Pages

Thursday, October 27, 2011

Kumari dan Deepavali

Selamat Hari Khamis..Oh,sangat cemburunya saya kerana semalam ramai yang cuti sempena Deepavali. Untuk pengetahuan semua,Sabah dan Sarawak tak cuti semalam sebab sejak azali memang tak cuti. Agaknya sebab sini dah banyak sangat cuti lagi-lagi time cuti Gawai.So takde hal lah!

Bila mengenang kembali zaman sekolah rendah dulu, saya memang selalu diusik dengan kakak-kakak,sepupu serta mak cik yang saya ni anak india. Diorang siap letak nama 'Kumari'. Oh. punyalah hati sakit jiwa terguris tiap kali jumpa diorang,sah sah saya jadi bahan.

"Wah,orennya baju Kumari.Nak raya ke?"

"Amma..geley..acchii appa..ko tak raya ke harini Noi?Mana maruku?

"Noi,Noi..ada sedara ko kat TV ni."


Perghh..memang panas hati je.Lagi mulut saya muncung lagi sedaplah diorang mem'bahan'.Takpe..takpe..
 
Maka.di satu hari yang syahdu,saya memberanikan tanya ibu.

"Bu, apesal muka Noi macam India?"

"Masa ko dalam perut,ibu dengan abah g Batu Pahat.Nampak pulak kenduri kawen orang Ke**** (India).Ibu pun ajaklah bapak ko..kiranya ko ni terkenan le".

"Banyak-banyak kenduri,napelah ibu teringin nak makan kenduri orang India.Pegilah kenduri orang Cina,comel sikit".

"Dah ibu teringin,nak buat macamana!"

Tapi memang saya akui yang saya lebih gemar tengok cerita tamil kalau berbanding hindustan.Kalau adik-beradik kurang gemar makan kari,sebaliknya sayalah yang hantu makan kari (masak je tak reti). Nak nak lagi kalau pelakon kesukaan ramai.......


I'm Sivaji! Tratt tatattttaa!!!!

#Teka teki hari ini..

Ada sepasang suami isteri Muthusamy dan Chettumari.Chettumari dah nak bersalin,puaslah berkejar ke semua hospital di seluruh Selangor tapi doktor-doktor tak mahu sambut baby diorang ni sebab ada kes kesihatan. Akhirnya, Muthusamy dan Chettumari pergi ke klinik swasta di Selayang dan berjaya melahirkan seorang anak yang sihat dan comel. Soalannya,mengapakah anak mereka diberi nama Chelviratnagayatri?
Sapa dapat jawab yang paling pantas dan tepat ada hadiah best!

p/s : Harini lauk kari ikan yeay!!!!

15 comments:

missSenget said...

sebab anak diorang mmg anak india..


owh..soalan anak tu mcm aku xdpt fikir logik..~

hahaha..

aku pn antara paling gelap dlm fmily..

smpai mak aku igt tertuka ngn anak india... =__=

norinaomar said...

miss senget: betul tapi kurang tepat!!

redho jelah ye untuk kita yang ada tempias2 India ni.suwittt gitu!

Nin Ahmad ツ said...

haha.mcm samq je dgn kisah sy.mak ayah sy ckp ms ngandung kan sy mak suka tgk cite rin hanikuma.eh mcm mana ntah eja tajuk cite tue.sbb tue mak kata muka sy mcm mix kenkonon.

xleh pikir lah kak noi.perut tgh lapar,otak tak menjana.haha

norinaomar said...

dik non:mix lah kononnya ye..
aish apalah anak dara ni,dah dok rumah abang,g lah dapur,godek2 peti tu,masak nasik n goreng telur..yennadeyyy..

Effa Akmal said...

hahhaha..lawak la sangat. mak saye plak bencikan cina jual kain mase preggie saye, saye pon mase lahir dah macam cine sampai sedare mare panggil saye 'amoi'. sekarang bb feyash kesayangan saye tu plak org panggil 'apek'. herm..sabar jelah!!

norinaomar said...

effa:hehehe tapi effa taklah nampak ke'amoi'an tu..
laa siannya feeyash..kurang hensem dah bila dipanggil apek.

Zulfikar Hazri said...

sebab nama klinik tu KLinik Dr Ratna Gayatri..


tu je mampu pikir nak jawab...


mintak2 betul. dapat hadiah kan?


mesti ko tengok padayappa ngan arunachalem ulang banyak kali kan...

norinaomar said...

padayappa terbaekk..aku baru last week tengok Sivaji The Boss (setelah berkurun aku tunggu tayang kat TV)


treettttt!!!!! jawapan anda salah,sila cuba lagi!

Jue AbdRahman said...

hai kumari bole kenal?

ok nak jawab soklan, nama tu sempena nm dokter yg sambut tu ehehe

sm la kita, suka tgk cite Tamil, kazen ai selalu gelakkan, pastu derang kate ai la satu2nye makhluk yg bukak channel Tamil kat umah derang, derang tak penah bk langsung.. ish3

aaaa rajnikanth my herooo, pelakon peberet ai tuuu.. wiwit

norinaomar said...

boleh kenal kakak..

alamak Jue..salah la..cemana ni sorang pun takde yang betul.

THE LEKAT LEKIT STORY said...

tak dpt nak jawab.. kena pantas berkomen ni. tak sempat nak pk.. kang lala bgn langsung x blh jengah entri kengkawan..

teringat 1 kisah pasal adik bongsu sy. dia ni kulit gelap.. mak selalu usik2 & kutuk dia.. jawapan dia best sgt.. sapa suruh mak kawen dengan lelaki gelap & tak hensem jd dia pun gelap & x lawa la..

norinaomar said...

hehehe....lala bangun,mummy yang kelibut nanti

bernas sungguh jawapan adik cik lekit hahaha

Sufia Mahzan said...

Dey Kumari, tak dpt tangkap biawak raya ni eh? :p

Wey, motif takde mood gi skolah? Mood nak kawen eh?? Hehe..

norinaomar said...

pia: Deyyyy!!!

bukan itulah aci..itu budak banyak malas buat kerja mahu periksa malas mari itu kalu...

Ina Khairina said...

hai noi...salam kenal
saja jln2 terjumpa lak blog kumari,hehe...bila baca ehh best pulak!cari punya cari x jumpa pun butang follow :(
saja2 la nak jwb wlpun ni n3 lama...nama tu diberi sbb Chelviratnagayatri tu adlh ank perempuan,kalau baby lelaki nama raja gopal barangkali....

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger