaf dan mencari jalan keluar dari awan mendung itu.Mesti korang nak cuba klik kat frasa Rasa Hati tu kan,hehehe uwekkkkk!!
Aku tahu aku tak cukup professional untuk menangani kemurungan jiwa yang aku lalui,tapi takpelah.Aku kena tahu bahawa ada orang yang lebih susah dan menghadapi kesukaran yang lebih perit dari apa yang aku alami sekarang.
--------------------------------------------------------------------------

Berbalik pada tajuk di atas,ada 3 perkara yang tak masuk akal campur masuk akal yang aku nak share pasal alasan budak sekolah.Aku ni walaupun cuma ngajar berapa tahun je kalau nak dibandingkan che'gu veteran kat Malaysia ni,aku dah cukup masak dengan perangai budak sekolah yang kebanyakannya sama je pe'elnya.

1) Cikgu tak ajar @ Belum belajar

Akob sedang buat kerja sekolah. Makciknya menghadap dia semasa dia sedang buat kerja sekolah itu.Tiba saja soalan nombor 2, Akob diam. Pensilnya langsung tak bergerak.

Makcik Garang : Akob, kenapa tak jawab soalan tu?
Akob                : Tak tahu buat makcik.
Makcik Garang : Nape taktahu buat?Kan dah belajar.
Akob                : Belum belajar. Cikgu tak ajar pun.
Makcik Garang : Apalah cikgu kau ni.Benda belum belajar dah disuruh buat latihan.*&^%$#$%^&*!!!!

Haaa..nampak tak nampak tak?Akob bijak menipu makciknya. Sebenarnya tuan puan, Akob telah menggunakan teknik helah bela diri untuk mengelakkan dia kena marah. Jadi,dalam situasi ini,gurunya telah dipersalahkan.

2) Tak ada berus gigi

Pagi itu kelas Pendidikan Kesihatan.Cikgu Tumirin menyoal siasat siapa di kalangan mereka yang tak mandi dan tak gosok gigi sebelum ke sekolah. Untuk pengetahuan semua,jangan hairan kalau budak-budak mengaku tak mandi pagi dan tak gosok gigi ke sekolah. Itu biasa!

Alasan paling popular: Lupa, Tak ada ubat gigi, Tak ada berus gigi.

Sebenarnya : 1)Malas nak gosok gigi dan mandi.    2)Bangun lambat,lagi 5 minit bas sekolah nak jalan, main capai je baju dan beg,siap!!

3) Buku tertinggal

Kuyat tak siap kerja sekolahnya.Otaknya ligat berfikir alasan apa nak bagi pada cikgu Dolah.Dia bagi alasan buku tertinggal kat rumah.Bulat-bulat cikgunya percaya,sedangkan buku tu ada dalam beg.Sebab budak akan tahu,kebanyakan cikgu tak akan sampai tahap periksa beg sekolah diorang.

Banyak lagi teknik melepaskan diri dan alasan-alasan yang tak masuk akal.Aku dulu baik sikit masa sekolah,bak kata member aku,SKEMA.Sampai sekarang aku masih tak puas hati sebab aku dicop sebagai SKEMA kat sekolah.Eeeiii...!!

 
Ni salah satu bangunan sekolah aku.Bawah tu ada air macam banjir sebab air pasang besar.Kalau air pasang besar,satu kampung ni macam banjir.Apa punya ayat sebab tunggang terbalik.


p/s:Rasa nak mandi bunga untuk membangkitkan aura positif.

14 comments:

Nin Ahmad ツ said...

hahaha.tapi kak kalau kat sekolah sy dulu kalau tak bawak buku pun kena denda.berdiri ats kusi ataupun kat luar kelas.haha

norinaomar said...

kalau kita jadik cikgu ko tu dik non,kita suruh balik rumah ambik buku tu,hahaha

Sam Banjamin said...

alasan demi alasan ye cikgu... sabo je la.. agak2 mase sekolah dulu, cikgu sendiri pernah buat macam tu tak... tanya saye? saye oernah cikgu... tertinggal buku... hahaha... sabo je la...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

cikgu noi lupa.. alasan buku hilang juga popular.. kekekeke

norinaomar said...

sam:biasalah,kita pun budak2 jugak dulu,tu yang budak tak berjaya nak tipu sebab kita dah lalui pengalaman yg sama

norinaomar said...

cik lekit:yezzzaaaa!!!!!!!

Zulfikar Hazri said...

kcuing saya cakar buku saya pastu dia bawak lari masuk dalam kebun bapak saya...

bila saya kejar, kucing saya lari sambil buat balik kuang cikgu!

" apa??? kamu duduk dekat Kuang ke?"

" eh tak la, balik kuang tu, bukan kampung, tapi mcm gimnastik cikgu"

" baiklah saya percaya. awak beridri atas kerusi sebagai contoh murid cerdik"

Jue AbdRahman said...

ish3.. pesal sume duk sibuk cite psl Blog Rasa Hati neh, pemes sgt ke dia haha..

budak2 mmg pandai bg alasan, mesti derang igt derang lebih bijak dr cikgu..

Cik Am said...

cik noi..dari dulu smpai sekarang..ada lagi kan alasan tak bawak buku tu..tertinggal la..adik koyak la..

kalau yang tertinggal tu..kalau saya ni dah geram sangat..siap sound kat budak..apesal ko tinggal..nak buat bungkus tempe ke buku ko tu?

hehe...

norinaomar said...

ikar: kamu ni,sekali saya tanya berpatah-patah kamu jawab ye! kamu diri kat luor kelas angkat kaki sebelah,sengih takbleh,tunjuk gigi pon takbleh..

norinaomar said...

jue: bodek ni namanya Jue,manalah tahu kot2 dapat dia belanja kita ayam penyet hehehehe

Bab budak2 tu memang biasa,dia tak tahu plak kita pernah jadi kecik macam diorang

norinaomar said...

cik am:kad saya dah sampai belum?

lepas kena marah memang diorang sengih2,,,saboooo je la

Dunia Realiti a.k.a Elih said...

Alasan budak generasi baru ni..dulu kalau bagi alasan ni, rotan akan menyinggah kat punggung! haha..kira bernasib baik budak skrg ni sbb boleh bawa naik court...

Air pasang? kat mana ni arr/..

norinaomar said...

kat Daro,Sarawak...minggu ni tinggi betul

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger