Pages

Tuesday, October 18, 2011

Hari ini..

Ini entri macam diari..

Assalamualaikum dan selamat hari Selasa.Lambat betul minggu ni berlalu.Saya susah nak dapat idea entri sejak-sejak ni taktahu mengapa.Taklah busy sebenarnya..Tapi tak tahulah.

Hari ini..................
  • Saya dah jumpa perkara yang boleh buat saya gembira dan senang hati,maka saya akan teruskan pada hari esok dan seterusnya.
  • 6 budak 'bertuah' tahun 4 tu betul-betul buat saya panas hati ni.Rasa dah tak boleh tahan sabar.
  • Kaklong sms saya katanya pada tarikh saya nikah tu,dia perlu uruskan meeting di KK..hmmm.Kalau betul,dia ada atau tak,majlis kena diteruskan.
  • Saya dah tahu pasal M****, sebab apa pelajarannya merosot,kerja sekolah selalu tak siap. Tiap malam mak bapak dia pegi minum arak dan main tikam-tikam (ala judi) kat kampung sebelah. Mak dia letak dia (M****) kat rumah jiran,malam baru ambil.Kadang-kadang tak ambil sampai esok pagi.Masya Allah.
  • Dan dah tahu juga sebab apa A*** selalu tak ada pensil,buku,pensil warna. Ayah dia tiap-tiap malam teguk air kencing syaitan tu.Duit bantuan untuk anak dia habis beli 'air kencing syaitan' tu.
  • Dapat surat siaran yang Elaun Perumahan Wilayah akan ditarik balik dan kemungkinan berkuatkuasa tahun depan.Kami yang tinggal di kuarters yang macam 'Mahligai Astana Serba Berprestij' ni akan dapat Imbuhan Tetap Perumahan sahaja. Gaji naik tapi EPW ditarik...sama saja.So,redha ajelah.Rezeki itu akan Allah beri dalam bentuk yang lain.
  •     


    Apapun...saya kena hadapi dengan senyuman.

    Hai..saya Nini Cokolat celup.Kalau ibu tengah membebel,saya selalu buat muka macam ni..dan beliau terus tak jadi membebel.Cubalah,pasti berkesan!

     


12 comments:

Nin Ahmad ツ said...

Hahaha.titik yang last tue nak tulis apa kak noi?haha.

kesian bdk2 yg jadi mangsa mak bapak yg suka minum tue.

Bung Muzaffar said...

Ya Allah...terperanjat saya tengok gambar awak...Lawak betul la cikgu ni. Hahahhaa'

norinaomar said...

dik non: nampak je kau ye?
dah try nak buang titik yang last tu,tapi tak berjaya,hahaha

norinaomar said...

Bung Muzaffar: Tu bukan gambo saya..tu gambo adik saya

bahIRAh said...

uishh banyak betul cabaran awk mengajar budak sekolah.. budak nak blaja tp sayang,, mak bapak kurang ade akal..

norinaomar said...

tulah Ira..kalau kat bandar lain pulak keadaannya..dah masak sangat dengan perangai parents yang tak bertanggungjawab

Zulfikar Hazri said...

kalau cikgu Noi yang tengah bebel aku buat muka nini cokelat celup mcm mana?

agak2 dapat rotan seliang dua tak?

yuyuy ekyn said...

nini ceklat celup?hahhahahaha.tu cekgu ke?laen mcm jep.hikhik

p/s : cekgu ble nk kawen? :p

mizzura said...

uish apala mak bapak ni kan tak pikirkan masa depan anak2...satu hari nanti diorang berjaya dpt kerja bagi duit kat makbapak..time tu ko nak tonggang terbalik takpela jugak...ini.. pakai duit subsidi..adoiii..

zura nak share sket pasal majlis kawin.. haritu waktu tunang 1 org adik tak dapat join pasal kena o/station kat sabah ke sarawak (lupa). then sebulan before nikah plak..company anta dia o/station ke iraq...uiihhh..lagi sedih..tension pun ada pasal tak cukup ahli keluarga.. tapi waktu majlis nikah/sanding dia tetap ada sebab kitorang pinjam tablet member online skype buat video call...so that dia bole nampak event tu semua, even kitorang siap berborak lagi wish tahniah, perkenal abang ipar kt dia etc ..so kiranya dengan dunia tanpa sempadan ni, dia tetap ada dlm event walaupun nun jauh kat mana2 (cuma tak nolong kemas rumah jer)..so tips nnt suh la kakak tu online..hehe..

norinaomar said...

ikar:aku balas balik dengan buat mata juling,heheh

norinaomar said...

Y.Ekin: Bukan, tu adik kita,nama dia Nini

norinaomar said...

mizzura: good idea tuh!! boleh dilaksanakan

bab parents yang tak bertanggungjawab tu masalah ni takkan settle..kalau dah hidup bergantung kat air kencing syaitan tu

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger