Pages

Friday, September 23, 2011

Perkara paling bongok pernah dilakukan dengan telefon

Hai,Assalamualaikum dan Selamat sejahteri !!

Apa buat?Sudah makan?Bagoss.....
Sekarang saya di bandar Sarikei,merehat-rehatkan minda sambil bermalas-malasan.
Ok,sebenarnya agak cemburu dengan orang lain sebab sentiasa tak kering dengan idea.Syabas!

Tajuk hari ini berkait dengan telefon.Bukan telefon bimbit tapi telefon ini.

Ya, ini ialah telefon rumah atau telefon opis.Sejak-sejak orang kita sudah mampu menggunakan talian prabayar,maka ramai juga yang tidak melanggan talian tetap.

Tapi rumah saya kat kampung tu masih memerlukan talian tetap.Sebab kalau ibu saya cuma nak tanya MakTam yang duduk sebelah rumah, " Tam, ko ada bawang besor tak?Ngah nak 3 bijik,suruh Ajim hanto nanti ye.". Bertanya soalan seumpama ini menggunakan telefon tanpa perlu melaung dari jendela,bukankah lebih manis?

Tapi Tuan Haji Abah telah menjadi semakin bijak dengan menghadkan telefon rumah boleh digunakan untuk panggilan tempatan saja.Bil mahal,sapa nak bayar?Kata-kata Tuan Haji Abah benar-benar menusuk ke jantung.

Masa awal-awal telefon masuk dulu,tahap keterujaan dan sikap-ingin-tahu itu sangatlah tinggi.Risiko anak-anak yang suka main telefon memang sukar ditangkis.

Ok,rasanya dah nak lari tajuk ni.Apa perkara yang paling bongok pernah dilakukan dengan telefon rumah?

Jawapannya ialah mendail talian 600-85-**** semata-mata nak dengar lagu KRU.Bongok tak?Ciss...bongok betul.

*Cikgu tak boleh cakap bodoh,nanti anak murid ikut.So tukar pada bongok.

Dulu-dulu ada banyak iklan kat suratkhabar dail nombor 600-85- **** untuk dengar lagu. Pilih je kod mana suka, nak dengar lagu apa,ada semua senarainya. Dah nama pun budak,jadi masa tu takde pikir apa lah.Rasa ingin tahu bercampur dengan nak seronok aje.Apalagi..hentamlah dail ikut suka hati.

Bila datang bil telefon,yaaaaaa ampun,dekat seratus tau!Masa bil telefon sampai,abah dengan ibu kat tempat kerja.Saya apa lagi,ambik cangkul,pergi belakang rumah dan tanam bil tu.Lagi satu bongok,kalau bakar je kan lagi senang.Hahaha! Terus muka pucat lesi dan bertaubat taknak dail 600 untuk dengar lagu lagi.

Apa jadi dengan bil bulan seterusnya?
RM200++ campur tunggakan.

Ampunkan Noi abah,ibu.Sampai sekarang diorang taktahu.Entah ingat lagi entah tak.

p/s:Taubat tak buat dah.

15 comments:

Nin Ahmad ツ said...

hahaha.kahkah.kelakar betul kak noi nei kan.sy dulu buat jugak benda bongok tp dengan henpon, ambik henpon ayah dan beli ringtone dgn wallpaper yg ada jual kat majalah mangga.bila bil naik sampai sudah tak ngaku.hahahaha

norinaomar said...

haa tu boleh buat entri tu..kita takde pengalaman tu so takleh nak buat hahahaha

~~Ticer Wann~~ said...

kita sama aa..haha...

norinaomar said...

wei wan,hang pon sama ka?eishhhhhh ...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

sy lak suka sgt telefon radio.. dtg bil kena bebel.. tp tetap x serik sbb dh mcm ketagih sgt call radio masa tu

norinaomar said...

haa..call radio pun satu hal jugak cik lekit..tapi susah eh nak dapat on air?

Zulfikar Hazri said...

HAHAHAHAHHAHAHA, LAWAK NAK MATI....

HAHAHAHAHAHAHAHA, DAIL DENGAR LAGU KRU.. SUMPAH LAWAK...


pastu baca lagi, tanam bil pakai cangkul... HAHAHAHAHAHAH LAWAK SANGATTTTTT NOIIII....

norinaomar said...

ehemhemmmm..gelak beso eh.sumbat stokin nak?

tapi rasa memang bongok betul la..dush!

Muslimah Optimis said...

hahahaha..aduhaii.. memang lawak sungguh.. camana la boleh terfikir nak tanam bil tu..hehe..

norinaomar said...

M.O : Heheheh..masa tu takut sangat so sambil teketar2 tu dok cangkul tanah..dapat bayangkan dak?

Pendekar Berkuda said...

tengah bayangkan...

**sambil menahan gelak tak habis...kah kah kah...

norinaomar said...

hahaha..eish,belum buat pengakuan kat parents lagi ni.entah diorang ingat entah tak

Cik BB said...

haaaa...ada pengalaman!!!
buat call 2 seconds...ehh tu hp..sebab xkena cas..skrg dh kena cas...

kak, jemput ke blog baru sayeeee

http://cikbb.blogspot.com/

Cik Am said...

salam..
cik noi..agak-agak kalu parent tau sekarang ni diorang mintak ganti balik tak duit tu? hehe..

norinaomar said...

Pendekar Berkuda: sakan kau gelak eh!

Ila: orait!!

Cik Am:takkan mintak punya,sebab tiap bulan dah bagi hehehe

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger