Pages

Wednesday, September 28, 2011

Oh Cik Bi

Ini bukan sekali tapi dah banyak kali..Tapi part yang paling best ialah salah satunya berada di tempat paling strategik dalam dunia iaiatu punggung.Jangan tanya punggung belah mana tapi memadailah dapat saya beritahu yang saya terpaksa duduk secara senget.Sengal wo!

Eh,tak pasal je membebel tanpa intro.Apa dia Cik Bi itu wahai CikNoi?Untuk pengetahuan kawan-kawan,cik Bi itu ialah ini....

BISUL!

Bukanlah satu yang mustahil bilamana bisulku wujud di muka dan ini telah membangkitkan kegeraman dan kesakitan hati.

Masa pergi klinik tadi,M.A tu pun siap tanya " tu bukan jerawatke?". Encik,saya boleh bezakan mana satu bisul dan mana satu jerawat..sebab perasaannya adalah berbeza. Tidaklah saya cakap macam tu kat M.A tu.Saya masih lagi seorang perempuan yang menjaga tutur dan kata.M.A tu pulak tersenyum-senyum lepas tu macam kontrol kacak pulak.Hmmphh!

Esok nak kena duduk dalam bot lama-lama pulak,takkanlah nak kena duduk senget dalam bot tu selama 1-2jam.

Dah tinggal 52hari nilah datang bisul,dahla bekasnya lambat nak hilang.Cobaan....

2 comments:

Zulfikar Hazri said...

itulah org kata darah manis...


jangan nanti roomate terkjut sudahh noiii

norinaomar said...

bukan darah manis namanya kalau ada bisol,darah berbakteria tu namanya...

takpe,dia kena biasakan dengan bisulku..hahaha

GOOD MORNING TEACHER!

 

(c)2009 GOOD MORNING TEACHER!. Based in Wordpress by wpthemesfree Created by Templates for Blogger