Pages

Monday, October 3, 2011

Booking tok kadi dengan segera jika tarikh nikah anda tarikh 'hot'

Tajuk kemain lagi panjang..

Salam Isnin rakan dan taulan.Takmau Monday Blues Clues ye.Sudah sarapan?Bagoss!!!

Dalam sibuk-sibuk membuat persiapan kahwen,perkara yang paling penting ialah nikah.Ramai yang taksub dengan hari bersanding,nak buat grand dan hebat hari bersanding @ majlis tapi buat ala kadar je majlis nikah.Sedangkan kalau takde nikah,adik-adik dan rakan-rakan serta abbang-abbangg tak boleh nak bersanding ye.Ingat tu!

Semalam saya telefon Puan Hajah Ibu..ceria saja suaranya.Dia ceritakan drama sebabak masa nak jumpa tok imam yang nak nikahkan saya.

Maka,dialog pada hari-hari sebelum tu......

Hajah Ibu : Bang oo bang..jom la cepat jumpa imam Sarnin.Lambat-lambat kang,susah pulak.
Haji Abah : Ho walah..Ijek Suwi lo. (Lambat lagi la).Dah tak sabo sangat , pergi lah sana sorang-sorang.
Hajah Ibu : Takkanlah Yang nak pergi sorang-sorang.Abanglah pegi.

Hajah Ibu ni orangnya 'reaktif'. Tak suka kerja yang lambat-lambat.Semua mesti nak setel cepat.Dan perangainya sebijik menurun kat Cik Norinoi ni!

Sekali dah jumpa tok Imam bernama Sarnin itu,DIA SUDAH PENUH!Di suruh nikah pagi ahad 20.11.2011.Alhamdulillah ada imam lagi satu.Bila jumpa beliau,memang beliau kosong,tidak menikahkan sesiapa.SYUKUR....

Moral of the story,kalau berhajat nak nikah atau buat majlis pada tarikh 'hot':

1)Desak Encik Ayah korang untuk setelkan cepat booking tok imam yang nikahkan korang.

2)Booking butik , Official Photographer, Katering dan segala yang berunsurkan servis seawal-awalnya.6 bulan sebelum lagi baik.No no no last minute.


pengantin kecik (",)

4 comments:

Nin Ahmad ツ said...

Nasib ada kosong lagi.hehe

norinaomar said...

Tulah..hishhhhh

missSenget said...

lega gile..!

dah laa nikah paling penting..

norinaomar said...

Alhamdulillah syukur sangat..

Sebenarnya baru tau cerita ni malam tadi..kalau awal2 dah tahu memang gerenti saya dah ngamuk2..haishhhh

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger